Penyelidikan Archives - Berita 每日大赛app /beritaukm/category/penyelidikan/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 05 Jun 2026 01:48:23 +0000 en-US hourly 1 Penyelidik 每日大赛app Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka /beritaukm/penyelidik-ukm-terbit-kajian-bioteknologi-di-jurnal-antarabangsa-terkemuka/ /beritaukm/penyelidik-ukm-terbit-kajian-bioteknologi-di-jurnal-antarabangsa-terkemuka/#respond Fri, 05 Jun 2026 01:48:19 +0000 /beritaukm/?p=4733 BANGI, 26 Mei 2026 鈥 Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Ramzi dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) menjadi penyelidik pertama universiti itu menerbitkan artikel dalam jurnal…

The post Penyelidik 每日大赛app Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
BANGI, 26 Mei 2026 鈥 Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Ramzi dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) menjadi penyelidik pertama universiti itu menerbitkan artikel dalam jurnal berprestij dunia, Nature Biotechnology, yang berada di kedudukan nombor satu dunia dalam bidang bioteknologi.

Penerbitan bertajuk 鈥淎 framework for building a synthetic cell from the SynCell Asia Initiative鈥 itu diterbitkan pada 26 Mei 2026 melalui kerjasama penyelidik dari Malaysia, China, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand.

Kajian tersebut mengetengahkan pembangunan teknologi sel buatan atau 鈥渟ynthetic cell鈥 yang berpotensi membantu penyelidikan dalam bidang kesihatan, makanan, alam sekitar dan bioteknologi pada masa hadapan.

Menurut Ahmad Bazli, penerbitan tersebut menggariskan pelan hala tuju 10 tahun SynCell Asia Initiative dalam membangunkan sel buatan menggunakan teknologi terkehadapan dalam bidang Sel dan Biologi Sintetik.

鈥淧enerbitan hasil konsortium antarabangsa yang diterajui oleh saintis-saintis daripada SynCell Asia Initiative dan Asian Synthetic Biology Association (ASBA) ini mempelopori model baharu bagi kolaborasi rentas sempadan, infrastruktur gunasama dan penggunaan standard terbuka.

鈥淏erbanding dengan pendekatan sedia ada dari konsortium Sel Sintetik di US dan Eropah, rangka kerja SynCell Asia Initiative ini melibatkan penggunaan biofoundry iaitu infrastruktur automatik dan bersepadu, antara ahli konsortium bagi pembangunan sel buatan secara bersepadu, seragam dan berpandukan kecerdasan buatan (AI),鈥 katanya.

Tambahnya, INBIOSIS turut menempatkan 每日大赛app Biofoundry yang merupakan biofoundry pertama ditubuhkan di Malaysia.

鈥淢elalui 每日大赛app Biofoundry, pembabitan kumpulan penyelidikan tempatan dalam penyelidikan berimpak tinggi ini dijangka menyemarakkan pemajuan bidang-bidang transformatif seperti perubatan jitu, bio-pembuatan dan bio-automasi,鈥 katanya.

Dr. Bazli berkata penglibatan tersebut turut menunjukkan bahawa kepakaran penyelidik Malaysia mampu menyumbang dalam inisiatif penyelidikan terkehadapan bertaraf global.

鈥淧englibatan 每日大赛app dalam inisiatif ini membolehkan penyelidik tempatan untuk bekerjasama secara langsung dengan rangkaian saintis antarabangsa dalam membangunkan teknologi biologi generasi baharu,鈥 katanya.

The post Penyelidik 每日大赛app Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/penyelidik-ukm-terbit-kajian-bioteknologi-di-jurnal-antarabangsa-terkemuka/feed/ 0
Penyelidik 每日大赛app Jalankan Eksperimen Sains Bahan Kuantum di ISIS Neutron and Muon Source /beritaukm/penyelidik-ukm-jalankan-eksperimen-sains-bahan-kuantum-di-isis-neutron-and-muon-source/ /beritaukm/penyelidik-ukm-jalankan-eksperimen-sains-bahan-kuantum-di-isis-neutron-and-muon-source/#respond Thu, 21 May 2026 00:30:03 +0000 /beritaukm/?p=4709 Oleh Oleh Dr Muhammad Siddiq Fadhil Sutrisno DIDCOT, OXFORDSHIRE, 19 Mei 2026 鈥 Dua penyelidik dari Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melaksanakan eksperimen penyelidikan…

The post Penyelidik 每日大赛app Jalankan Eksperimen Sains Bahan Kuantum di ISIS Neutron and Muon Source appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Oleh Dr Muhammad Siddiq Fadhil Sutrisno

DIDCOT, OXFORDSHIRE, 19 Mei 2026 鈥 Dua penyelidik dari Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melaksanakan eksperimen penyelidikan sains bahan kuantum di ISIS Neutron and Muon Source iaitu salah satu kemudahan sumber neutron paling maju di dunia.

Eksperimen yang berlangsung dari 5 hingga 14 Mei 2026 itu dikendalikan oleh Science and Technology Facilities Council di bawah UK Research and Innovation di Makmal Rutherford Appleton, Oxfordshire.

Penyelidikan tersebut melibatkan Dr Muhammad Siddiq Fadhil Sutrisno dan Dr Muhammad Asif Ahmad Khusaini yang menjalankan kajian menggunakan instrumen MARI, iaitu spektrometer neutron berkepekaan tinggi bagi meneliti sifat bahan teknologi kuantum yang berpotensi digunakan dalam pembangunan pemancar foton tunggal.

Menurut Dr Muhammad Asif, bahan teknologi kuantum kini menjadi tumpuan dunia kerana potensinya dalam pembangunan komunikasi kuantum, pengkomputeran kuantum serta teknologi penderiaan optik berketepatan tinggi.

鈥淜ajian menggunakan neutron membolehkan saintis memahami tingkah laku atom dan getaran (fonon) kekisi bahan pada skala kuantum,鈥 katanya.

Dr Muhammad Asif berkata penyelidikan itu bukan sahaja menghasilkan data saintifik baharu, malah membuka ruang jaringan kerjasama antarabangsa dan pengalaman penyelidikan berteknologi tinggi kepada penyelidik 每日大赛app.

鈥淜ami pulang bukan sekadar membawa data, tetapi juga pengalaman, jaringan penyelidikan dan keyakinan bahawa penyelidikan yang dibangunkan di 每日大赛app mampu bersaing di peringkat antarabangsa,鈥 katanya.

Antara dapatan awal eksperimen ialah pemetaan faktor struktur dinamik S(Q,E) bagi kaca tellurite pada suhu 6 Kelvin.

Analisis tersebut berjaya mengenal pasti beberapa ciri spektrum utama yang berkait dengan getaran (fonon) struktur bahan, termasuk parameter penting yang menentukan potensi bahan itu sebagai pelantar hos pemancar foton tunggal.

Data eksperimen kini sedang dianalisis di 每日大赛app dan hasil kajian dijangka diterbitkan dalam jurnal saintifik antarabangsa berimpak tinggi.

Sepanjang eksperimen dijalankan, kumpulan penyelidik 每日大赛app dibimbing oleh saintis instrumen MARI, Dr G酶ran Nilsen yang mempunyai kepakaran dalam bidang fizik magnet eksotik dan cecair spin kuantum.

