Sukan & Budaya Archives - Berita 每日大赛app /beritaukm/category/sukan-budaya/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 06 Apr 2026 06:37:32 +0000 en-US hourly 1 每日大赛app Juara THACO Cup 2026 di Vietnam /beritaukm/ukm-juara-thaco-cup-2026-di-vietnam/ /beritaukm/ukm-juara-thaco-cup-2026-di-vietnam/#respond Mon, 06 Apr 2026 06:37:30 +0000 /beritaukm/?p=4536 BANGI, 6 April 2026 – Pasukan bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) muncul juara dalam Kejohanan Thanh Nien International Student Football Tournament 2026 (THACO Cup) apabila menewaskan pasukan tuan rumah,…

The post 每日大赛app Juara THACO Cup 2026 di Vietnam appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
BANGI, 6 April 2026 – Pasukan bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) muncul juara dalam Kejohanan Thanh Nien International Student Football Tournament 2026 (THACO Cup) apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Thuy Loi University, Vietnam yang merupakan juara bertahan edisi 2025, menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan, Afiq  Norizan telah menyumbangkan jaringan pada minit ke-25, sebelum penentuan penalti ditentukan selepas terikat 1-1.

Sepakan penalti 每日大赛app berjaya disempurnakan oleh Aiyubi Nasarudin, Alif Irfan  Norsafidahlan, Haris Zafri Hashim, Akmal Afnan Shahridzan, Amirul Fazly Mohd Zamri, Amir Hazman Hanapiah dan Harith Hizamin M. Dasuki.

Penjaga gol 每日大赛app, Adam Haris Herman, muncul wira pasukan apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti terakhir pihak lawan sekali gus memastikan kemenangan buat 每日大赛app dengan 7-6.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Universiti Nha Trang, Vietnam, Adam Haris Herman diumumkan sebagai Player of the Match dan Best Goalkeeper, manakala Izrin Ibrahim muncul sebagai Top Scorer kejohanan, manakala Amirul Fazly Mohd Zamri dinobatkan sebagai Most Valuable Player.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ts Dr Norinsan Kamil Othman yang turut berada di venue kejohanan berkata kejayaan itu mencerminkan semangat juang tinggi, disiplin dan komitmen luar biasa seluruh pasukan dalam mengharumkan nama 每日大赛app dan Malaysia di pentas antarabangsa.

鈥淭ahniah kepada psukan bola sepak 每日大赛app yang telah berjuang dengan bersunguh-sungguh dalam menaikkan nama universiti dan negara. 

鈥淭erima kasih juga kepada semua yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,鈥 katanya.

The post 每日大赛app Juara THACO Cup 2026 di Vietnam appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/ukm-juara-thaco-cup-2026-di-vietnam/feed/ 0
SUKEM 2025: Menjulang Watan, Mengukuh Semangat Kesukanan /beritaukm/sukem-2025-menjulang-watan-mengukuh-semangat-kesukanan/ /beritaukm/sukem-2025-menjulang-watan-mengukuh-semangat-kesukanan/#respond Wed, 05 Nov 2025 06:02:28 +0000 /beritaukm/?p=3945 Oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman (Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, 每日大赛app), Ts. Dr. Nurhidayah Bahar (Pengetua Kolej Akademia 每日大赛app)Foto Kolej Akademia 每日大赛app Sukan…

The post SUKEM 2025: Menjulang Watan, Mengukuh Semangat Kesukanan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman (Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, 每日大赛app), Ts. Dr. Nurhidayah Bahar (Pengetua Kolej Akademia 每日大赛app)
Foto Kolej Akademia 每日大赛app

Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) kembali lagi tahun ini dengan semangat baharu yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga kampus. Kejohanan sukan tahunan yang menjadi tradisi 每日大赛app ini menjadi medan pertembungan hebat 13 buah kolej akademia yang akan berentap dalam 36 acara sukan, merangkumi kategori individu dan berpasukan. Bermula dari 24 Oktober hingga 12 November 2025, SUKEM 2025 anjuran Pusat Sukan 每日大赛app akan berlangsung dalam tiga fasa utama, dengan setiap kontinjen kini giat bersiap sedia membawa panji dan semangat juang kolej masing-masing ke gelanggang.

