Khidmat Masyarakat Archives - Berita ÿմapp /beritaukm/category/khidmat-masyarakat/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 05 Jun 2026 02:06:32 +0000 en-US hourly 1 Pelajar FSK Santuni Pesakit Kanser Kanak-Kanak /beritaukm/pelajar-fsk-santuni-pesakit-kanser-kanak-kanak/ /beritaukm/pelajar-fsk-santuni-pesakit-kanser-kanak-kanak/#respond Fri, 05 Jun 2026 02:06:30 +0000 /beritaukm/?p=4745 Oleh Siti Hajar Zuber dan Hilman Hanif HardiraFoto oleh Faizah Maisarah Sudirman CHERAS 3 Jun 2026 – Sekumpulan pelajar dari Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti…

The post Pelajar FSK Santuni Pesakit Kanser Kanak-Kanak appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Siti Hajar Zuber dan Hilman Hanif Hardira
Foto oleh Faizah Maisarah Sudirman

CHERAS 3 Jun 2026 – Sekumpulan pelajar dari Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) menyantuni pesakit kanser kanak-kanak bersama ahli keluarga melalui program Hari Interaksi Pelajar Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, baru-baru ini.

Program yang diadakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) melalui kerjasama strategik bersama Ronald McDonald Charity House dan Lions Club Tropicana Elite diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar memahami pengalaman emosi pesakit kanser kanak-kanak dengan memupuk nilai empati, keprihatinan dan kasih sayang, serta meningkatkan kesedaran bahawa rawatan kanser memerlukan sokongan emosi selain rawatan klinikal.

Pengurus Ronald McDonald Charity House, Idayu Mufti berkata program itu memberi makna yang besar kepada pesakit dan ahli keluarga kerana ia bukan sahaja menceriakan kanak-kanak, malah memberi sokongan emosi kepada ibu bapa yang sedang melalui cabaran besar dalam kehidupan.

“Kehadiran para pelajar dengan pendekatan yang penuh empati dan kasih sayang berjaya mewujudkan suasana yang ceria serta memberi semangat positif kepada kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan,” katanya.

Beliau berkata melalui interaksi secara langsung bersama pesakit pediatrik, pelajar juga dapat memahami bahawa proses rawatan kanser bukan sekadar melibatkan prosedur klinikal dan penggunaan teknologi perubatan, tetapi turut memerlukan sokongan emosi, komunikasi yang baik serta layanan penuh empati daripada petugas kesihatan.

“Pengalaman ini memberi kesedaran kepada pelajar bahawa pesakit kanak-kanak sering berdepan tekanan emosi, keletihan fizikal dan perubahan rutin kehidupan yang memberi kesan besar kepada kesejahteraan mental mereka serta ahli keluarga,” ujarnya.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian santai dan bermakna telah dijalankan antaranya sesi senamrobik ringan, aktiviti seni menghias dan melukis bekas pensel, penulisan surat penghargaan kepada ibu dan bapa serta sesi interaksi mesra bersama keluarga pesakit.

Program yang dianjurkan bersempena projek bagi kursus Prosedur Radioterapi itu berjaya membuka mata dan memberi peluang kepada para pelajar untuk mendalami secara dekat pengalaman interaksi emosi bersama kanak-kanak kanser yang dekat di hati masyarakat.

Penglibatan secara langsung ini turut memupuk nilai empati, keprihatinan dan kasih sayang dalam kalangan bakal pengamal kesihatan.

Program ini juga selari dengan aspirasi Sustainable Development Goals (SDG), khususnya SDG 3: Good Health and Well-being dan SDG 17: Partnerships for the Goals melalui kerjasama antara institusi pendidikan dan badan bukan kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti.