Menurut beliau, akses kepada kemudahan sumber neutron bertaraf antarabangsa seperti ISIS membuka peluang kepada saintis untuk menjalankan penyelidikan yang sukar dilaksanakan di makmal biasa.

鈥淜emudahan seperti ini membolehkan persoalan saintifik kompleks diterokai dengan lebih mendalam melalui teknologi neutron berketepatan tinggi,鈥 katanya.

Kumpulan penyelidik 每日大赛app turut mengadakan sesi perbincangan bersama Dr Philip King, Pengarah Bersekutu (Perkongsian dan Program) di ISIS Neutron and Muon Source, bagi meneroka potensi kerjasama penyelidikan jangka panjang antara ISIS dan komuniti saintifik Malaysia.

The post Penyelidik 每日大赛app Jalankan Eksperimen Sains Bahan Kuantum di ISIS Neutron and Muon Source appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/penyelidik-ukm-jalankan-eksperimen-sains-bahan-kuantum-di-isis-neutron-and-muon-source/feed/ 0
Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri /beritaukm/gangguan-deria-bau-jejas-emosi-dan-keyakinan-diri/ /beritaukm/gangguan-deria-bau-jejas-emosi-dan-keyakinan-diri/#respond Fri, 15 May 2026 02:38:00 +0000 /beritaukm/?p=4665 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman Gangguan deria bau sering dianggap perkara kecil namun, ia mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan seseorang dari sudut emosi, keyakinan diri dan hubungan sosial.…

The post Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

Gangguan deria bau sering dianggap perkara kecil namun, ia mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan seseorang dari sudut emosi, keyakinan diri dan hubungan sosial.

Prof. Dr. Salina Husain dari Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berkata kehilangan keupayaan menghidu boleh menimbulkan rasa takut, terasing dan tekanan emosi kerana individu tidak lagi mampu mengenal pasti bau di sekeliling termasuk bau badan sendiri.

鈥溾淜alau kehilangan deria bau sepenuhnya, ada pesakit jadi takut untuk bergaul sebab dia tidak tahu sama ada dirinya berbau atau tidak. Mereka jadi kurang keyakinan diri, suka menyendiri dan lama-kelamaan boleh mengalami kemurungan dan cenderung untuk membunuh diri.

鈥淪elain itu, kajian oleh Keaveny yang diterbitkan pada tahun 2021 mendapati bau badan yang tidak menyenangkan dan penjagaan kebersihan diri yang tidak teratur boleh  merosakkan perhubungan, bahkan boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga,鈥 katanya.

Di samping itu, Prof. Dr. Salina Husain berkata gangguan deria bau turut menyebabkan makanan terasa hambar dan tawar kerana seseorang tidak lagi dapat menikmati aroma makanan seperti biasa.

鈥淒eria bau memainkan peranan penting dalam meningkatkan kenikmatan rasa makanan.

鈥淚a juga membantu mengesan potensi bahaya kesihatan seperti makanan basi atau busuk serta bahaya persekitaran seperti kebocoran gas yang boleh menyebabkan kebakaran di rumah,鈥 jelas beliau ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk  鈥淧ermasalahan Deria Bau: Rawatan dan Inovasi鈥.

Salah satu penyakit radang hidung adalah alahan hidung atau rinitis alergi, jelasnya.

鈥70 peratus pesakit alahan hidung tahap sederhana dan teruk mengalami masalah kekurangan bau.

鈥淕ejala lain adalah kerap bersin, gatal, hidung berair dan hidung tersumbat,鈥 katanya.

Tambah beliau, rawatan terkini untuk alahan hidung adalah imunoterapi alergen dan 每日大赛app merupakan perintis untuk rawatan ini di Malaysia.

鈥淧esakit alahan hidung tahap teruk beserta alahan mata atau alahan kulit atau asma dengan ujian menunjukkan alahan kepada hama disarankan rawatan imunoterapi.

鈥淐ara penggunaannya adalah pil atau semburan di bawah lidah sekali sehari selama tiga tahun.

鈥淩awatan ini akan meningkatkan imuniti terhadap hama. Pesakit akan bebas dari gejala alahan dalam jangka masa panjang iaitu selama 5-10 tahun.

鈥淩awatan juga boleh mencegah serangan asma di masa akan datang,鈥 katanya.

Dr. Salina berkata kajian ini menunjukkan gejala alahan seperti gatal hidung, bersin, hidung tersumbat dan juga gatal mata dan gatal kulit, beserta dengan masalah tidur yang tidak nyenyak dan emosi negatif, telah berkurangan secara signifikan selepas tiga bulan menjalani rawatan imunoterapi.

Menurutnya, lebih 95 peratus pesakit tidak lagi bergantung kepada semburan steroid dan pil antihistamin selepas enam bulan rawatan.

The post Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/gangguan-deria-bau-jejas-emosi-dan-keyakinan-diri/feed/ 0
Lebih Satu Pertiga Wanita dengan MRKH Alami Kebimbangan dan Kemurungan /beritaukm/lebih-satu-pertiga-wanita-dengan-mrkh-alami-kebimbangan-dan-kemurungan/ /beritaukm/lebih-satu-pertiga-wanita-dengan-mrkh-alami-kebimbangan-dan-kemurungan/#respond Thu, 05 Mar 2026 05:14:11 +0000 /beritaukm/?p=4464 Oleh Khairatul Nadia Ramli. KUALA LUMPUR, 3 Mac 2026 鈥 Kajian kolaboratif yang diterajui oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mendapati lebih satu per tiga wanita Malaysia yang menghidap Sindrom 惭补测别谤-搁辞办颈迟补苍蝉办测-碍眉蝉迟别谤-贬补耻蝉别谤…

The post Lebih Satu Pertiga Wanita dengan MRKH Alami Kebimbangan dan Kemurungan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Khairatul Nadia Ramli.

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2026 鈥 Kajian kolaboratif yang diterajui oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mendapati lebih satu per tiga wanita Malaysia yang menghidap Sindrom 惭补测别谤-搁辞办颈迟补苍蝉办测-碍眉蝉迟别谤-贬补耻蝉别谤 (MRKH) dilaporkan mengalami masalah kebimbangan dan kemurungan.

MRKH adalah keadaan sejak lahir yang jarang berlaku, di mana seseorang wanita tidak mempunyai rahim dan sebahagian saluran faraj, walaupun rupa luaran dan ciri wanita adalah normal. Kebanyakan pesakit hanya mengetahui keadaan ini apabila mereka tidak datang haid ketika remaja.

Kajian ini telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dari 每日大赛app yang terdiri daripada Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dari Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Dr. Loh Sweet Yi Esther bersama dengan Dr. Khailiyana Khairudin (Pakar O&G), Prof. Dr. Ani Amelia Dato鈥 Zainuddin dan Prof. Dr. Nur Azurah Abdul Ghani (Pakar Ginekologi Pediatrik & Remaja), Prof. Dr. Shamsul Azhar Shah (Pakar Perubatan Kesihatan Awam) serta Prof. Madya Dr. Tuti Iryani Mohd Daud (Pakar Psikiatri).

Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal perubatan antarabangsa pada tahun 2025 menerusi artikel yang bertajuk ‘Prevalence of Anxiety and Depression in Women with 惭补测别谤-搁辞办颈迟补苍蝉办测-碍眉蝉迟别谤-贬补耻蝉别谤 (MRKH) Syndrome in Malaysia鈥, sekaligus memberi gambaran jelas tentang cabaran kesihatan yang dihadapi oleh pesakit MRKH di negara ini.

