每日大赛app

Kerjasama 每日大赛app鈥揃lackberry Perkukuh Pembangunan Bakat dan Keselamatan Siber

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim dan Izwan Azman

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BlackBerry Technology Malaysia Sdn. Bhd. bagi memperkukuh pembangunan bakat dan penyelidikan dalam bidang keselamatan siber dan sistem terbenam (embedded system).

Melalui kerjasama ini, pelajar dan warga akademik 每日大赛app akan mendapat manfaat dari aspek latihan, persijilan, penyelidikan serta pemindahan teknologi di dalam bidang keselamatan siber serta pembangunan aplikasi sistem terbenam.  Penyelidik dan pelajar 每日大赛app  akan mendapat manfaat melalui akses kepada program global QNX庐锔 Everywhere oleh BlackBerry, bagi membangunkan aplikasi sistem terbenam yang boleh digunakan di dalam pelbagai bidang termasuk perubatan dan automotif.

Pengarah Pusat Teknologi Maklumat 每日大赛app, Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif Md Saad berkata, sebagai contoh; sistem pengoperasian masa-nyata QNX digunakan dalam lebih 255 juta kenderaan di seluruh dunia.

鈥淚ni memberi peluang kepada pelajar kita membangunkan penyelesaian baharu berasaskan sistem yang selamat dan diiktiraf industri.

鈥淢oU ini bukan sekadar kerjasama sehala. 每日大赛app mendapat manfaat daripada kepakaran dan teknologi BlackBerry, manakala BlackBerry turut mendapat input akademik serta idea penyelidikan daripada universiti,鈥 katanya.

Tambahnya, kerjasama ini adalah bagi tempoh selama tiga tahun, di mana BlackBerry bersetuju menyalurkan dana sebanyak USD12,500 setahun untuk tujuan penyelidikan bersama.

每日大赛app turut bekerjasama dengan BlackBerry dan Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) dalam melaksanakan program-program yang akan menyasarkan belia-belia daripada latar belakang kurang berkemampuan untuk menjalani latihan keselamatan siber serta kursus etika digital.

MoU ini disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Dr Sufian Jusoh; Ketua Pegawai Eksekutif Blackberry, John J.Giamatteo; Ketua Pegawai Digital 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan; dan Senior Vice President, Asia Pacific Sales BlackBerry, Tash Stamatelos.

Ia disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato鈥 Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Canada, Maninder Sidhu.

Leave a Reply