The post Pelajar FSK Santuni Pesakit Kanser Kanak-Kanak appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/pelajar-fsk-santuni-pesakit-kanser-kanak-kanak/feed/ 0
Program Profesor Pelawat FEP ÿմapp Perkukuh Agenda “Sustainable Finance” dan Jaringan Akademik Global /beritaukm/program-profesor-pelawat-fep-ukm-perkukuh-agenda-sustainable-finance-dan-jaringan-akademik-global/ /beritaukm/program-profesor-pelawat-fep-ukm-perkukuh-agenda-sustainable-finance-dan-jaringan-akademik-global/#respond Fri, 05 Jun 2026 01:53:50 +0000 /beritaukm/?p=4737 Berita dan foto oleh Siti Noor Kamaliah Mat Jusoh BANGI, 3 Jun 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) telah menjemput sarjana kewangan bertaraf dunia, Profesor…

The post Program Profesor Pelawat FEP ÿմapp Perkukuh Agenda “Sustainable Finance” dan Jaringan Akademik Global appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Berita dan foto oleh Siti Noor Kamaliah Mat Jusoh

BANGI, 3 Jun 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) telah menjemput sarjana kewangan bertaraf dunia, Profesor Jonathan A. Batten dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia bagi berkongsi kepakaran berkenaan kewangan, selain membuka peluang kolaborasi antarabangsa yang lebih luas dalam bidang ekonomi dan kewangan global.

Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Ekonomi (PPE), Prof. Madya Dr. Hairunnizam Wahid, pemilihan Profesor Batten sebagai Profesor Pelawat FEP dibuat berdasarkan kepakaran, pengaruh akademik serta reputasi cemerlang beliau dalam dunia penerbitan ilmiah antarabangsa.

”Beliau pernah menerajui beberapa jurnal berprestij sebagai Ketua Editor selama sedekad bermula 2013 hingga 2023, antaranya Journal of International Financial Markets, Institutions and Money.

”Di bawah kepimpinan Profesor Batten, jurnal tersebut menunjukkan peningkatan ketara dari segi faktor impak dan reputasi antarabangsa sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai antara jurnal rujukan utama dalam bidang kewangan global,” katanya.

Dr. Hairunnizam berkata Profesor Batten yang kini berkhidmat sebagai salah seorang Ketua Editor jurnal Finance Research Letters serta Editor jurnal Risk Management, turut aktif dalam penyelidikan berkaitan kewangan mampan (sustainable finance), Environmental, Social and Governance (ESG), mata wang kripto, blockchain, pembangunan pasaran kewangan dan pengurusan risiko.

Tambah beliau, Profesor Batten merupakan tokoh akademik terkemuka dunia dalam bidang kewangan serta tersenarai antara sarjana terbaik Australia dalam bidang Ekonomi dan Kewangan berdasarkan penarafan Research.com.

Sepanjang pelaksanaan Program Profesor Pelawat Siri 2/2026, pelbagai program berprestij dan berimpak tinggi telah dianjurkan termasuk FEP Visiting Professor Talk Series 2/2026 bertajuk “Sustainable Finance in the Digital Era: ESG, Climate Risk, and the Future of Emerging Markets”, sesi perkongsian Strategi Penulisan Geran Antarabangsa, Klinik Metodologi Penyelidikan ESG, Sesi Meja Bulat bertajuk “Navigating Cryptocurrency, Blockchain, and Financial Market Dynamics in ASEAN”, serta bengkel “Advancements in Sustainable Finance Research: Methods, Data, and Publication Strategies for Postgraduate Students and Young Academics”.

Pengisian program yang bersifat kontemporari dan futuristik itu bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan semasa dalam bidang kewangan, ESG, teknologi blockchain dan pasaran kewangan digital, malah turut memperkukuh kompetensi penyelidikan serta strategi penerbitan antarabangsa dalam kalangan ahli akademik dan pelajar pascasiswazah.

Program itu mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan aktif ahli akademik warga FEP, pelajar pascasiswazah FEP serta peserta daripada universiti luar seperti Universiti Malaya.

Program Profesor Pelawat Siri 2/2026 tersebut turut memberi peluang eksklusif kepada peserta untuk mendapatkan konsultasi akademik secara langsung bersama Profesor Batten, termasuk semakan manuskrip, penambahbaikan metodologi penyelidikan serta strategi penerbitan dalam jurnal antarabangsa berimpak tinggi.

