Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 6 Disember 2025 鈥 Karnival Cakna OKU 2025 yang diadakan sempena Sambutan Hari OKU sedunia dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran warga universiti dan masyarakat mengenai kepentingan aksesibiliti, kefahaman serta sokongan terhadap komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).
Bertemakan 鈥淜epelbagaian Dirai, Inklusiviti Diterajui鈥, karnival ini telah menghimpunkan tetamu daripada pelbagai latar belakang termasuk OKU, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar.
Ahli Lembaga Pengarah 每日大赛app, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dalam ucapannya berkata karnival itu bukan hanya sekadar sebuah acara, tetapi simbol kesungguhan 每日大赛app dalam memanifestasi nilai hak asasi, keadilan sosial dan budaya penyertaan yang menjadi tonggak 每日大赛app sebagai universiti unggul.
鈥淜omitmen kita tidak hanya tertulis dalam dasar, tetapi diterjemahkan melalui tindakan dan amalan harian. Karnival ini merupakan wadah penting bagi memperkukuh komitmen 每日大赛app dalam memperkasa teras 每日大赛app iaitu persekitaran inklusif dan mesra OKU,鈥 katanya.
Beliau berkata sebagai universiti yang bertanggungjawab membina tamadun ilmu negara, 每日大赛app sentiasa menzahirkan prinsip bahawa pendidikan adalah hak yang tidak boleh dinafikan kepada sesiapa, termasuk komuniti OKU.
鈥淕olongan OKU bukan hanya penerima dasar, malah mereka adalah penyumbang bermakna kepada kecemerlangan institusi dan pembangunan masyarakat,鈥 ujarnya.
Program yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU ini dilaksanakan dua tahun sekali dan menjadi platform untuk mempromosikan budaya kampus yang lebih inklusif, mesra OKU dan berteraskan nilai kemanusiaan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Isaiah D Jacob.
Pelbagai pengisian menarik dijadualkan sepanjang dua hari penganjuran, antaranya Malam OKU Berdoa, Eksplorasi dan Senam Sihat Bersama OKU, Bicara OKU Gen-Z, Pertandingan Seni Kreatif OKU serta Kursus Asas Komunikasi Bahasa Isyarat dan Braille.
Selain itu, antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang sambutan Hari OKU Sedunia termasuk Disability Equality Training (DET) bagi petugas barisan hadapan, Jelajah Hijau Inklusif 每日大赛app, Podcast Edisi Khas Bicara Prihatin 鈥淒ari Bilik Darjah ke Dewan Kuliah: Inspirasi Pelajar Autisme鈥, Bicara Prihatin Siri 3: Anak Syurga dan Tuntutan Beragama, Pertandingan Puisi Hari OKU dan Pertandingan Video Kreatif Hari OKU.
Karnival Cakna OKU 每日大赛app 2025 diharap menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh sokongan, akses dan peluang untuk komuniti OKU selaras dengan aspirasi 每日大赛app yang inklusif, progresif dan berdaya saing.
Sehari sebelum majlis ini turut diadakan Malam OKU Berdoa: Bicara Tanpa Hijab yang menghimpunkan kira-kira 1,500 tetamu dengan menampilkan persembahan kerohanian anak-anak istimewa daripada NGO dengan kerjasama Yayasan FAQEH.