Kajian tersebut melibatkan 77 wanita MRKH di seluruh Malaysia dengan purata umur sekitar 29 tahun. Kebanyakan mereka menerima diagnosis ketika berumur sekitar 20 tahun.

Menurut Dr. Esther, keputusan kajian menunjukkan kira-kira empat daripada 10 peserta mengalami simptom kebimbangan, manakala tiga daripada 10 menunjukkan tanda kemurungan.

鈥淚ni menunjukkan sebahagian besar wanita MRKH berdepan tekanan emosi yang serius. Apabila seseorang menerima berita bahawa mereka tidak mempunyai rahim, kesannya bukan sahaja fizikal tetapi juga sangat mendalam dari segi perasaan dan keyakinan diri,鈥 jelas beliau.

Kajian itu juga mendapati wanita MRKH daripada kumpulan berpendapatan rendah lebih mudah mengalami kemurungan berbanding mereka yang mempunyai pendapatan lebih tinggi. Peserta yang mengalami kebimbangan juga didapati lebih cenderung mengalami kemurungan pada masa yang sama.

Dr. Esther menegaskan bahawa pesakit MRKH bukan sahaja memerlukan rawatan perubatan, tetapi juga sokongan emosi dan kaunseling.

鈥淎pabila diagnosis dibuat, pesakit memerlukan penerangan yang jelas, sokongan keluarga dan bantuan emosi.

鈥淪okongan ini sangat penting untuk membantu mereka menyesuaikan diri dan membina kehidupan yang positif,鈥 katanya.

Beliau mencadangkan supaya pemeriksaan kesihatan emosi dibuat secara berkala kepada pesakit MRKH, dan sokongan psikologi disediakan sebagai sebahagian daripada penjagaan mereka.

Kajian ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa pesakit dengan keadaan jarang berlaku seperti MRKH memikul beban perasaan yang sering tersembunyi. Ekosistem sokongan dan empati adalah kunci utama untuk kesejahteraan menyeluruh mereka.

The post Lebih Satu Pertiga Wanita dengan MRKH Alami Kebimbangan dan Kemurungan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/lebih-satu-pertiga-wanita-dengan-mrkh-alami-kebimbangan-dan-kemurungan/feed/ 0
Mahasiswa Perubatan 每日大赛app Guna AI Kurangkan Beban Kesihatan, Bantu Persediaan Kolonoskopi /beritaukm/mahasiswa-perubatan-ukm-guna-ai-kurangkan-beban-kesihatan-bantu-persediaan-kolonoskopi/ /beritaukm/mahasiswa-perubatan-ukm-guna-ai-kurangkan-beban-kesihatan-bantu-persediaan-kolonoskopi/#respond Mon, 09 Feb 2026 05:49:09 +0000 /beritaukm/?p=4402 Oleh Dr. Nabil Mohammad Azmi,Pakar Bedah dan Pensyarah,Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Fakulti Perubatan Ramai rakyat Malaysia tahu bahawa kolonoskopi mampu menyelamatkan nyawa dengan mengesan kanser usus besar dan…

The post Mahasiswa Perubatan 每日大赛app Guna AI Kurangkan Beban Kesihatan, Bantu Persediaan Kolonoskopi appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Dr. Nabil Mohammad Azmi,Pakar Bedah dan Pensyarah,Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Fakulti Perubatan

Ramai rakyat Malaysia tahu bahawa kolonoskopi mampu menyelamatkan nyawa dengan mengesan kanser usus besar dan rektum pada peringkat awal. Namun, apa yang tidak disedari masyarakat ialah kejayaan prosedur ini bergantung kepada satu perkara yang kelihatan sangat mudah iaitu tahap kebersihan usus sebelum kolonoskopi dilakukan.

Jika usus tidak dibersihkan dengan sempurna, doktor boleh terlepas polip berbahaya dan pesakit mungkin terpaksa mengulangi keseluruhan prosedur.

Menyedari masalah ini, satu pasukan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah mengambil pendekatan lain iaitu menggunakan Kecerdasan Buatan (AI). Kajian mereka menilai sama ada penggunaan model bahasa besar (LLM) berasaskan ChatGPT yang direka khas mampu membimbing pesakit membuat persediaan kolonoskopi dengan lebih baik dan pemerhatian awal menunjukkan potensi yang besar.

Saya telah bekerjasama dengan sekumpulan mahasiswa perubatan untuk merangka, menjalankan dan menerbitkan kajian klinikal ini.

Untuk melaksanakannya, kami perlu mengimbangi inovasi dan keselamatan pesakit, menurut laporan kajian tersebut. Matlamat kajian adalah untuk melihat sama ada AI boleh memberi bimbingan langkah demi langkah dalam bahasa yang mudah dan mesra, seterusnya meningkatkan keyakinan dan pematuhan pesakit.

Projek ini bukan sekadar pencapaian teknologi ia membuktikan bahawa mahasiswa perubatan Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam kemajuan bidang kesihatan.

Para pelajar ini telah melalui keseluruhan proses penyelidikan yakni daripada tinjauan literatur, kelulusan etika, pengumpulan data sehinggalah ke penerbitan.

Walaupun berdepan cabaran, pasukan penyelidikan telah berjaya menyiapkan kajian dan seterusnya menerbit di jurnal sains. Mahasiswa tersebut telah juga memenangi hadiah tempat pertama kategori penyelidikan klinikal di Hari Penyelidikan Mahasiswa Perubatan 每日大赛app yang telah diadakan baru-baru ini.

Kajian mendapati bahawa sesi kaunseling menggunakan AI di klinik adalah sama tahap keberkesanannya dengan doktor terlatih. Ini berpotensi mengurangkan beban di klinik kerajaan yang sentiasa sibuk.

Tambahan pula, interaksi dengan AI tidak menjejaskan keselamatan atau meningkatkan kegelisahan pesakit sebelum menjalani prosedur. Malah, tahap kepuasan pesakit lebih tinggi berbanding kumpulan konvensional. Protokol kajian telah diterbitkan dalam jurnal saintifik. Kajian telah pun selesai dan hasil kajian sedang didalam peringkat penulisan untuk dihantar ke jurnal saintifik sebelum diterbitkan.

Bagaimana Kajian Ini Dilaksanakan

Pesakit yang menjalani kolonoskopi dipilih secara rawak untuk menerima sama ada kaunseling daripada doktor atau kaunseling digital melalui chatbot AI berasaskan ChatGPT

Chatbot tersebut memberi panduan tentang perubahan diet, masa pengambilan ubat julap, persediaan mental dan menjawab soalan secara langsung seperti pembantu maya. Apa yang menjadikan kajian ini unik ialah keterlibatan AI didalam aspek perawatan pesakit secara terus.

Walaibagaimanapun, AI ini bukan bermaksud menggantikan tugas doktor, sebaliknya bertindak sebagai 鈥榬akan digital鈥 yang membantu mengukuhkan arahan dan menyokong pesakit.

Interaksi ini berlaku secara semula jadi dan mudah difahami. Arahan yang jelas mengurangkan kekeliruan tentang apa yang boleh dimakan atau diminum  dan pada masa yang sama, kaunseling digital dapat disampaikan kepada lebih ramai pesakit tanpa menambah beban kerja petugas kesihatan.