The post Program Profesor Pelawat FEP ÿմapp Perkukuh Agenda “Sustainable Finance” dan Jaringan Akademik Global appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/program-profesor-pelawat-fep-ukm-perkukuh-agenda-sustainable-finance-dan-jaringan-akademik-global/feed/ 0
Penyelidik ÿմapp Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka /beritaukm/penyelidik-ukm-terbit-kajian-bioteknologi-di-jurnal-antarabangsa-terkemuka/ /beritaukm/penyelidik-ukm-terbit-kajian-bioteknologi-di-jurnal-antarabangsa-terkemuka/#respond Fri, 05 Jun 2026 01:48:19 +0000 /beritaukm/?p=4733 BANGI, 26 Mei 2026 — Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Ramzi dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) menjadi penyelidik pertama universiti itu menerbitkan artikel dalam jurnal…

The post Penyelidik ÿմapp Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
BANGI, 26 Mei 2026 — Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Ramzi dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) menjadi penyelidik pertama universiti itu menerbitkan artikel dalam jurnal berprestij dunia, Nature Biotechnology, yang berada di kedudukan nombor satu dunia dalam bidang bioteknologi.

Penerbitan bertajuk “A framework for building a synthetic cell from the SynCell Asia Initiative” itu diterbitkan pada 26 Mei 2026 melalui kerjasama penyelidik dari Malaysia, China, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand.

Kajian tersebut mengetengahkan pembangunan teknologi sel buatan atau “synthetic cell” yang berpotensi membantu penyelidikan dalam bidang kesihatan, makanan, alam sekitar dan bioteknologi pada masa hadapan.

Menurut Ahmad Bazli, penerbitan tersebut menggariskan pelan hala tuju 10 tahun SynCell Asia Initiative dalam membangunkan sel buatan menggunakan teknologi terkehadapan dalam bidang Sel dan Biologi Sintetik.

“Penerbitan hasil konsortium antarabangsa yang diterajui oleh saintis-saintis daripada SynCell Asia Initiative dan Asian Synthetic Biology Association (ASBA) ini mempelopori model baharu bagi kolaborasi rentas sempadan, infrastruktur gunasama dan penggunaan standard terbuka.

“Berbanding dengan pendekatan sedia ada dari konsortium Sel Sintetik di US dan Eropah, rangka kerja SynCell Asia Initiative ini melibatkan penggunaan biofoundry iaitu infrastruktur automatik dan bersepadu, antara ahli konsortium bagi pembangunan sel buatan secara bersepadu, seragam dan berpandukan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Tambahnya, INBIOSIS turut menempatkan ÿմapp Biofoundry yang merupakan biofoundry pertama ditubuhkan di Malaysia.

“Melalui ÿմapp Biofoundry, pembabitan kumpulan penyelidikan tempatan dalam penyelidikan berimpak tinggi ini dijangka menyemarakkan pemajuan bidang-bidang transformatif seperti perubatan jitu, bio-pembuatan dan bio-automasi,” katanya.

Dr. Bazli berkata penglibatan tersebut turut menunjukkan bahawa kepakaran penyelidik Malaysia mampu menyumbang dalam inisiatif penyelidikan terkehadapan bertaraf global.

“Penglibatan ÿմapp dalam inisiatif ini membolehkan penyelidik tempatan untuk bekerjasama secara langsung dengan rangkaian saintis antarabangsa dalam membangunkan teknologi biologi generasi baharu,” katanya.

The post Penyelidik ÿմapp Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/penyelidik-ukm-terbit-kajian-bioteknologi-di-jurnal-antarabangsa-terkemuka/feed/ 0
Saintis dan Pakar Alam Sekitar Antarbangsa Berkongsi Pandangan Tentang Ketahanan Iklim Bandar /beritaukm/saintis-dan-pakar-alam-sekitar-antarbangsa-berkongsi-pandangan-tentang-ketahanan-iklim-bandar/ /beritaukm/saintis-dan-pakar-alam-sekitar-antarbangsa-berkongsi-pandangan-tentang-ketahanan-iklim-bandar/#respond Thu, 21 May 2026 00:38:00 +0000 /beritaukm/?p=4717 Oleh Dr. Maggie Ooi Chel Gee dan Nur Izzati Zaini KUALA LUMPUR, 20 Mei 2026 –  Saintis dan pakar alam sekitar terkemuka dari China, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Malaysia…

The post Saintis dan Pakar Alam Sekitar Antarbangsa Berkongsi Pandangan Tentang Ketahanan Iklim Bandar appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Dr. Maggie Ooi Chel Gee dan Nur Izzati Zaini

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2026 –  Saintis dan pakar alam sekitar terkemuka dari China, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur bagi berkongsi pandangan tentang ketahanan iklim bandar.

