Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 11 Julai 2023 – Gugusan Hospital Pengajar terus mengekal kejuaraan apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan 每日大赛app 2023 selepas mengumpul 12 pingat emas, lapan pingat perak dan lapan pingat gangsa, menewaskan enam gugusan yang lain.
Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan 每日大赛app 2023 yang melabuhkan tirainya hari ini turut menyaksikan Gugusan Pentadbiran berada di kedudukan kedua dengan pungutan enam pingat emas, enam perak dan sembilan gangsa manakala tempat ketiga disandang oleh Gugusan Perkhidmatan dengan empat pingat emas, enam perak dan dua gangsa.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata kejohanan sukan tersebut memberi peluang dan ruang kepada staf 每日大赛app untuk mempamerkan bakat dan kebolehan dalam sukan yang disertai terutamanya kepada kumpulan professional dan pelaksana, para pensyarah dan juga staf pentadbiran yang mempunyai bakat terpendam selama ini.
鈥淏ukan pingat yang kita kejar, tetapi apa yang penting adalah semangat setiakawan dan semangat kerjasama berpasukan antara kita.
鈥淒i 每日大赛app, kita perlu berada dalam keadaan yang fit bagi memudahkan kita menjalankan tugasan seharian,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis penutup Sukan Staf antara Gugusan 每日大赛app 2023, di sini.
Kata beliau, aktiviti sukan ini akan menjadi platform kepada warga 每日大赛app bagi mewakili universiti dalam kejohanan sukan yang lain.
鈥淪aya berharap kejayaan atlet staf 每日大赛app dalam kejohanan ini akan menjadi pembakar semangat untuk Kontinjen 每日大赛app bersaing dalam kejohanan yang lebih besar seperti Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Awam, Kejohanan Sukan Badan Berkanun dan Kejohanan Sukan di peringkat Kebangsaan serta Antarabangsa,鈥 katanya.
Kejohanan sukan staf yang bermula pada 22 Jun hingga 25 Jun 2023 bagi fasa pertama dan 6 Julai hingga 9 Julai 2023 bagi fasa kedua menyaksikan sebanayk 30 acara dipertandingkan termasuk acara balapan, esport, acara gelanggang, berbasikal dan acara padang.
Majlis penutup sukan tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abdul Razak. Hadir sama Pendaftar, Dato鈥 Dr Syed Kamarudin Sadakkatulla, yang juga merupakan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan 每日大赛app 2023.



