Oleh Murniati Abu Karim
Foto Komunikasi 每日大赛app
BANGI, 22 November 2025 鈥 Kajian yang dijalankan oleh Dr. Azwani Masuwai memberi tumpuan kepada amalan penilaian kendiri guru bagi meningkatkan kualiti guru pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah sekaligus menyokong pembangunan profesionalisme yang berterusan.
Dr Azwani menghasilkan Instrumen Nilai Kendiri Guru Pendidikan Islam, iaitu panduan sistematik yang membantu guru menilai, memperbaiki dan menambah baik amalan pengajaran mereka.
Instrumen ini dibina berasaskan konsep muhasabah Imam Al Ghazali, yang menekankan keperluan refleksi diri sebagai asas kecemerlangan seorang pendidik.
鈥淪aya mahu guru mempunyai ruang untuk berhenti sejenak, melihat diri sendiri dan menilai apa yang boleh diperkemaskan demi manfaat pelajar.
鈥淪elepas menggunakan instrumen ini, guru dapat menilai semula amalan pengajaran mereka melalui senarai semak yang terperinci.
鈥淢ereka boleh melihat aspek yang perlu diperbaiki jika wujud kelemahan, dan bagi yang memperoleh penilaian baik sekalipun, instrumen ini membantu mengenal pasti ruang penambahbaikan yang lebih tinggi.
鈥淧ada masa hadapan, instrumen ini berpotensi dijadikan modul atau e-training untuk kegunaan guru di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, termasuk di Institut Pendidikan Guru untuk melatih bakal pendidik,鈥 katanya,
Walaupun direka khusus untuk guru pendidikan Islam, instrumen tersebut berpotensi diguna pakai oleh guru dalam bidang lain kerana item penilaiannya merangkumi keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran merentas subjek.
Ia meneliti tiga komponen utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan keperibadian.
鈥淚nstrumen ini bukan sekadar penilaian. Ia ibarat 鈥肠丑别肠办濒颈蝉迟鈥 pembangunan diri yang membantu guru mengenal pasti kelemahan, tetapi pada masa sama menunjukkan ruang penambahbaikan walaupun skor mereka baik,鈥 katanya.
Dr. Azwani merupakan penerima Anugerah Emas Kedoktoran di Majlis Konvokesyen ke-53 Universiti Kebangsaan Malaysia dari Fakulti Pendidikan.
Pengalaman beliau yang lebih dua puluh tahun sebagai guru menjadi pemangkin utama bagi kajian ini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perjalanan akademiknya dari peringkat sarjana sehingga ke PhD.
鈥淧engiktirafan ini sangat bermakna dalam kerjaya saya. Saya dedikasikan kepada KPM dan semua guru pendidikan Islam di seluruh Malaysia.
鈥淪aya juga berbangga dapat mengangkat bidang pendidikan Islam sebagai salah satu bidang penting dalam dunia pendidikan dan mewakili suara guru pendidikan Islam di seluruh negara,鈥 katanya.
