每日大赛app

FTSM Jalin Kerjasama dengan pelbagai Agensi Selepas 30 Tahun ditubuhkan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 1 Oktober 2024 – Selepas 30 tahun Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), kini fakulti itu telah menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swsta selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Dekan fakulti itu, Prof. Madya Dr. Nurhizam Safie Mohd Satar berkata 每日大赛app, khasnya FTSM menyokong hasrat dalam membantu kerajaan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber.

鈥淔TSM telah bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia (CSM) seawal tahun 2012 bagi membangunkan program bermodul yang kini dikenali sebagai Sarjana Keselamatan Siber.

鈥淪aya ucapkan jutaan terima kasih kepada Dato鈥 TS. Dr. Amiruddin kerana sudi membawa CSM bekerjasama dengan FTSM. Program ini yang direka khas untuk profesional yang bekerja yang memerlukan sijil ini sebagai keperluan organisasi mereka.

鈥淚ni juga selaras dengan inisiatif yang diambil oleh CSM dalam menawarkan Skim Pendidikan Keselamatan Siber Terakreditasi Global (ACE),鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Program Forum Bicara Alumni Tersohor dan Sambutan 30 tahun FTSM, di Dewan Anjung Digital Smart Selangor, di sini .

Forum Bicara Alumni Tersohor itu menampilkan tiga alumni hebat FTSM iaitu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay; Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Dato鈥 Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab dan Profesor Pusat Kajian Keselamatan Siber FTSM, Prof. Dr. Zarina Shukur.

Katanya, beliau percaya Sarjana Keselamatan Siber dan pensijilan profesional ACE yang ditawarkan oleh 每日大赛app dan CSM, akan memberikan manfaat dan peluang kepada para profesional keselamatan siber.

鈥淕raduan dari program ini mampu menyumbang dalam organisasi dan meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam komuniti dan seterusnya mendidik rakyat agar kalis serangan siber,鈥 ujarnya.

Sebagai universiti penyelidikan, beliau berkata FTSM juga meningkatan aktiviti penyelidikan bersama kolaborator yang kebanyakannya melibatkan alumni FTSM.

鈥淒atuk Seri Ayob Khan merupakan alumni tersohor FTSM dan 每日大赛app. Hubungan akrab beliau dengan ahli fakulti telah banyak memberi manfaat besar kepada 每日大赛app, khususnya FTSM.

鈥淔TSM merasa bangga dapat melahirkan alumni yang kini menjadi salah seorang peneraju Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Kekuatan penyelidikan dalam bidang keselamatan siber seterusnya telah mendorong FTSM untuk menubuhkan Pusat Keselamatan Siber,鈥 katanya.

Leave a Reply