Para saintis ini berkumpul di program “1st Public Forum on Concurrent Heatwaves and Ozone Pollution in Megacities of East and Southeast Asia” yang dianjurkan oleh Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melalui geran Asia-Pacific Network for Global Change Research (APN-GCR),

Ketua Pusat Sistem Perubahan Iklim Tropika IPI ÿմapp, Prof. Madya Dr. Liew Ju Neng berkata forum yang diadakan itu adalah bagi membincangkan isu serentak gelombang haba dan pencemaran ozon yang mengancam bandar-bandar yang pesat membangun di Asia.

”Pemahaman trend masa lalu dan menilai strategi pengurangan risiko semasa bukan sekadar satu latihan akademik, tetapi ia adalah satu keperluan untuk kelangsungan hidup dan kemampanan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Projek Geran APN (CRRP2025-07MY-Huang) dari Universiti Shanghai, Dr. Ling Huang yang membentangkan projek beliau berkata kajian yang dilakukan oleh pasukannya dapat melihat kepada keupayaan perkhidmatan kesihatan awam dan perancangan bandar untuk menangani cabaran dwi-ancaman peningkatan suhu panas dan pencemaran udara bakal mencorakkan masa depan kota kita, tanah air kita.

Selain itu, bersama forum ini juga turut diadakan bengkel latihan teknikal yang intensif dikendalikan oleh pakar data dari Universiti Shanghai. Para peserta telah diberikan latihan praktikal pengendalian data iklim bertajuk “ERA5 Bias Correction and Trend Analysis”.

Menangani perubahan iklim memerlukan penyelesaian tempatan yang bijak, dan acara ini membuktikan kepimpinan ÿմapp dalam penyelidikan antarabangsa.

IPI juga akan mengadakan kerjasama seterusnya dalam memantau pencemaran dan cuaca ekstrem di seluruh Asia.

The post Saintis dan Pakar Alam Sekitar Antarbangsa Berkongsi Pandangan Tentang Ketahanan Iklim Bandar appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/saintis-dan-pakar-alam-sekitar-antarbangsa-berkongsi-pandangan-tentang-ketahanan-iklim-bandar/feed/ 0
Kesedaran Penjagaan Peti Suara Masih Rendah /beritaukm/kesedaran-penjagaan-peti-suara-masih-rendah/ /beritaukm/kesedaran-penjagaan-peti-suara-masih-rendah/#respond Thu, 21 May 2026 00:33:40 +0000 /beritaukm/?p=4713 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 20 Mei 2026 – Kebanyakan masyarakat mengambil ringan tentang penjagaan peti suara kerana mereka merasakan masalah suara hanya bersifat sementara dan akan pulih sendiri.…

The post Kesedaran Penjagaan Peti Suara Masih Rendah appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 20 Mei 2026 – Kebanyakan masyarakat mengambil ringan tentang penjagaan peti suara kerana mereka merasakan masalah suara hanya bersifat sementara dan akan pulih sendiri.

Ketua Jabatan Otolaringologi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Prof Madya Dr Mawaddah Azman berkata kesedaran penjagaan peti suara dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah.

“Misalnya bila berlakunya suara serak, kita kata alah… tak apa nanti dia akan baik. Minum air asam jawa, baiklah nanti.

“Jadi, untuk masalah penjagaan suara ni ramai juga tak tahu. Sebenarnya kita kena jaga suara,” katanya.

Beliau berkata ramai yang tidak tahu sebenarnya peti suara juga memerlukan penjagaan sama seperti organ tubuh badan lain.

“Kalau cakap mengenai jaga jantung, ramai yang tahu. Tetapi jaga suara, kesedaran itu masih rendah. Kebanyakan kata tiada masa untuk buat ujian saringan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa Program Sambutan Hari Suara Sedunia Sempena Muzakarah Pemegang Tauliah 2026 yang diadakan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) di sini, baru-baru ini.