Semasa kolonoskopi, doktor menggunakan tiub panjang dengan kamera kecil untuk mencari ketumbuhan dalam usus. Jika usus tidak cukup bersih, kamera tidak dapat melihat dengan jelas 鈥 walau sehebat mana pun kepakaran doktor. Ramai pesakit mengalami persediaan yang kurang baik bukan kerana tidak ambil peduli kerana arahan yang diberi mungkin terlalu kompleks untuk difahami. Ada juga yang berasa tidak pasti tentang makanan yang dibenarkan sebelum prosedur.

AI kini sudah menjadi sebahagian daripada landskap penjagaan kesihatan dan potensinya haruslah diteroka. AI tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan manusia, tetapi menyokongnya terutama untuk prosedur kompleks.

Jika kaunseling dibantu AI terus terbukti berkesan, Malaysia mungkin bakal menyaksikan pengurangan senarai menunggu untuk kolonoskopi ulangan, pengesanan kanser usus yang lebih awal dan pesakit yang lebih yakin serta memahami kesihatan mereka sendiri.

Pasukan penyelidik berharap teknologi ini dapat diperluas kepada prosedur lain termasuk telesurgeri dan kaunseling perubatan pelbagai tahap.

The post Mahasiswa Perubatan 每日大赛app Guna AI Kurangkan Beban Kesihatan, Bantu Persediaan Kolonoskopi appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/mahasiswa-perubatan-ukm-guna-ai-kurangkan-beban-kesihatan-bantu-persediaan-kolonoskopi/feed/ 0
Struktur Tulang Manusia Prasejarah Tiada Perbezaan Ketara dengan Manusia Moden /beritaukm/struktur-tulang-manusia-prasejarah-tiada-perbezaan-ketara-dengan-manusia-moden/ /beritaukm/struktur-tulang-manusia-prasejarah-tiada-perbezaan-ketara-dengan-manusia-moden/#respond Fri, 16 Jan 2026 07:06:10 +0000 /beritaukm/?p=4305 Oleh Asmahanim AmirFoto Shahiddan Saidi CHERAS, 16 Januari 2026 – Pasukan penyelidik perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang menjalankan kajian terhadap empat rangkat manusia prasejarah yang ditemui di Lembah Neggiri,…

The post Struktur Tulang Manusia Prasejarah Tiada Perbezaan Ketara dengan Manusia Moden appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

CHERAS, 16 Januari 2026 – Pasukan penyelidik perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang menjalankan kajian terhadap empat rangkat manusia prasejarah yang ditemui di Lembah Neggiri, iaitu Gua Chawan mendapati rupa bentuk dan struktur tulang manusia prasejarah tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding manusia moden.

Ketua Penyelidik, Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman dari Fakulti Perubatan berkata ketumpatan tulang dan struktur dalaman pada rangka manusia prasejarah juga hampir serupa apabila dibandingkan dengan sampel tulang manusia moden yang digunakan sebagai perbandingan.

鈥淚ni menunjukkan bahawa tahap kesihatan tulang manusia prasejarah adalah setanding dengan manusia masa kini,鈥 katanya dalam sidang media di Majlis Perasmian  Pameran Rangka Manusia Pra-Sejarah Di Muzium Anatomi Fakulti Perubatan, baru-baru ini.

Beliau berkata projek penyelidikan dengan tajuk Status Kesihatan Tulang Manusia Prasejarah di Semenanjung Malaysia yang dilakukan oleh kumpulan penyeliknya mendapati terdapat kekangan utama dalam kajian tersebut, iaitu saiz sampel yang kecil.

鈥淯ntuk mendapatkan kesimpulan yang lebih kukuh dan menyeluruh, kajian ini memerlukan lebih banyak rangka manusia prasejarah serta sampel perbandingan daripada manusia moden yang sepadan dari segi umur, jantina dan etnik,鈥 jelasnya.

Sementara itu, seorang penyelidik dari Fakulti Pergigian, Dr. Nor Atika Md Ashar, yang juga merupakan pakar Odontologi Forensik berkata daripada analisis gigi, didapati tahap kehausan gigi manusia prasejarah adalah lebih tinggi berbanding manusia moden.

鈥淗al ini dipercayai berkait rapat dengan gaya hidup mereka, di mana gigi bukan sahaja digunakan untuk makan makanan mentah dan kurang diproses, malah turut berfungsi sebagai alat dalam aktiviti harian, suatu konsep yang dikenali sebagai teeth as tools.

鈥淲alaupun kami bukan pakar dalam aspek sosio-budaya, berdasarkan sudut pandang biologi, rangka-rangka ini menunjukkan bahawa manusia prasejarah berkemungkinan menjalani kehidupan yang aktif dan sihat, selari dengan gaya hidup sebagai pemburu yang memerlukan aktiviti fizikal yang tinggi serta pengambilan makanan semula jadi,鈥 tambahnya.

Katanya, kajian yang dijalankan itu adalah membandingkan ciri-ciri biologi tulang manusia prasejarah secara sistematik dengan tulang manusia moden.

鈥淒ari segi ketinggian pula, individu-individu prasejarah yang dikaji menunjukkan purata ketinggian yang hampir sama dengan populasi masa kini,鈥 ujarnya.

Kajian itu adalah kerjasama dengan Pakar Arkeologi, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli, dengan sokongan erat daripada Jabatan Warisan Negara (JWN) yang melakukan ekskavasi di beberapa buah gua di Lembah Neggiri, termasuk Gua Chawan.

Rangka-rangka manusia yang ditemui telah melalui proses konservasi, pembersihan dan penyusunan rapi oleh pihak JWN sebelum diserahkan kepada pasukan penyelidik 每日大赛app.

Setakat ini, empat rangka manusia prasejarah daripada Gua Chawan telah berjaya dikaji secara terperinci oleh pasukan penyelidik 每日大赛app.

The post Struktur Tulang Manusia Prasejarah Tiada Perbezaan Ketara dengan Manusia Moden appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/struktur-tulang-manusia-prasejarah-tiada-perbezaan-ketara-dengan-manusia-moden/feed/ 0
Penyelidik 每日大赛app Bangunkan Protokol Diseksi Tulang Belakang untuk Kajian Sakit Belakang /beritaukm/penyelidik-ukm-bangunkan-protokol-diseksi-tulang-belakang-untuk-kajian-sakit-belakang/ /beritaukm/penyelidik-ukm-bangunkan-protokol-diseksi-tulang-belakang-untuk-kajian-sakit-belakang/#respond Fri, 24 Oct 2025 08:03:52 +0000 /beritaukm/?p=3904 Oleh Khairatul Nadia RamliFoto oleh Dr. Isma Liza Mohd Isa CHERAS, 24 Oktober 2025 – Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan,…

The post Penyelidik 每日大赛app Bangunkan Protokol Diseksi Tulang Belakang untuk Kajian Sakit Belakang appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Khairatul Nadia Ramli
Foto oleh Dr. Isma Liza Mohd Isa

CHERAS, 24 Oktober 2025 – Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Dr. Isma Liza Mohd Isa berjaya membangunkan satu protokol diseksi tulang belakang ke atas kadaver manusia bagi tujuan pengambilan tisu disk untuk penyelidikan penyakit degenerasi disk (slipped disc).

