Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 12 Julai 2024 – Kejohanan Sukan Staf Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang telah berlabuh tirai semalam menjadi platform staf 每日大赛app menonjolkan bakat kesukanan masing-masing.
Naib Canselor, Prof Dato鈥 Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata kejohanan smemberi peluang dan ruang kepada ramai staf 每日大赛app untuk mempamerkan bakat dan kebolehan dalam sukan yang disertai terutamanya kepada kumpulan profesional dan pelaksana, para pensyarah dan juga staf pentadbiran yang mempunyai bakat terpendam selama ini.
鈥淚ni (sukan) adalah platform terbaik untuk menyerlahkan bakat-bakat yang ada dalam kalangan staf 每日大赛app. Selain fokus utama dalam kerjaya dan tugas harian, saya juga mengharapkan agar staf mempunyai kepelbagaian kemahiran dan bakat yang boleh dikuasai termasuk bergiat aktif dalam sukan serta sentiasa berusaha memberi impak positif dalam mengharumkan nama 每日大赛app,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penutup Sukan Staf 每日大赛app 2024, di Stadium 每日大赛app, semalam.
Beliau berkata penganjuran kejohanan sukan itu juga telah menyumbang kepada peningkatan kualiti kendiri warga kerja 每日大赛app dengan nilai-nilai positif seperti disiplin yang telah diterapkan semasa menyertai kejohanan serta penghayatan nilai-nilai murni dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada Universiti.
Selain itu, katanya kejohanan sukan tersebut juga dapat meningkatkan semangat muhibah dan persaudaraan dalam kalangan warga 每日大赛app tanpa mengira pangkat dan hierarki jawatan dalam mencapai satu matlamat meningkatkan kecemerlangan kontinjen dan seterusnya 每日大赛app.
鈥溍咳沾笕黙pp sebagai sebuah universiti watan amat memerlukan semangat berpasukan yang tinggi dalam meningkatkan kecemerlangan universiti ini.
鈥淗arapan saya, kejayaan atlet staf 每日大赛app dalam kejohanan ini akan menjadi pembakar semangat untuk Kontinjen 每日大赛app bersaing dalam kejohanan yang lebih besar seperti Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM), Sukan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) dan sukan-sukan lain di peringkat Kebangsaan serta Antarabangsa,鈥 katanya.
Dalam kejohonan kali ini, Kontinjen Perubatan terus mengekalkan kejuaraan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan Staf 2024 dengan jumlah kutipan pingat 10 emas, 6 perak, 7 gangsa.
Tempat kedua pula disandang oleh Kontinjen Perkhidmatan dengan kutipan pingat 7 emas, perak dan gangsa masing-masing 6 manakala Kontinjen Sains menduduki tempat ketiga dengan 4 pingat emas, 6 perak dan 12 gangsa.
Sukan Staf edisi 2024 menyaksikan Dr. Ester Salimun dari Kontinjen Sains dinobatkan sebagai Olahragawati, manakala Encik Mohd Shefril Hazim Rustam dari Kontinjen Kesihatan dianugerahkan sebagai Olahragawan.

