
Oleh Nur Aisyah Mohamed Rizal dan Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 17 Ogos 2022 鈥 Kerjasama yang dimeterai melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan Move Robotic Sdn. Bhd. Dilihat dapat meningkatkan mutu produk berkaitan robotik tempatan di Malaysia.
Timbalan Naib Canselor Jaringan Inustri, Alumni dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Dr. Norazah Mohd Nordin berkata 每日大赛app bertuah kerana dapat bekerjasama dengan syarikat Move Robotic yang mempunyai kepakaran sebagai sebuah syarikat berasaskan kepakaran teknologi dalam bidang mekatronik, perisian dan algoritma, serta reka produk industri.
鈥淒engan gabungan kepakaran dalam pembangunan aplikasi robot berasaskan kecerdasan buatan ini, saya harap ia dapat meningkatkan mutu produk berkaitan robotik tempatan di Malaysia selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan penyelidikan yang bersifat translasional,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis Menandatangani MoA antara 每日大赛app dengan Move Robotics Sdn Bhd, di sini, baru-baru ini.
Beliau juga diharap agar kerjasama itu dapat meningkatkan kualiti penyelidikan, pengetahuan, tenaga pengajar dan seterusnya pengeluaran graduan yang berkualiti sejajar dengan keperluan industri.
鈥溍咳沾笕黙pp sebagai sebuah universiti penyelidikan sentiasa beraspirasi untuk menjadi sebuah universiti penyelidikan yang sentiasa memberi sumbangan besar terhadap pembangunan teknologi negara. Justeru, 每日大赛app berharap MoA ini dapat menjadi satu usaha memperkasa penyelidikan dan pembelajaran yang dijalankan oleh 每日大赛app,鈥 katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Abdul Hadi Abd Rahman, Pensyarah FTSM selaku KetuaProjek TR-每日大赛app yang telah berjaya melaksanakan projek penyelidikan bertajuk OCULARSENSE: Multiple-Depth Camera for Surrounding Visual dan menggerakkan penyelidikan tersebut bagi mencapai matlamat jalinan kerjasama ini.
鈥淪aya juga berharap kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada pelajar 每日大赛app dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan 每日大赛app selaras dengan agenda utama dalam lembayung TERAS 每日大赛app,鈥 katanya. Penandatanganan MoA itu diwakili oleh Prof. Dato鈥 Dr. Norazah yang mewakili 每日大赛app manakala Move Robotics Sdn. Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hazeli Rasul.