Menurut Dr Isma Liza, slipped disc adalah antara punca utama sakit belakang kronik di seluruh dunia.

鈥淧embangunan protokol ini dijangka memperkukuh usaha global dalam memahami mekanisme penyakit dan membangunkan terapi baharu bagi rawatan sakit belakang,鈥 katanya.

Dr Isma Liza yang juga merupakan Pensyarah Kanan Kehormat dan Felo Penyelidik di C脷RAM Research Centre for Medical Devices, Pharmacology and Therapeutics, University of Galway, Ireland menjalankan kajian ini melalui geran penyelidikan Health Research Board (HRB), Ireland bernilai 鈧0.8 juta yang diterima melalui Emerging Investigator Award for Health pada tahun 2022.

Anugerah berprestij ini diberikan kepada penyelidik berpotensi tinggi dalam bidang kesihatan bagi melahirkan penyelidik berdaya saing dan berimpak global.

Beliau berkata dana tersebut membolehkan pelaksanaan projek DISCPAIN, iaitu kajian berimpak tinggi yang bertujuan mengenal pasti penanda molekul penyakit degenerasi disk dan membangunkan model penyelidikan berasaskan tisu manusia sebenar.

鈥淧rotokol ini dibangunkan melalui kolaborasi antara University of Galway, 每日大赛app dan Silent Mentor Program, Universiti Malaya, yang membolehkan pengambilan tisu disk manusia sihat daripada kadaver tanpa penyakit tulang belakang dilakukan secara etika dan terkawal.

鈥淜ajian prospektif selama setahun melibatkan diseksi ke atas tiga belas kadaver manusia tanpa proses pengawetan, dengan kebenaran penuh keluarga penderma tubuh.

鈥淪emua prosedur dijalankan mengikut garis panduan etika dan protokol pendermaan tubuh manusia.,鈥 katanya.

Tambah Dr Isma Liza, protokol bertajuk 鈥淗uman Cadaveric Spine Dissection: A Protocol for Harvesting Lumbar Intervertebral Discs from Body Donors鈥 yang  diterbitkan dalam jurnal antarabangsa Annals of Anatomy (Elsevier, 2025) menghuraikan secara terperinci kaedah diseksi tulang belakang melalui akses anterior serta panduan pengambilan dan pemprosesan tisu disk untuk analisis pasca-mortem.

鈥淢elalui sumbangan penderma tubuh, kami kini dapat memperoleh disk sihat berkualiti tinggi sebagai spesimen kawalan usia (age-match healthy control) yang sebelum ini sukar didapati.

鈥淚ni membuka ruang besar untuk analisis molekul bagi memahami mekanisme penyakit degenerasi disk dengan lebih mendalam,鈥 jelas Dr Isma Liza.

Katanya, tisu disk yang diperoleh diproses untuk analisis penjujukan RNA (RNA sequencing) bagi mengenal pasti ekspresi gen dan penanda molekul yang terlibat dalam proses degenerasi.

鈥淧enemuan ini dijangka dapat membantu pembangunan terapi baharu dan sasaran rawatan bagi pesakit sakit belakang kronik.

鈥淯苍驳办补辫补苍 鈥榶ang mati mengajar yang hidup鈥 benar-benar menggambarkan nilai penyelidikan ini. Melalui tubuh penderma, ilmu anatomi dan sains perubatan dapat berkembang untuk manfaat pesakit pada masa hadapan,鈥 ujarnya.

Penyelidikan itu menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh kajian antarabangsa mengenai penyakit degenerasi disk — penyebab sakit belakang serta membuka peluang kepada pembangunan terapi regeneratif yang lebih berkesan.

The post Penyelidik 每日大赛app Bangunkan Protokol Diseksi Tulang Belakang untuk Kajian Sakit Belakang appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/penyelidik-ukm-bangunkan-protokol-diseksi-tulang-belakang-untuk-kajian-sakit-belakang/feed/ 0
Kenali Perbezaan Hiperkolesterolemia Dan FH dan Kepentingan Diagnosis Awal /beritaukm/kenali-perbezaan-hiperkolesterolemia-dan-fh-dan-kepentingan-diagnosis-awal/ /beritaukm/kenali-perbezaan-hiperkolesterolemia-dan-fh-dan-kepentingan-diagnosis-awal/#respond Wed, 15 Oct 2025 00:15:29 +0000 /beritaukm/?p=3834 Oleh : Prof Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad, Pengarah/ Pensyarah Kanan, Pakar Pakar Perubatan Molekul (Penyakit Tidak Berjangkit), Institut Biologi Perubatan Molekul (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) Hari Kesedaran…

The post Kenali Perbezaan Hiperkolesterolemia Dan FH dan Kepentingan Diagnosis Awal appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh : Prof Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad, Pengarah/ Pensyarah Kanan, Pakar Pakar Perubatan Molekul (Penyakit Tidak Berjangkit), Institut Biologi Perubatan Molekul (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app)

Hari Kesedaran Hiperkolesterolemia Famili (FH) Sedunia disambut pada setiap 24 September saban tahun. Tujuan utama diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit genetik berkait dengan FH yang meningkatkan kadar kolesterol sejak kecil. FH adalah amat berbahaya berbanding penyakit hiperkolesterolemia yang biasa kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung di awal usia. Mari kenali dengan lebih mendalam perbezaan di antara hiperkolesterolemia dan FH serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi mendiagnosis penyakit FH di peringkat awal.

Menurut Perpustakaan Perubatan Kebangsaan USA, hiperkolesterolemia ditakrif sebagai peningkatan tahap kolesterol yang melibatkan kolesterol jumlah (Total Cholesterol) (TC>5.2 mmol/l) dan juga kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah dikenali sebagai kolesterol jahat (LDL-C> 2.6 mmol/l).

Hiperkolesterolemia disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk persekitaran, gaya hidup dan juga genetik berdasarkan Penerbitan Kesihatan Harvard. Hiperkolesterolemia yang disebabkan oleh faktor genetik dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Famili (FH). Faktor genetik ini diwarisi oleh pesakit FH daripada ibu bapa mereka. Faktor genetik ini melibatkan perubahan pada jujukan asid nukleotida ataupun DNA dalam badan manusia. Perubahan jujukan DNA ini boleh menyebabkan fungsi gen serta protein yang menjalankan fungsi-fungsi tertentu di dalam badan terganggu. Perubahan jujukan DNA juga dikenali sebagai mutasi. Empat gen utama yang menyebabkan FH adalah LDLR, LDLRAP1, PCSK9 dan APOB1 (menurut MedlinePlus). Perubahan jujukan DNA pada keempat-empat gen ini menyebabkan fungsi proteinnya terjejas seterusnya menyebabkan peningkatan kolesterol terutamanya kolesterol jahat (LDL-C) di dalam badan. FH dengan mutasi pada empat gen ini dikenali sebagai FH Monogenik, manakala FH Poligenik disebabkan oleh mutasi pada gen selain daripada keempat-empat gen ini.

