Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
CHERAS, 31 Julai 2024 – Sebagai tanda menghargai dan mengiktiraf kejayaan Fakulti Perubatan, pengurusan fakulti itu telah mengadakan Anugerah Sanjungan Kencana 2024 kepada warganya yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam mengangkat nama fakulti ke peringkat tinggi.
Naib Canselor, Prof Dato鈥 Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata kejayaan dan pencapaian yang diraih oleh warga Fakulti Perubatan telah berjaya mempersada Fakulti ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
鈥淭ahniah kepada penyelidik Fakulti Perubatan yang senantiasa memastikan hasil penyelidikan tidak terhenti di makmal atau di dalam artikel sahaja, malah penyelidikan translasi telah berjaya memberi impak besar kepada bidang perubatan dan masyarakat selaras dengan hasrat 每日大赛app untuk memasyarakatkan penyelidikan yang dijalankan oleh warganya.
鈥淎ntaranya saya mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya Dato鈥 Dr. Badrul Akmal Hisham Md Yusoff dari Jabatan Ortopedik dan Traumatologi yang telah berjaya mencipta 鈥楳odified 每日大赛app Internal Brace鈥 atau MUIB iaitu inovasi geraf tahan lasak bagi penggantian ligamen krusiat anterior (ACL) akibat kecederaan berpunca daripada aktiviti lasak termasuk sukan.
鈥淏eliau juga telah menubuhkan syarikat pemula KL Orthosports Sdn. Bhd. untuk mengkomersialkan MUIB ini bagi membolehkan aplikasi penggunaan oleh pakar bedah ortopedik di seluruh negara.
鈥淜eberhasilan penyelidikan di Fakulti Perubatan terlalu banyak dan tak dapat saya sebutkan satu persatu. Tetapi harapan saya kejayaan ini akan terus memberi impak kepada negara dan masyarakat serta memberi pulangan kepada universiti,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Anugerah Sanjungan Kencana 2024, yang diadakan baru-baru ini.
Beliau berharap agar warga fakulti yang menerima ASK tidak menganggapnya sebagai pengiktirafan, tetapi juga sebagai pemangkin dan peneraju kepada perubahan positif dalam membudayakan kecemerlangan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran dan khidmat masyarakat setiap warga Fakulti Perubatan.
鈥淧rinsip Ilmu Wahana Peradaban, Mutu Puncak Pencapaian dan Budi Cerminan Kemanusiaan harus menjadi pegangan kita dalam setiap usaha mencapai kecemerlangan fakulti dan 每日大赛app.
鈥淚nsyaAllah, dengan kerjasama dan komitmen tinggi daripada semua warga, kejayaan dan kegemilangan Fakulti Perubatan akan terus bersinar pada masa-masa akan datang,鈥 kata beliau.
Beliau juga berharap agar pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini, dapat melonjakkan motivasi penerima anugerah untuk menjadi warga yang bersahsiah, berkualiti, dan seterusnya menjadi role model serta mentor terbaik kepada warga fakulti yang lain.
Sebanyak 29 kategori anugerah telah diberikan termasuklah Anugerah Pengajaran, Anugerah Penerbitan, Anugerah Keterlibatan Komuniti, Anugerah Inovasi dan Anugerah Penjanaan.
Majlis ini juga telah menobatkan Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof Emeritus Dato鈥 Dr Mohamad Abdul Razak sebagai Alumni Tersohor Fakulti Perubatan (2024) atas sumbang bakti beliau kepada Fakulti.