Menjayakan Aspirasi Sukan Mahasiswa Watan

SUKEM 2025 bukan sekadar gelanggang pertandingan, tetapi manifestasi aspirasi universiti dalam memperkukuh budaya sukan dalam kalangan mahasiswa sebagai sebahagian daripada pembangunan holistik modal insan. Melalui penglibatan aktif dalam pelbagai acara, pelajar bukan sahaja mengasah kemahiran fizikal, tetapi turut memupuk nilai disiplin, kepimpinan dan kerja berpasukan. Kejohanan ini juga menjadi wadah penting mencungkil serta membangunkan bakat atlet 每日大赛app agar dapat diserap ke dalam pasukan universiti, institusi pengajian tinggi, dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Inilah cerminan jati diri mahasiswa yang sebenar bukan hanya cemerlang di bilik kuliah, tetapi turut menyerlah di arena sukan dan kepimpinan. Pada masa yang sama, SUKEM 2025 menyokong agenda universiti dalam memperkasa gaya hidup sihat serta kesejahteraan mental dan fizikal mahasiswa. Aktiviti sukan menjadi wadah untuk pelajar melepaskan tekanan, membina ketahanan diri dan mencapai keseimbangan emosi.Kejohanan ini turut memperkukuh perpaduan dan identiti universiti watan melalui semangat persaingan yang sihat antara kolej kediaman. Dalam semangat kesukanan yang jitu, para atlet belajar menghormati lawan, meraikan perbezaan, serta menjunjung maruah universiti sebagai satu keluarga besar warga 每日大赛app.

Persediaan Kolej Akademia Menjelang SUKEM 2025

Setiap kolej akademia giat melakukan persiapan rapi bagi memastikan kontinjen masing-masing berada pada prestasi terbaik. Pemilihan atlet dan latihan intensif dijalankan seawal awal semester lagi. Setiap petang, suasana di padang utama 每日大赛app menjadi meriah apabila para pelajar berlatih bersama, khususnya bagi acara bola jaring, sepak takraw, bola keranjang, bola tampar dan bola sepak.Kemeriahan ini jelas mencerminkan semangat watan yang kental bukan sekadar persediaan menghadapi kejohanan, tetapi juga lambang kesepaduan dan kebersamaan warga universiti.

Setiap kolej akademia diketuai oleh pengetua selaku ketua kontinjen yang memantau keseluruhan gerak kerja pasukan dan memastikan segala persiapan berjalan lancar. Di bawah kepimpinan tersebut, barisan felo dan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) memainkan peranan penting dalam pencarian atlet, pembentukan pasukan dan penyelarasan latihan. Mereka turut memastikan segala keperluan pasukan dipenuhi serta menjadi penghubung antara pihak pengurusan kolej dan kontinjen. Bersama jurulatih, mereka menyusun strategi dan membimbing atlet dari segi teknikal, fizikal dan mental agar setiap pasukan tampil dengan disiplin, semangat juang dan kekuatan kolektif yang mantap.

Menjulang Harapan, Menggapai Kejayaan

Seluruh warga kolej akademia menzahirkan harapan agar kejohanan kali ini menjadi medan untuk menonjolkan bakat, semangat dan keutuhan pasukan masing-masing. Bagi kontinjen yang bertanding, kemenangan bukanlah satu-satunya matlamat. Kejayaan sebenar terletak pada semangat juang, disiplin serta setiakawan dan persaudaraan yang terbina sepanjang proses latihan dan pertandingan. Setiap peluh yang mengalir tika di padang dan setiap sorakan penyokong di tepi gelanggang menjadi simbol kebanggaan kolej serta bukti semangat watan yang menyatukan seluruh warga universiti.

SUKEM 2025 diharap dapat melahirkan lebih ramai atlet muda 每日大赛app yang berpotensi besar untuk diketengahkan ke peringkat universiti, kebangsaan malah antarabangsa. Pada masa yang sama, kejohanan ini diharapkan terus menjadi platform untuk memperkukuh budaya hidup sihat dan seimbang di kampus, di mana kecemerlangan akademik seiring dengan kekuatan fizikal dan mental. Dengan semangat kesukanan yang tinggi dan sokongan padu seluruh warga 每日大赛app, SUKEM 2025 diyakini akan menjadi satu lagi lembaran kejayaan dalam sejarah sukan universiti watan.