Perbezaan di antara hiperkolesterolemia dan FH

Individu dengan hiperkolesterolemia biasa tidak mempunyai kadar TC dan LDL-C setinggi individu yang menghidap FH. Menurut Garis Panduan Praktis Klinikal: Pengurusan Hiperkolesterolemia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 2023, FH ditakrif apabila pesakit dewasa mempunyai kadar TC melebihi 7.5 mmol/L, manakala LDL-C melebihi 4.9 mmol/L Sebaliknya, pesakit dengan hiperkolesterolemia biasa menunjukkan kadar TC dan LDL-C adalah lebih rendah. Pesakit FH juga lazimnya mempunyai sejarah keluarga yang menunjukkan hiperkolesterolemia, penyakit jantung, atau kematian pramatang. Sejarah ini melibatkan ahli keluarga peringkat pertama (ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak) serta peringkat kedua (ibu atau ayah saudara, datuk  dan nenek, anak saudara).

Ciri fizikal antara pesakit hiperkolesterolemia biasa dan FH adalah berbeza. Secara umum, pesakit dengan hiperkolesterolemia biasa tidak menunjukkan ciri-ciri klinikal FH kerana kadar kolesterol tidak setinggi FH (Garis Panduan Praktis Klinikal: Pengurusan Hiperkolesterolemia, KKM, 2023). Ciri fizikal utama pesakit dengan FH adalah xantoma (benjolan akibat penggumpulan lemak pada tendon), xantelasma (penggumpulan lemak di sekitar mata), arkus kornea (bulatan putih yang kelihatan di sekeliling kornea) (MedlinePlus). Terdapat beberapa kriteria yang boleh digunakan untuk mengenal pasti penyakit FH seperti kriteria Simon Broome鈥檚(SB) dan Skor Dutch Lipid Clinic Network (DLCNS) dan Make Early Diagnosis to Prevent Early Deaths (MEDPED). Kriteria SB mengambil kira simptom fizikal, sejarah keluarga, tahap kolesterol, serta diagnosis molekul, dan seterusnya mengklasifikasikan FH kepada kepada dua kategori iaitu FH pasti (definite) dan FH barangkali (probable).

Rajah 1: Ciri fizikal FH聽 yang berpunca聽 daripada pengumpulan kolesterol secara berlebihan dalam badan. Xantelasma pada kelopak mata, tendon xantoma pada tangan, arkus kornea pada anak mata dan tendon xantoma pada tumit kaki.

Pengumpulan lemak secara berlebihan dalam badan, terutamanya di salur darah jantung boleh menyebabkan penyakit jantung koronari (CHD/CAD) dalam kalangan pesakit FH pada usia lebih muda berbanding individu normal. Menurut Horton dan rakan-rakan, melalui penerbitan awal yang mengkaji tentang perkaitan FH dengan penyakit jantung pada tahun 2009, individu normal lazimnya mula menunjukkan tanda-tanda penyakit CAD selepas usia 60 tahun ke atas. Sebaliknya, individu dengan FH homozigus – iaitu yang mewarisi dua salinan gen tidak normal, daripada kedua-dua ibu bapa boleh mengalami CHD/ CAD seawal  usia  bawah 20 tahun. Bagi individu dengan FH heterozigus, yang hanya mewarisi satu salinan gen adalah tidak normal, risiko penyakit jantung biasanya meningkat selepas usia 40 tahun.

FH di Malaysia masih kurang didiagnosis dan kurang diiktiraf.  Namun begitu, ia semakin mendapat perhatian umum dan telah menjadi kebimbangan kesihatan awam sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perkara ini selari dengan dapatan daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, yang melaporkan bahawa 33.3 peratus atau kira-kira 7.6 juta individu dewasa di Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. NHMS 2023 turut menunjukkan bahawa 44 peratus individu dewasa mempunyai tahap kolesterol LDL (LDL-C) yang tinggi, 27 peratus mempunyai tahap kolesterol baik (HDL-C) yang rendah, dan 23 peratus mempunyai tahap trigliserida (TG) yang tinggi. Ketiga-tiga komponen ini iaitu LDL-C, HDL-C dan TG merupakan faktor penting yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk mengenal pasti dan mendiagnosis hiperkolesterolemia dan FH pada peringkat awal bagi mengurangkan risiko penyakit jantung dan komplikasi berkaitan.

Penyelidikan mengenai FH di peringkat kebangsaan baru-baru ini menganggarkan bahawa prevalens FH yang disyaki secara klinikal di Malaysia adalah kira-kira satu dalam setiap 100 rakyat Malaysia (1.0鈥1.1peratus), suatu kajian yang dilakukan oleh Chua dan rakan-rakan dan diterbit pada tahun 2021.  Sementara itu, kes FH yang disahkan secara genetik di Malaysia dianggarkan berlaku pada kadar satu dalam 427 individu berdasarkan saringan populasi, melalui kajian yang dilakukan oleh Chua dan rakan-rakan yang diterbitkan pada tahun 2022. Menurut Abdul Murad dan rakan-rakan pada 2023, Monogenik FH dikenalpasti pada 48 peratus peserta di peringkat penemuan (peringkat awal kajian) dan sebanyak 12.4 peratus telah dikenalpasti pada peringkat validasi (peringkat kedua, saringan dilakukan keatas lebih daripada 300 sampel FH). Walau bagaimanapun, anggaran ini mungkin tidak sepenuhnya tepat kerana penyaringan FH dalam kalangan populasi Malaysia masih belum dilaksanakan secara menyeluruh.

Penggunaan ubat

Ubat statin  lazimnya digunakan untuk merawat pesakit yang hiperkolesterolemia dan FH. Antara contoh ubat statin termasuk atorvastatin, simvastatin, lovastatin, rosuvastatin dan pravastatin. Dos statin  bergantung kepada tahap kolesterol pesakit. Bagi pesakit dengan hiperkolesterolemia biasa, dos statin yang rendah digunakan, sebaliknya,  individu dengan FH memerlukan dos yang lebih tinggi iaitu antara 40 hingga 80 mg (Medscape.com). Matlamat utama penggunaan  statin adalah untuk menurunkan kadar kolesterol sebanyak 50 peratus daripada paras asal, seperti yang dinyatakan di dalam ESC/EAS Guidelines for the management of dyslipidemias: lipid modification to reduce cardiovascular risk pada 2019. Ini penting bagi memastikan tahap kolesterol dalam darah dapat dikawal dan tidak termendak di dalam saluran darah jantung, yang merupakan faktor utama penyumbang kepada penyakit jantung koronari.

Kajian berkaitan FH

Institut Biologi Molekul Perubatan (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) merupakan salah sebuah institusi penyelidikan di Malaysia yang menjalankan kajian berkaitan FH, khususnya dalam mengenal pasti faktor genetik yang terlibat. Terbaru, UMBI telah menggunakan pendekatan penyaringan ahli keluarga melalui 鈥淎nalisis Trio鈥 dalam satu keluarga yang disyaki mempunyai FH. Pesakit yang berkemungkinan menghidap FH ini ialah seorang wanita berusia 42 tahun. Sampel darah telah diambil untuk mendapatkan DNA pesakit, dan penjujukan eksom bagi mengenalpasti mutasi pada pesakit ini telah dilakukan.