Program yang diadakan dengan kerjasama bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutan itu disertai seramai 130 peserta yang terdiri daripada penceramah bebas, bilal, imam serta guru agama sekitar Kuala Lumpur.

Mengulas berkanan istilah suara buluh perindu yang dikaitkan dengan kemerduan suara seseorang individu, Dr Mawaddah berkata sebenarnya ia mempunyai kaitan dengan kaedah menggunakan pita suara dengan betul.

“Suara buluh perindu ni bukan saja menggunakan pita suara dengan betul. Maksudnya pita suara berada dalam keadaan yang sihat, tetapi dia menggunakan rongga penafasan kawasan atas dengan betul.

“Dia juga bukan sekadar menggetarkan pita suara semata-mata, tetapi (menggerakkan) lelangit lembut, lidah, yang digunakan secara betul supaya dapat mengurangkan tekanan kepada pita suara,” jelasnya.

Menurutnya, individu yang memiliki lontaran suara lunak adalah mereka yang bijak memanfaatkan organ lain di dalam mulut bagi mengurangkan tekanan terhadap pita suara.

Tamnbah beliau, lebih 50 peratus masalah suara berkait rapat dengan refluks yang didefinasikan sebagai kandungan makanan atau asid di dalam perut, yang naik semula ke esofagus atau sehingga ke bahagian kerongkong.

Justeru, Dr Mawaddah berkongsi petua penjagaan pita suara bagi memastikan ia sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik, terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti guru, penyanyi dan ahli politik.

“Pertama, perlu kurangkan makanan pedas, berminyak dan kafein. Kafein mempunyai bahan kimia yang menyebabkan injap antara esofagus dan perut menjadi longgar. Apabila longgar, asid dalam perut boleh naik ke atas.

“Selain itu, perlu cukup minum air, tidur yang berkualiti antara tujuh hingga sembilan jam setiap hari, serta mengamalkan pemanasan suara,” katanya.

The post Kesedaran Penjagaan Peti Suara Masih Rendah appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/kesedaran-penjagaan-peti-suara-masih-rendah/feed/ 0
Delegasi ÿմapp Sertai eGIP 2026, Cipta Rekod di Pulau Banding /beritaukm/delegasi-ukm-sertai-egip-2026-cipta-rekod-di-pulau-banding/ /beritaukm/delegasi-ukm-sertai-egip-2026-cipta-rekod-di-pulau-banding/#respond Mon, 18 May 2026 03:33:48 +0000 /beritaukm/?p=4688 Oleh Nur Wahieda Safia Mohd Zaini IPOH, 12 Mei 2026 – Program Eco Guardian Initiative 2026 (eGIP) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori “Most Trees Assessed in a…

The post Delegasi ÿմapp Sertai eGIP 2026, Cipta Rekod di Pulau Banding appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Nur Wahieda Safia Mohd Zaini

IPOH, 12 Mei 2026 – Program Eco Guardian Initiative 2026 (eGIP) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori “Most Trees Assessed in a Forest Health Monitoring Programme” apabila berjaya melaksanakan pemantauan seribu pokok di Pulau Banding.

Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terlibat melalui penyertaan 10 orang mahasiswa delegasi ÿմapp, bersama mahasiswa IPT dari seluruh Malaysia menjadikan program ini antara inisiatif kesukarelawanan alam sekitar terbesar di peringkat nasional.

Program ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia, yang terus memperkukuh jaringan kolaborasi institusi pengajian tinggi dalam agenda kesukarelawanan dan kelestarian alam sekitar negara.

Program ini memberi fokus kepada pemantauan kesihatan hutan melalui pendekatan saintifik merangkumi kajian vegetasi, biodiversiti, pencemaran serta analisis tanah bagi menilai tahap kesihatan ekosistem secara menyeluruh.

Menurut ketua delegasi ÿմapp, Muhammad Aqil Fahmi Zaid, program ini membuka perspektif baharu terhadap hubungan manusia dan alam sekitar.

“Alam bukan sekadar ruang kehidupan, tetapi satu sistem yang perlu difahami secara ilmiah dan dipelihara secara bertanggungjawab melalui tindakan lapangan,” katanya.