The post SUKEM 2025: Menjulang Watan, Mengukuh Semangat Kesukanan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/sukem-2025-menjulang-watan-mengukuh-semangat-kesukanan/feed/ 0
ASEAN Art Festival 2025: Meraikan Kepelbagaian Seni dan Warisan Serantau di Universiti Kebangsaan Malaysia /beritaukm/asean-art-festival-2025-meraikan-kepelbagaian-seni-dan-warisan-serantau-di-universiti-kebangsaan-malaysia/ /beritaukm/asean-art-festival-2025-meraikan-kepelbagaian-seni-dan-warisan-serantau-di-universiti-kebangsaan-malaysia/#respond Wed, 05 Nov 2025 00:30:58 +0000 /beritaukm/?p=3931 Oleh Haiqal RawlinsFoto oleh Ikhwan Hashim ASEAN Art Festival 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh warna di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), selepas lima hari meraikan…

The post ASEAN Art Festival 2025: Meraikan Kepelbagaian Seni dan Warisan Serantau di Universiti Kebangsaan Malaysia appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Haiqal Rawlins
Foto oleh Ikhwan Hashim

ASEAN Art Festival 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh warna di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), selepas lima hari meraikan kepelbagaian seni dan budaya serantau bertemakan 鈥淒iversity in Rhythm and Heritage.鈥

Festival anjuran Pusat Kebudayaan Universiti, Artisukma 每日大赛app, Againstar Sdn. Bhd. dan Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) ini menjadi platform merapatkan hubungan budaya ASEAN melalui pertukaran idea, kolaborasi kreatif dan persembahan rentas sempadan.

Edisi kali ini menghimpunkan penyertaan dari Thailand, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Brunei Darussalam, Filipina dan Malaysia, dengan China sebagai jemputan khas. Turut serta ialah Kazakhstan, Kanada, India, Perancis, Bangladesh, Jepun dan Korea Selatan sebagai delegasi antarabangsa sempena promosi 每日大赛app World Art Festival 2026 yang akan datang.

Sepanjang festival, para peserta disajikan dengan pelbagai acara menarik termasuk pameran seni visual, persembahan muzik dan tarian tradisional, bengkel kreatif, forum seni, pasar seni serta pertunjukan kolaborasi ASEAN dan antarabangsa yang memukau.

Menurut Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), penganjuran ini mencerminkan komitmen 每日大赛app dalam memperkukuh diplomasi budaya dan memartabatkan seni sebagai medium penyatuan serantau.

鈥淎SEAN Art Festival 2025 bukan sekadar pentas persembahan, tetapi simbol kebersamaan yang menjalin harmoni antara pelbagai bangsa dan budaya. Tema 鈥楧iversity in Rhythm and Heritage鈥 menggambarkan kekuatan budaya yang menyatukan kita melalui ritma, warisan dan kreativiti,鈥 katanya.

Menariknya, festival ini turut memperkenalkan aktiviti lapangan seperti lawatan komuniti ke Perkampungan Budaya Mah Meri, lawatan ke Muzium Negara, bengkel tarian ASEAN serta Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu ASEAN yang memperkukuh interaksi sosial dan kefahaman antara budaya di kalangan peserta.

Dengan kehadiran lebih 300 peserta dari dalam dan luar ASEAN, ASEAN Art Festival 2025 bukan sekadar pesta seni. Ia adalah manifestasi semangat perpaduan serantau, kreativiti tanpa batas dan keindahan warisan Asia Tenggara. Festival ini juga meneguhkan peranan Malaysia, khususnya 每日大赛app, sebagai hab seni dan budaya serantau yang menghubungkan bakat dan warisan dunia.