Penjujukan eksom turut melibatkan sampel daripada ibu bapa pesakit bagi memudahkan analisis data dan menentukan corak pewarisan penyakit. Hasil penjujukan eksom mendapati bahawa pesakit mewarisi mutasi gen LDLRAP1, PCSK9 dan APOB daripada kedua-dua ibu bapanya. Walaupun ayah pesakit mempunyai mutasi pada gen PCSK9 dan APOB, tahap kolesterol total (TC) dan kolesterol LDL (LDL-C) beliau adalah rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor lain seperti pengaruh persekitaran atau interaksi dengan gen lain yang menyebabkan protektif terhadap FH. Tahap kolesterol adik kedua dan ketiga pesakit masih belum diketahui. Namun, memandangkan mereka turut mewarisi mutasi yang sama, adalah penting untuk mereka menjalani saringan kolesterol secara berkala dan memulakan rawatan statin sekiranya tahap TC dan LDL-C didapati tinggi. Penyaringan genetik terhadap ahli keluarga lain juga boleh dilakukan bagi mengenal pasti individu lain yang berisiko menghidap FH dalam keluarga tersebut.

Kesimpulan

Kesimpulannya, FH adalah merupakan sejenis penyakit genetik yang berbeza daripada hiperkolesterolemia biasa,聽 yang lazimnya berpunca daripada faktor persekitaran seperti pemakanan yang tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal. FH menyebabkan peningkatan kadar kolesterol dalam darah, yang boleh termendap di dalam saluran darah dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung yang berpotensi. membawa maut. Sempena Hari Kesedaran FH Sedunia 2025, marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat langkah pencegahan terhadaphiperkolesterolemia dan serangan jantung.

Rajah 2: Pokok keluarga pesakit dengan FH dan mutasi yang telah dikenal pasti melalui penjujukan eksom.

The post Kenali Perbezaan Hiperkolesterolemia Dan FH dan Kepentingan Diagnosis Awal appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/kenali-perbezaan-hiperkolesterolemia-dan-fh-dan-kepentingan-diagnosis-awal/feed/ 0
Teknik Thiel Dalam Pengawetan Mayat Lebih Selamat, Realistik /beritaukm/teknik-thiel-dalam-pengawetan-mayat-lebih-selamat-realistik/ /beritaukm/teknik-thiel-dalam-pengawetan-mayat-lebih-selamat-realistik/#respond Tue, 23 Sep 2025 06:43:43 +0000 /beritaukm/?p=3731 Oleh Murniati Abu KarimFoto Fakulti Perubatan Dalam dunia perubatan, penggunaan mayat yang diawet atau kadaver merupakan komponen penting dalam pengajaran anatomi, latihan pembedahan dan penyelidikan. Namun, kaedah pengawetan yang sudah…

The post Teknik Thiel Dalam Pengawetan Mayat Lebih Selamat, Realistik appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Fakulti Perubatan

Dalam dunia perubatan, penggunaan mayat yang diawet atau kadaver merupakan komponen penting dalam pengajaran anatomi, latihan pembedahan dan penyelidikan.

Namun, kaedah pengawetan yang sudah lama diamalkan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, adalah menggunakan formalin, iaitu bahan kimia terkawal yang sering digunakan sebagai pengawet, antiseptik dan disinfektan.

Menurut pensyarah Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan, Universiti Keangsaan Malaysia (每日大赛app), Dr Rasyidah Rehir, formalin berfungsi dengan baik untuk mengekalkan mayat dalam jangka panjang.

鈥淎da spesimen yang diawet menggunakan formalin masih berkeadaan baik dan digunakan selepas lebih 20 tahun.

鈥淲alaubagaimanapun, bahan kimia ini turut dikategorikan sebagai karsinogen, dan pendedahan berpanjangan boleh membawa kesan serius termasuk risiko kanser.

鈥淭ambahan pula, selepas diawet, warna kadaver akan menjadi pudar dan teksturnya agak 鈥榮tiff鈥 atau keras. Jadi, ia kurang sesuai digunakan untuk latihan pembedahan atau penyelidikan,鈥 katanya.

TEKNIK THIEL

Menyedari wujudnya jurang dalam kaedah sedia ada, Dr Rasyidah tertarik untuk meneroka kaedah pengawetan lain yang lebih maju dan selamat, iaitu teknikThiel.

Teknik Thiel merupakan kaedah pengawetan yang diasaskan di Austria dan dikembangkan di United Kingdom.

Menurutnya, kaedah ini dikenali sebagai 鈥蝉辞蹿迟-蹿颈虫补迟颈辞苍鈥 kerana ia mampu mengekalkan warna dan keanjalan tisu seperti keadaan sebenar untuk aplikasi pembedahan dan penyelidikan yang lebih realistik.

鈥淜elebihan teknik Thiel ini, ia tidak membuatkan tekstur mayat menjadi terlalu keras.

鈥淥leh itu, kadaver boleh digunakan bukan sahaja untuk pengajaran, tetapi juga untuk latihan pembedahan dan penyelidikan,鈥 jelasnya.

Dari segi ketahanan pula, Dr Rasyidah berkata Thiel hanya mampu bertahan sekitar dua hingga empat tahun.

鈥淪ebenarnya tempoh tersebut dianggap memadai kerana fokus utamanya ialah latihan pembedahan dan penyelidikan.

鈥淛adi, apabila sudah digunakan, spesimen tersebut memang tidak boleh disimpan untuk kegunaan semula,鈥 katanya.

PUSAT KADAVER PERTAMA MALAYSIA

Selain itu, Dr Rasyidah juga terlibat dengan projek penubuhkan Pusat Kadaver bertaraf antarabangsa di Malaysia yang bertujuan untuk memajukan pengajaran anatomi, latihan pembedahan, dan penyelidikan.

鈥淪aya berharap penubuhan Pusat Kadaver ini akan menjadi yang pertama di Malaysia dan dapat dilaksanakan bersama program pendermaan badan di peringkat nasional.

鈥淧usat Kadaver ini diharapkan menjadi hab untuk pengajaran dan penyelidikan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat Asia Tenggara,鈥 katanya.

Menurutnya, Jabatan Anatomi 每日大赛app masih menunggu kelulusan dana bagi penubuhan Pusat Kadaver ini.

Sementara itu, jabatan berkenaan sednag meneliti amalan terbaik dengan merujuk kepada pusat-pusat di Malaysia yang telah menjalankan program pendermaan badan secara kecil, seperti program Silent Mentor.

CABARAN DAN KESEDARAN

Dr Rasyidah berkata, cabaran utama di Malaysia ialah program pendermaan badan yang masih baharu dan belum mendapat pendedahan meluas.

鈥淭idak seperti pendermaan organ yang lebih dikenali masyarakat, tahap kesedaran dan pengetahuan umum tentang pendermaan badan masih rendah.

鈥淜ita perlu perluaskan lagi agar lebih ramai tampil sebagai penderma.

鈥淐abaran kedua pula ialah fasiliti. Setakat ini, di 每日大赛app sendiri kami belum bersedia sepenuhnya untuk menerima pendermaan badan kerana masih dalam proses menaik taraf, termasuk menambah ruang beku bagi menyimpan mayat,鈥 katanya.

Selain itu, ada juga cabaran dari aspek kepercayaan dan keagamaan, tambahnya.

鈥淏uat masa ini, pendermaan badan belum dibenarkan untuk masyarakat beragama Islam, hanya pendermaan organ sahaja.

鈥淒alam jangka panjang, kita akan adakan perbincangan bersama pihak mufti untuk menilai sama ada ada ruang bagi membuka peluang ini kepada penderma Islam.