Beliau turut berharap lebih ramai mahasiswa akan terus melibatkan diri dalam program berteraskan kelestarian dan kesukarelawanan berimpak tinggi pada masa akan datang.

Penyertaan delegasi ÿմapp dalam eGIP 2026 ini selaras dengan aspirasi institusi pengajian tinggi dalam melahirkan graduan holistik yang memiliki nilai kepimpinan, kesedaran sosial dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, jelasnya.

Aqil berkata:”Berbeza dengan kebiasaan kesukarelawanan yang tertumpu kepada interaksi sesama komuniti manusia, eGIP 2026 mengetengahkan pendekatan berasaskan alam sebagai “komuniti hidup” melalui penglibatan langsung peserta dalam ekosistem hutan.

“Pendekatan ini membuka perspektif bahawa alam perlu difahami, dipantau dan dipelihara secara kolektif berasaskan data dan tindakan lapangan.

“Dengan latar biodiversiti Pulau Banding, peserta melalui pengalaman pembelajaran secara langsung yang menggabungkan sains alam sekitar, kerja sukarelawan dan penyelidikan lapangan dalam satu ekosistem pembelajaran berimpak tinggi,” katanya.

Sepanjang program, delegasi ÿմapp turut dibimbing oleh pegawai pengiring, Dr. Nurwina Akmal Anuar, yang memainkan peranan dalam memastikan kelancaran aktiviti lapangan serta bimbingan teknikal kepada peserta.

Selain aktiviti penyelidikan, peserta turut melaksanakan aktiviti plogging di sekitar Pulau Banding sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta pembudayaan gaya hidup hijau dalam kalangan mahasiswa IPT.

Kejayaan mencatat rekod Malaysia Book of Records ini menjadi simbol kolaborasi berskala nasional yang menggabungkan kepakaran, tenaga mahasiswa dan institusi pengajian tinggi dalam usaha pemuliharaan alam sekitar negara.

The post Delegasi ÿմapp Sertai eGIP 2026, Cipta Rekod di Pulau Banding appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/delegasi-ukm-sertai-egip-2026-cipta-rekod-di-pulau-banding/feed/ 0
Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro /beritaukm/program-gugah-umbi-2026-perkasa-pembangunan-dan-kelestarian-komuniti-usahawan-mikro/ /beritaukm/program-gugah-umbi-2026-perkasa-pembangunan-dan-kelestarian-komuniti-usahawan-mikro/#respond Mon, 18 May 2026 00:18:04 +0000 /beritaukm/?p=4681 Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini KUCHING, 15 Mei 2026 – Program Gugah UMBI 2026 yang dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), yang diadakan…

The post Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini

KUCHING, 15 Mei 2026 – Program Gugah UMBI 2026 yang dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), yang diadakan baru-baru ini dapat  memperkasa pembangunan dan kelestarian komuniti usahawan mikro.

Program yang dijalankan di tujuh zon di seluruh Malaysia itu merupakan sebahagian daripada komponen utama projek penyelidikan projek penyelidikan Pembangunan Usahawan Mikro Berbudi Daya (UMBI).

Kajian tersebut tertumpu kepada projek pembelajaran berasaskan khidmat bakti serta pembangunan rumusan pemantauan dan penilaian impak ke atas komuniti usahawan mikro yang berorientasikan makanan dan minuman.

Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata sokongan dan panduan daripada cendekiawan institusi pendidikan tinggi negara dalam membimbing komuniti usahawan mikro adalah sangat penting.

“Resipi ke arah menjadi usahawan mikro yang berbudi daya adalah dengan menambah ilmu pengetahuan dan saya percaya IKMAS telah menjadi satu support system yang baik dalam membimbing usahawan mikro melalui projek ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan.

Tambah beliau ilmu pengetahuan yang diberikan akan membantu para usahawan mikro untuk membangunkan potensi diri, memperkasa kemahiran keusahawanan, serta memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar.

Program Gugah UMBI itu ditawarkan secara percuma kepada 1,4000 komuniti usahawan mikro terpilih di seluruh Malaysia.

