每日大赛app

Kajian 每日大赛app Buka Harapan Baharu Pengesanan Awal Kanser Otak

Oleh Khairatul Nadia Ramli

KUALA LUMPUR, 17 April 2025 鈥 Sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah mencipta satu penemuan penting yang membuka peluang baharu dalam pengesanan awal kanser otak, khususnya jenis yang paling agresif dan berbahaya, iaitu glioblastoma.

Penyakit ini sering kali dikesan lewat kerana gejalanya yang pada awalnya tidak begitu ketara, dan hanya dapat dikenal pasti apabila tumor sudah berada pada tahap yang serius.

Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik 每日大赛app membuktikan bahawa terdapat potensi untuk mengesan penyakit ini lebih awal melalui satu ujian darah ringkas, sekali gus memberi peluang yang lebih besar untuk rawatan awal dan berkesan.

Kajian yang dijalankan bersama Institut Biologi Molekul Perubatan 每日大赛app (UMBI) dan Unit Neurosurgeri Fakulti Perubatan 每日大赛app ini memberi tumpuan kepada autoantibodi, iaitu sejenis protein yang dihasilkan oleh sistem imun badan apabila berlakunya gangguan atau kehadiran unsur luar seperti sel kanser.

Para penyelidik telah menemui beberapa jenis autoantibodi yang wujud dalam darah pesakit glioblastoma tetapi tidak ditemui dalam darah individu yang sihat.

Salah seorang penyelidik yang juga merupakan Pakar Perunding Neurosurgeri, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Madya Dato鈥 Dr. Ainul Syahrilfazli Jaafar berkata penemuan tersebut berpotensi membawa perubahan besar dalam pendekatan pengesanan awal penyakit.

鈥淜ita tidak lagi perlu menunggu pesakit mengalami gejala serius sebelum melakukan pengesanan. Dengan hanya ujian darah, kita mungkin dapat kesan perubahan awal dalam badan yang menunjukkan kehadiran kanser otak,鈥 katanya.

Tambah beliau, jika kajian itu dapat dibuktikan dengan skala lebih besar, ia berpotensi menggantikan kaedah konvensional yang sering melibatkan imbasan pengimejan atau prosedur biopsi yang lebih invasif dan mahal.

Selain itu, Prof Madya Dato鈥 Dr. Ainul Syahrilfazli turut menekankan bahawa pengetahuan dan kesedaran orang awam mengenai kanser otak masih rendah.

鈥淩amai yang menganggap gejala awal seperti sakit kepala, gangguan penglihatan atau perubahan tingkah laku sebagai perkara biasa.

鈥淭etapi hakikatnya, gejala-gejala ini boleh menjadi tanda awal sesuatu yang lebih serius. Pemeriksaan awal adalah kunci utama dalam mencegah komplikasi lebih teruk,鈥 tegasnya.

Menurut beliau, rawatan untuk kanser otak berbeza-beza bergantung kepada jenis dan lokasi tumor.

鈥淩awatan utama merangkumi pembedahan, kemoterapi, radioterapi dan terapi sasaran. Namun, keberkesanan rawatan sangat bergantung kepada pengesanan pada peringkat awal, iaitu peluang untuk kawalan lebih tinggi dan komplikasi lebih rendah,鈥 kata beliau.

Ujar beliau, kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa Immunotherapy, dan kini sedang diperluas dengan kerjasama lebih banyak institusi bagi mengesahkan keberkesanan pendekatan itu dalam kalangan pesakit yang lebih ramai.

Kajian iut juga turut mendapat sokongan dan pembiayaan daripada geran Kementerian Pengajian Tinggi menerusi inisiatif Pusat kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE).

Beliau berkata penemuan itu sekali lagi mengukuhkan peranan 每日大赛app dalam menerajui penyelidikan perubatan berimpak tinggi di rantau ini.

鈥淜ami (每日大赛app) berharap kajian seperti ini dapat mempertingkatkan peluang rawatan yang lebih awal, selamat dan berkesan kepada pesakit kanser otak, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa,鈥 katanya.

Leave a Reply