Dari sudut etika, Dr. Rasyidah berkata negara Malaysia belum mempunyai undang-undang khusus yang mengawal selia pendermaan badan.

鈥淏erbeza dengan pengalaman saya di Edinburgh, Scotland, semasa menyambung pengajian, di sana mereka ada akta khusus, ada garis panduan jelas, malah ada 鈥榠nspector鈥 yang menjalankan audit di setiap institusi.

鈥淒engan adanya undang-undang berkenaan pendermaan badan, keyakinan penderma dan ahli keluarga lebih terjamin kerana badan mereka dilindungi, termasuk hal-hal seperti penyebaran gambar,鈥 katanya.

GERAN ANUGERAH MERDEKA

Dr Rasyidah merupakan salah seorang pemenang Geran Anugerah Merdeka Untuk Penempatan Antarabangsa 2025.

Geran berprestij yang dikurniakan oleh Merdeka Award Trust ini mengiktiraf bakat luar biasa anak muda yang bakal mewakili Malaysia dalam penempatan jangka pendek di institusi terkemuka dunia.

Bagi Dr Rasyidah, beliau sudah merancang destinasi sangkutannya di luar negara bagi memperluas inisiatif latihan perubatan melalui program pendermaan badan dan pemeliharaan kadaver lanjutan.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Thiel Cadaveric Facility di Universiti Dundee, United Kingdom, sebuah pusat khas yang terkenal dengan kepakaran dalam penggunaan Teknik Thiel.

Selain itu, beliau turut merancang untuk ke Universiti Graz di Austria, iaitu tempat asal kelahiran Teknik Thiel.

鈥淒i Graz, mereka menggunakan lebih kurang tujuh jenis solusi pengawetan. Jadi selain Thiel, saya juga berpeluang mempelajari teknik-teknik lain.

鈥淪etiap teknik mempunyai keberkesanan dan cara penyelenggaraan berbeza, bergantung pada suhu serta kelembapan negara masing-masing.

鈥淛adi, saya boleh melihat sendiri mana satu kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia,鈥 katanya.

Akhir sekali, beliau merancang untuk ke Taiwan atau mana-mana negara di sekitar Asia.

鈥淭ujuan saya adalah untuk melihat teknik pengawetan yang digunakan dan menilai sama ada ia sesuai dengan iklim Asia.

鈥淧ada masa sama, saya mahu memahami bagaimana program pendermaan badan dilaksanakan mengikut budaya dan kepercayaan masyarakat setempat,鈥 katanya.

Dr Rasyidah turut menyatakan harapannya agar teknik yang dipelajarinya bukan sahaja dimanfaatkan di 每日大赛app, tetapi juga dapat diperluas ke institusi lain di seluruh Malaysia.

The post Teknik Thiel Dalam Pengawetan Mayat Lebih Selamat, Realistik appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/teknik-thiel-dalam-pengawetan-mayat-lebih-selamat-realistik/feed/ 0
Madu Gelam Bantu Tangani Gejala Menopaus Secara Alami /beritaukm/madu-gelam-bantu-tangani-gejala-menopaus-secara-alami/ /beritaukm/madu-gelam-bantu-tangani-gejala-menopaus-secara-alami/#respond Fri, 04 Jul 2025 07:15:30 +0000 /beritaukm/?p=3388 Oleh Khairatul Nadia Ramli KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025 鈥 Penyelidikan terbaharu oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mendapati bahawa madu gelam, sejenis madu hutan tempatan,…

The post Madu Gelam Bantu Tangani Gejala Menopaus Secara Alami appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Khairatul Nadia Ramli

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025 鈥 Penyelidikan terbaharu oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mendapati bahawa madu gelam, sejenis madu hutan tempatan, mempunyai potensi besar untuk membantu wanita menangani gejala-gejala menopaus secara semula jadi dan selamat.

Menopaus merupakan fasa semula jadi dalam kehidupan wanita yang lazimnya berlaku antara umur 45 hingga 55 tahun apabila tahap hormon estrogen menurun secara mendadak. Perubahan ini menyebabkan pelbagai gejala mengganggu seperti gangguan emosi, rasa panas melampau, gangguan tidur serta ketidakselesaan semasa hubungan intim akibat perubahan pada tisu vagina.

Menurut pakar Fisiologi dan Reproduktif 每日大赛app, Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar, kajian yang dijalankan menggunakan model haiwan menunjukkan kesan positif madu gelam dalam menangani simptom tersebut.

鈥淒alam kajian kami, tikus yang diaruh menopaus dan diberi madu gelam selama 14 hari menunjukkan peningkatan ketara dari segi struktur tisu rahim dan vagina. Kami juga dapati terdapat peningkatan paras estrogen dalam darah serta kesan yang menyerupai hormon estrogen, terutamanya dalam merangsang pembentukan salur darah baharu,鈥 katanya.

Beliau berkata madu gelam merupakan sejenis madu hutan yang dihasilkan oleh lebah liar Apis dorsata, yang membina sarang di pokok gelam dan banyak ditemui di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

鈥淢adu ini terkenal dengan kandungan antioksidan dan sifat anti-radang yang tinggi, menjadikannya antara madu tropika yang paling bernilai,鈥 ujarnya.

Sementara itu, Pakar Fisiologi 每日大赛app, Prof. Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim berkata kebimbangan terhadap kesan sampingan terapi hormon menjadikan madu gelam satu alternatif yang sangat bernilai untuk diteroka lebih lanjut.

鈥淩amai wanita berasa bimbang untuk mengambil terapi hormon jangka panjang kerana risiko kesan sampingan seperti kanser dan penyakit jantung.

鈥淥leh itu, kajian ini membuka ruang kepada penggunaan bahan semula jadi seperti madu Gelam sebagai pendekatan komplementari yang lebih selamat,鈥 katanya.

Tambah beliau, sebatian bioaktif dalam madu gelam yang menyerupai tindakan hormon estrogen memberikan kesan terapeutik tanpa kesan sampingan yang lazim dikaitkan dengan terapi hormon konvensional.

Kajian ini telah diterbitkan dalam dua jurnal antarabangsa berimpak tinggi seperti Molecules dan Frontiers in Endocrinology, sekaligus mengukuhkan kredibiliti dapatan penyelidikan ini di peringkat antarabangsa.

鈥淲alaupun kajian ini masih berada pada peringkat pra-klinikal menggunakan model haiwan, ia memberikan asas kukuh untuk kajian lanjutan berbentuk ujian klinikal pada manusia.

鈥淜ajian tersebut bakal menentukan keberkesanan sebenar madu gelam dalam kalangan wanita menopaus serta potensi penggunaannya sebagai rawatan alternatif dalam sistem kesihatan moden,鈥 katanya.

Beliau berkata penyelidikan yang dijalankan itu bukan sahaja menekankan kepentingan kesihatan wanita, tetapi juga menunjukkan bagaimana kekayaan biodiversiti tempatan, seperti madu hutan Malaysia, mampu menyumbang kepada penyelesaian inovatif dalam bidang perubatan.

Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar
Pensyarah & Pakar Fisiologi dan Reproduktif
Fakulti Perubatan, 每日大赛app

The post Madu Gelam Bantu Tangani Gejala Menopaus Secara Alami appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/madu-gelam-bantu-tangani-gejala-menopaus-secara-alami/feed/ 0