The post ASEAN Art Festival 2025: Meraikan Kepelbagaian Seni dan Warisan Serantau di Universiti Kebangsaan Malaysia appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/asean-art-festival-2025-meraikan-kepelbagaian-seni-dan-warisan-serantau-di-universiti-kebangsaan-malaysia/feed/ 0
244 atlet 每日大赛app Bakal Berjuang di SUKIPT 2024 /beritaukm/244-atlet-ukm-bakal-berjuang-di-sukipt-2024/ /beritaukm/244-atlet-ukm-bakal-berjuang-di-sukipt-2024/#respond Tue, 03 Sep 2024 08:40:39 +0000 /beritaukm/?p=2581 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 3 September 2024 – Seramai 244 orang atlet dan 35 orang pegawai pasukan bagi 21 acara sukan akan menggalas cabaran Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app)…

The post 244 atlet 每日大赛app Bakal Berjuang di SUKIPT 2024 appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 3 September 2024 – Seramai 244 orang atlet dan 35 orang pegawai pasukan bagi 21 acara sukan akan menggalas cabaran Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) pada temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 yang bakal berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 6 hingga 14 September 2024 ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni merangkap Ketua Kontinjen 每日大赛app, Prof. Madya Dr. Mohd Suzereen Mohd Jamil telah meluangkan masa bagi menyerahkan bendera kontinjen 每日大赛app kepada semua pasukan yang bakal bertanding, di Panggung Seni, semalam.

Dalam ucapannya, beliau telah menitipkan kata-kata semangat kepada semua atlet agar berjuang bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik 每日大赛app.

鈥淪aya berharap agar atlet-atlet 每日大赛app dapat membuktikan kejayaan dan keunggulan dalam SUKIPT 2024, seterusnya menjulang nama 每日大赛app seperti yang telah dicapai oleh beberapa atlet kita di beberapa kejohanan terdahulu seperti sukan MASUM, Kejohanan Olahraga IPT, Sukan Malaysia (S每日大赛appA) dan yang terbaru Asean University Games di Surabaya, Indonesia yang menampilkan kehebatan atlet 每日大赛app kerana berjaya menyumbang satu emas , enam perak dan satu gangsa untuk kontinjen Malaysia,鈥 katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen 每日大赛app ke SUKIPT 2024, di sini.

Beliau berharap agar dengan kejayaan yang dilakar oleh atlet-atlet kebanggaan 每日大赛app itu akan menjadi nilai tambah serta motivasi untuk kontinjen 每日大赛app lebih berdaya saing di kejohanan SUKIPT nanti.

鈥淯capan jutaan terima kasih buat semua pegawai dan kakitangan Pusat Sukan 每日大赛app di atas kesungguhan dalam pembangunan dan penyediaan atlet 每日大赛app untuk kecemerlangan aktiviti sukan tanah air.

鈥淜omitmen dan sokongan anda semua merupakan penyumbang utama dalam kelancaran penyertaan kejohanan yang berprestij ini,鈥 katanya.

Sebanyak 21 acara sukan yang digalas oleh pasukan 每日大赛app iaitu Bola Sepak, Futsal, Tenis, Catur, Hoki (Lelaki & Wanita), Rugbi, Taekwando, Softball (Lelaki), Ping Pong, Badminton, Olahraga, Karate, Bola Jaring, Pencak Silat, Woodball, Bola Tampar (Lelaki & Wanita), Petanque, Sepak Takraw, e-Sport (Mobile Legend), Memanah dan Bola Keranjang.

Untuk edisi ke-6 ini, sebanyak 76 kontinjen dari Universiti Awam , Swasta, Institut Perguruan, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional bakal mengambil bahagian.

The post 244 atlet 每日大赛app Bakal Berjuang di SUKIPT 2024 appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/244-atlet-ukm-bakal-berjuang-di-sukipt-2024/feed/ 0
Sukan Staf 每日大赛app Beri Peluang Tonjol Bakat Kesukanan /beritaukm/sukan-staf-ukm-beri-peluang-tonjol-bakat-kesukanan/ /beritaukm/sukan-staf-ukm-beri-peluang-tonjol-bakat-kesukanan/#respond Fri, 12 Jul 2024 06:30:26 +0000 /beritaukm/?p=2439 Oleh Asmahanim AmirFoto Izwan Azman BANGI, 12 Julai 2024 – Kejohanan Sukan Staf Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang telah berlabuh tirai semalam menjadi platform staf 每日大赛app menonjolkan bakat kesukanan masing-masing.…

The post Sukan Staf 每日大赛app Beri Peluang Tonjol Bakat Kesukanan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 12 Julai 2024 – Kejohanan Sukan Staf Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang telah berlabuh tirai semalam menjadi platform staf 每日大赛app menonjolkan bakat kesukanan masing-masing.