The post Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/program-gugah-umbi-2026-perkasa-pembangunan-dan-kelestarian-komuniti-usahawan-mikro/feed/ 0
Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO /beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/ /beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/#respond Fri, 15 May 2026 05:38:03 +0000 /beritaukm/?p=4673 Oleh Dr Ahmad Razi Othman, FKABFoto oleh Mohamad Aizam Adzha Jamaluddin PEKAN, 15 Mei 2026 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi…

The post Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Dr Ahmad Razi Othman, FKAB
Foto oleh
Mohamad Aizam Adzha Jamaluddin

PEKAN, 15 Mei 2026 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi penganjuran Bengkel Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) yang memfokuskan kepada inovasi teknologi biochar dan perapi tanah bagi tujuan penanaman semula pokok.

Program strategik ini merupakan kolaborasi antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) di bawah dana APEC menerusi forum Policy Partnership on Food Security (PPFS).

Projek Projek yang diterajui oleh Dr. Ahmad Razi Othman dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) itu bertujuan menangani isu kemerosotan kualiti tanah melalui penyelesaian berasaskan alam semulajadi.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh dalam ucapannya menekankan kepentingan lokasi penyelidikan tersebut yang bukan sahaja signifikan dari sudut akademik, malah diiktiraf di peringkat global.

“Penganjuran bengkel bertaraf antarabangsa di sini adalah sangat bertepatan memandangkan kedudukan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sebagai salah sebuah tapak warisan UNESCO.

“Penggunaan teknologi hijau seperti biochar bukan sekadar inovasi, tetapi tanggungjawab kita dalam memastikan kelestarian ekosistem di kawasan sensitif alam sekitar seperti ini kekal terpelihara untuk generasi akan datang,” ujar beliau.

Bengkel tersebut dihadiri oleh delegasi dari pelbagai negara anggota APEC termasuk Australia, Viet Nam, China, Chinese Taipei, Brunei Darussalam, Thailand, dan Malaysia.

Kehadiran wakil antarabangsa ini membuktikan pengiktirafan dunia terhadap usaha Malaysia dalam menerajui teknologi perapi tanah yang mampu memulihkan kualiti tanah dan mempercepatkan proses penanaman semula hutan serta tanaman pertanian.

Turut hadir memberikan sokongan adalah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPKM, Yee Chen Hua; Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF ÿմapp), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin dan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya.

Selain penglibatan akademik, program ini turut diperkukuhkan menerusi sinergi bersama pemain industri gergasi seperti FGV Holdings dan SD Guthrie.

Kerjasama ini turut melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Kebuniti Selangor, serta penglibatan bermakna daripada Komuniti Orang Asli Tasik Chini yang menjadi rakan strategik dalam usaha pemuliharaan setempat.

Teknologi biochar yang dihasilkan daripada sisa organik ini dijangka menjadi pemangkin kepada agenda kelestarian global, sekali gus memperkukuhkan peranan Malaysia sebagai hab rujukan teknologi hijau utama di rantau Asia Pasifik.

The post Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/feed/ 0
ÿմapp-Hilti Perkasa Bakat Graduan Menerusi Kajian Kes Industri /beritaukm/ukm-hilti-perkasa-bakat-graduan-menerusi-kajian-kes-industri/ /beritaukm/ukm-hilti-perkasa-bakat-graduan-menerusi-kajian-kes-industri/#respond Fri, 15 May 2026 00:15:47 +0000 /beritaukm/?p=4661 Oleh Dr. Syaima’ Adznan BANGI, 8 MEI 2026 – Seramai tiga orang pelajar dan dua orang pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah mengadakan lawatan pendidikan ke Hilti Asia…

The post ÿմapp-Hilti Perkasa Bakat Graduan Menerusi Kajian Kes Industri appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Dr. Syaima’ Adznan

BANGI, 8 MEI 2026 – Seramai tiga orang pelajar dan dua orang pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah mengadakan lawatan pendidikan ke Hilti Asia IT services Sdn Bhd  melalui kursus Global Business Services (GBS).

Program ini merupakan platform utama bagi mahasiswa mendalami ekosistem industri melalui penyelesaian kajian kes sebenar yang diberikan oleh pihak industri.

