
Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Shahiddan Saidi聽聽聽聽聽
BANGI 14 September 2022 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menerima sumbangan dana amal jariah daripada Etiqa General Takaful Berhad berupa 鈥榤ock cheque鈥 bernilai RM297,500 bagi pembinaan Telaga Tiub dan tangki air di Masjid As-Syakirin, Kampung Baru Lanjut, Salak Tinggi Sepang dan juga pembelian peralatan perubatan iaitu satu unit mesin ultrasound dan tiga unit mesin cardioc monitor di Majlis Serahan Sumbangan Etiqa General Takaful Berhad kepada 每日大赛app.
Menurut Ahli Lembaga Pengarah Etiqa General Takaful Berhad merangkap Ahli Jawatankuasa Syariah Etiqa General Takaful Berhad, Prof. Datin Dr. Rusni Hassan, dana yang disumbangkan pada hari ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial dan zakat Etiqa (CZR).
鈥淓tiqa Takaful amat peka akan kepentingan menjaga amanah yang diberikan oleh pemegang sijil kami, dan juga kepentingan untuk mengeluarkan zakat kepada mereka yang memerlukannya.
鈥淢aka seperti yang diwar-warkan, Ahli Jawatankuasa Syariah Etiqa telah meluluskan RM297,500 daripada Dana Amal Jariah untuk disalurkan kepada 每日大赛app,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Sumbangan Etiqa kepada 每日大赛app, di sini.
Beliau berkata sumbangan yang diberikan itu diharap mampu memberi manfaat buat 12,000 orang penduduk setempat sekitar Masjid As-Syakirin, Kampung Baru Lanjut, Salak Tinggi Sepang dan juga 35,000 orang Warga 每日大赛app yang terdiri dari siswa siswi dan kakitangan 每日大赛app.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Dr. Norazah Mohd Nordin berkata, kerjasama seumpama ini membolehkan pakar-pakar dalam pelbagai latar bidang di 每日大赛app turut terlibat sama dalam menyumbangkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka.
鈥淭ahniah saya ucapkan kepada Fakulti Sains dan Teknologi, khususnya Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar kerana mempunyai sejumlah tenaga pakar terlatih dalam bidang air yang mampu berganding bahu Bersama pakar lain,鈥 katanya. Beliau berharap agar kerjasama tersebut dapat diteruskan pada masa hadapan dengan pelbagai program yang dirancang seperti meneruskan projek-projek wakaf pembinaan telaga tiub di kawasan yang mengalami masalah bekalan air dan juga tajaan biasiswa kepada pelajar yang layak.


