Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 11 Mei 2025 鈥 Karnival Jom Masuk U (JMU) Zon Tengah 2 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mencatat kehadiran lebih 50,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Azlinda Azman berkata jerayawara ini bertujuan memperluas akses pendidikan tinggi dalam kalangan rakyat dengan memberi maklumat tepat dan menyeluruh mengenai laluan pendidikan yang bersesuaian dengan minat serta kelayakan pelajar.
鈥淜arnival Jom Masuk U ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat terutamanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Diploma, Asasi, Matrikulasi, ibu bapa, pendidik serta orang awam untuk mendapatkan panduan serta maklumat terperinci dan terkini dari universiti awam, swasta serta agensi-agensi berkaitan yang menyertai pameran pendidikan pada hari ini.
鈥淜arnival ini bukan sekadar pameran pendidikan biasa, tetapi lebih berperanan sebagai platform strategik untuk menyampaikan maklumat menyeluruh mengenai akses ke institusi pengajian tinggi 鈥 dari laluan akademik, TVET, pembiayaan pendidikan, sehinggalah kepada peluang kerjaya masa hadapan,鈥 katanya.
Program ini turut menyaksikan pelancaran Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning鈥揂PEL) 每日大赛app.
Prof Datuk Dr Azlinda berkata pelaksanaan program APEL penting bagi memberi peluang kepada individu berpengalaman kerja untuk menyambung pengajian tanpa bergantung sepenuhnya kepada kelayakan akademik formal.
鈥淚nisiatif ini membuka laluan ke menara gading kepada ramai individu dewasa, golongan pekerja, usahawan serta warga emas yang sebelum ini tidak berpeluang menjejakkan kaki ke universiti.
鈥淩amai dalam kalangan rakyat kita mempunyai pengalaman kerja bertahun-tahun tetapi tidak berpeluang melanjutkan pengajian.
鈥淢elalui APEL, mereka kini boleh menggunakan pengalaman tersebut untuk mendapatkan diploma, ijazah atau bahkan ke peringkat sarjana.
鈥淟angkah ini juga selari dengan hasrat negara untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu budaya,鈥 katanya.