Selain membentangkan solusi inovatif bagi kes tersebut, pelajar turut mendapat pendedahan realistik mengenai proses perakaunan Procure-to-Pay (P2P) secara menyeluruh.

Menerusi sesi interaktif yang dijalankan, para pelajar berpeluang bergerak dari satu unit ke unit yang lain untuk merasai sendiri pengalaman praktikal proses P2P dari hujung ke hujung (end-to-end).

Pelajar FEP, Nor Amalia Rafie berkata, pengalaman hands-on tersebut membantu beliau memahami dengan lebih jelas aliran kerja kewangan yang tidak dapat dipelajari sepenuhnya di dalam dewan kuliah.

“Melalui sesi floor walk, kami berpeluang melihat sendiri proses kerja di bahagian Vendor Master, Travel & Expenses  dan Invoice Processing yang turut melibatkan pengurusan invois bagi ibu pejabat Hilti di Liechtenstein, German.

“Kami juga menerima pelbagai perkongsian dan nasihat berguna daripada alumni ÿմapp yang sedang bekerja di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perkongsian Perkhidmatan Serantau Hilti, Chong Hon Keun berkata: “Inisiatif ini merupakan pendedahan yang sangat bernilai kepada pelajar untuk memahami realiti pengurusan perniagaan global yang dinamik”.

Beliau turut memuji komitmen para pelajar dalam membentangkan cadangan penyelesaian yang praktikal untuk sektor GBS.

The post ÿմapp-Hilti Perkasa Bakat Graduan Menerusi Kajian Kes Industri appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/ukm-hilti-perkasa-bakat-graduan-menerusi-kajian-kes-industri/feed/ 0
Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos /beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/ /beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/#respond Fri, 15 May 2026 00:13:18 +0000 /beritaukm/?p=4657 Oleh Muhammad Hazim Kamarularipin PAHANG, 9 Mei 2026 – Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis baru-baru ini diceriakan dengan kehadiran 38 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),…

The post Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Muhammad Hazim Kamarularipin

PAHANG, 9 Mei 2026 – Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis baru-baru ini diceriakan dengan kehadiran 38 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melalui program Harmoni Satu Bumi 2.0.

Bertemakan “Tangan Mahasiswa, Nadi Komuniti”, program itu menjadi jambatan yang menyatukan dunia akademik dengan realiti masyarakat melalui pengisian berteraskan kesihatan, pendidikan dan sukan.

Pengarah program, Nurnabilah Huda Epri berkata selain memberi nilai tambah kepada penduduk, inisiatif ini memberi ruang buat mahasiswa mendalami erti kebersamaan dalam suasana penuh kekeluargaan.

“Tunjang utama program ini ialah untuk menekankan aspek kesedaran kesihatan kepada komuniti setempat melalui pendekatan interaktif, di samping menerapkan semangat kesukarelawanan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata aspek kesejahteraan kanak-kanak menjadi fokus utama program tersebut melalui Kempen Gosok Gigi dan Cuci Tangan.

“Melalui demonstrasi interaktif bersama mahasiswa KTSN, kesedaran terhadap kepentingan kebersihan diri diterapkan kepada kanak-kanak di kampung ini.

“Dimensi pendidikan juga diperluas menerusi program Celik Kreatif menggunakan STEM Kit hasil sumbangan Yayasan MR DIY. Aktiviti ini berjaya mencetuskan rasa ingin tahu dan pemikiran kritis kanak-kanak terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik dalam suasana yang menyeronokkan,” ujarnya.

Nurnabilah Huda berkata program itu bukan sekadar aktiviti bermusim, tetapi merupakan satu langkah murni dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan cakna terhadap keperluan sosial.

“Semangat kesukarelawanan yang dizahirkan di Pos Lanai ini diharapkan terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu padu pada masa hadapan,” katanya.

Program yang menghimpunkan mahasisiwa, pihak pentadbiran KTSN dengan kira-kira 1,000 penduduk setempat itu menjadi wadah kemasyarakatan yang berimpak.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Dr. Ramli Dato’ Mohd Nor. Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan komitmen jitu pelbagai pihak dalam memacu kesejahteraan dan memperkasakan pembangunan komuniti orang asli secara inklusif.

The post Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/feed/ 0