Naib Canselor, Prof Dato鈥 Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata kejohanan smemberi peluang dan ruang kepada ramai staf 每日大赛app untuk mempamerkan bakat dan kebolehan dalam sukan yang disertai terutamanya kepada kumpulan profesional dan pelaksana, para pensyarah dan juga staf pentadbiran yang mempunyai bakat terpendam selama ini.

鈥淚ni (sukan) adalah platform terbaik untuk menyerlahkan bakat-bakat yang ada dalam kalangan staf 每日大赛app. Selain fokus utama dalam kerjaya dan tugas harian, saya juga mengharapkan agar staf mempunyai kepelbagaian kemahiran dan bakat yang boleh dikuasai termasuk bergiat aktif dalam sukan serta sentiasa berusaha memberi impak positif dalam mengharumkan nama 每日大赛app,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penutup Sukan Staf 每日大赛app 2024, di Stadium 每日大赛app, semalam.

Beliau berkata penganjuran kejohanan sukan itu juga telah menyumbang kepada peningkatan kualiti kendiri warga kerja 每日大赛app dengan nilai-nilai positif seperti disiplin yang telah diterapkan semasa menyertai kejohanan serta penghayatan nilai-nilai murni dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada Universiti.

Selain itu, katanya kejohanan sukan tersebut juga dapat meningkatkan semangat muhibah dan persaudaraan dalam kalangan warga 每日大赛app tanpa mengira pangkat dan hierarki jawatan dalam mencapai satu matlamat meningkatkan kecemerlangan kontinjen dan seterusnya 每日大赛app.

鈥溍咳沾笕黙pp sebagai sebuah universiti watan amat memerlukan semangat berpasukan yang tinggi dalam meningkatkan kecemerlangan universiti ini.

鈥淗arapan saya, kejayaan atlet staf 每日大赛app dalam kejohanan ini akan menjadi pembakar semangat untuk Kontinjen 每日大赛app bersaing dalam kejohanan yang lebih besar seperti Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM), Sukan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) dan sukan-sukan lain di peringkat Kebangsaan serta Antarabangsa,鈥 katanya.

Dalam kejohonan kali ini, Kontinjen Perubatan terus mengekalkan kejuaraan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan Staf 2024 dengan jumlah kutipan pingat 10 emas, 6 perak, 7 gangsa.

Tempat kedua pula disandang oleh Kontinjen Perkhidmatan dengan kutipan pingat 7 emas, perak dan gangsa masing-masing 6 manakala Kontinjen Sains menduduki tempat ketiga dengan 4 pingat emas, 6 perak dan 12 gangsa.

Sukan Staf edisi 2024 menyaksikan Dr. Ester Salimun dari Kontinjen Sains dinobatkan sebagai Olahragawati, manakala Encik Mohd Shefril Hazim Rustam dari Kontinjen Kesihatan dianugerahkan sebagai Olahragawan.

The post Sukan Staf 每日大赛app Beri Peluang Tonjol Bakat Kesukanan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/sukan-staf-ukm-beri-peluang-tonjol-bakat-kesukanan/feed/ 0
Gugusan Hospital Pengajar Juara Keseluruhan Sukan Staf Antara Gugusan 每日大赛app 2023 /beritaukm/gugusan-hospital-pengajar-juara-keseluruhan-sukan-staf-antara-gugusan-ukm-2023/ /beritaukm/gugusan-hospital-pengajar-juara-keseluruhan-sukan-staf-antara-gugusan-ukm-2023/#respond Tue, 11 Jul 2023 09:16:21 +0000 /beritaukm/?p=1260 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 11 Julai 2023 – Gugusan Hospital Pengajar terus mengekal kejuaraan apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan 每日大赛app 2023 selepas mengumpul…

The post Gugusan Hospital Pengajar Juara Keseluruhan Sukan Staf Antara Gugusan 每日大赛app 2023 appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 11 Julai 2023 – Gugusan Hospital Pengajar terus mengekal kejuaraan apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan 每日大赛app 2023 selepas mengumpul 12 pingat emas, lapan pingat perak dan lapan pingat gangsa, menewaskan enam gugusan yang lain.

Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan 每日大赛app 2023 yang melabuhkan tirainya hari ini turut menyaksikan Gugusan Pentadbiran berada di kedudukan kedua dengan pungutan enam pingat emas, enam perak dan sembilan gangsa manakala tempat ketiga disandang oleh Gugusan Perkhidmatan dengan empat pingat emas, enam perak dan dua gangsa.

Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata kejohanan sukan tersebut memberi peluang dan ruang kepada staf 每日大赛app untuk mempamerkan bakat dan kebolehan dalam sukan yang disertai terutamanya kepada kumpulan professional dan pelaksana, para pensyarah dan juga staf pentadbiran yang mempunyai bakat terpendam selama ini.

鈥淏ukan pingat yang kita kejar, tetapi apa yang penting adalah semangat setiakawan dan semangat kerjasama berpasukan antara kita.

鈥淒i 每日大赛app, kita perlu berada dalam keadaan yang fit bagi memudahkan kita menjalankan tugasan seharian,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis penutup Sukan Staf antara Gugusan 每日大赛app 2023, di sini.

Kata beliau, aktiviti sukan ini akan menjadi platform kepada warga 每日大赛app bagi mewakili universiti dalam kejohanan sukan yang lain.

鈥淪aya berharap kejayaan atlet staf 每日大赛app dalam kejohanan ini akan menjadi pembakar semangat untuk Kontinjen 每日大赛app bersaing dalam kejohanan yang lebih besar seperti Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Awam, Kejohanan Sukan Badan Berkanun dan Kejohanan Sukan di peringkat Kebangsaan serta Antarabangsa,鈥 katanya.

Kejohanan sukan staf yang bermula pada 22 Jun hingga 25 Jun 2023 bagi fasa pertama dan 6 Julai hingga 9 Julai 2023 bagi fasa kedua menyaksikan sebanayk 30 acara dipertandingkan termasuk acara balapan, esport, acara gelanggang, berbasikal dan acara padang.

Majlis penutup sukan tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abdul Razak. Hadir sama Pendaftar, Dato鈥 Dr Syed Kamarudin Sadakkatulla, yang juga merupakan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan 每日大赛app 2023.

The post Gugusan Hospital Pengajar Juara Keseluruhan Sukan Staf Antara Gugusan 每日大赛app 2023 appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/gugusan-hospital-pengajar-juara-keseluruhan-sukan-staf-antara-gugusan-ukm-2023/feed/ 0
Rakan Muda Diberi Nafas Baharu /beritaukm/rakan-muda-diberi-nafas-baharu/ /beritaukm/rakan-muda-diberi-nafas-baharu/#respond Thu, 29 Jun 2023 07:28:07 +0000 /beritaukm/?p=1756 Oleh Murniati Abu KarimFoto Izwan Azman BANGI, 25 Jun 2023 鈥 Program Rakan Muda yang diberikan nafas baharumemperkenalkan 10 gaya hidup, selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda hari…

The post Rakan Muda Diberi Nafas Baharu appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman


BANGI, 25 Jun 2023 鈥 Program Rakan Muda yang diberikan nafas baharu
memperkenalkan 10 gaya hidup, selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda hari ini.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, inisiatif berkenaan adalah Rakan Aktif,
Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik,
Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.


Rakan Muda yang diperkenalkan pada tahun 1994 diberikan nafas baharu selaras
perkembangan teknologi.


鈥淒engan adanya nafas baru ini agak berbeza dulu semua dapat sijil tetapi sekarang semua
guna aplikasi yang ada rakan strategik iaitu Grab, Shopee, Lazada dan Food Panda.
鈥淏elia yang mendaftar akan dapat ganjaran daripada empat aplikasi yang popular ini,鈥
katanya.


Tambahnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengekalkan logo, lagu dan tagline
Rakan Muda 鈥榊akin Boleh鈥 versi 29 tahun lalu.


鈥淟agu, logo dan tagline dikekalkan. What is not broken, does not need to be fixed,鈥 (apa
yang tidak rosak, tidak perlu diperbaiki),鈥 katanya.


Majlis disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Canselor
Tunku Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app).
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd.
Razak; Ahli LPU, Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts.
Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman

The post Rakan Muda Diberi Nafas Baharu appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/rakan-muda-diberi-nafas-baharu/feed/ 0