Oleh Khairatul Nadia Ramli
KUALA LUMPUR, 25 September 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Perubatan mengukir sejarah baharu dengan menjalin kerjasama dengan University of Nottingham (UoN), United Kingdom bagi meneroka bidang Epidemiologi Genomik Kanser, selain memperkukuh penglibatan 每日大赛app dalam rangkaian rakan strategik percubaan klinikal.
Naib Canselor 每日大赛app, Prof Dr Sufian Jusoh berkata kerjasama dengan salah sebuah universiti tersohor dunia itu bukan sahaja membuka ruang kolaborasi akademik, malah memperkukuh kedudukan 每日大赛app dalam penyelidikan dan inovasi yang memberi impak langsung kepada masyarakat antarabangsa.
鈥淧emeteraian MoU (Memorandum Persefahaman) ini adalah bukti komitmen 每日大赛app untuk menjadi peneraju serantau dalam pendidikan dan penyelidikan bertaraf dunia,鈥 jelas beliau.
Penandatangan MoU yang diadakan di NoU, United Kingdom baru-baru ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor 每日大赛app, dengan disaksikan oleh Dekan Fakulti Perubatan, Prof Datin Dr Marina Mat Baki dan Timbalan Dekan merangkap Penyelaras MoU, Prof Dr Mohamad Nasir Shafiee. Bagi pihak UoN, penandatanganan dilakukan oleh Pro-Naib Canselor (Provost dan Timbalan Naib Canselor), Profesor Sam Kingman; dengan disaksikan oleh Pro-Naib Canselor Bersekutu (Global Engagement), Profesor Nigel Mongan dan聽 Ketua Pegawai Strategi Interim, Kylie Calvin.
Prof Dr Sufian berkata MoU tersebut menandakan era baharu bagi 每日大赛app dalam memacu agenda global.
Sementara itu, Dekan Fakulti Perubatan 每日大赛app, Prof Datin Dr Marina berkata kerjasama itu tersebut memberi peluang besar kepada Fakulti Perubatan untuk memperluas penyelidikan translasi, memperkukuh mobiliti pelajar serta perkongsian kepakaran antara dua pihak.
鈥淪aya yakin kerjasama ini akan mempercepat agenda kecemerlangan pendidikan perubatan dan memberi nilai tambah kepada sistem kesihatan negara, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk melahirkan pakar perubatan yang berdaya saing di peringkat global,鈥 katanya.
Melalui MoU ini, 每日大赛app akan memperluas kerjasama dalam teknologi bioterapeutik bagi rawatan kanser rahim, yang telah mula dibangunkan oleh kumpulan Penyelidikan Reproduktif Universiti di bawah pimpinan Prof Dr Mohamad Nasir Shafiee.
Selain itu, kedua-dua pihak akan memberi komitmen dalam menjayakan pelbagai inisiatif strategik yang bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti akademik, tetapi juga menyumbang kepada penyelesaian cabaran kesihatan dan pembangunan global.
每日大赛app dan UoN bersetuju untuk meneroka pelbagai bentuk kerjasama termasuk pembangunan program akademik bersama, pertukaran staf dan pelajar, pelaksanaan penyelidikan kolaboratif, perkongsian sumber ilmiah dan teknologi, serta pembangunan kapasiti dan latihan dalam bidang kesihatan.
Kerjasama ini dijangka memperkukuh hubungan dua hala bukan sahaja dalam bidang perubatan, tetapi juga dalam disiplin ilmu lain yang menyokong pembangunan kesihatan, kelestarian dan kesejahteraan masyarakat sejagat.
每日大赛app, sebagai salah sebuah universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia, sentiasa menekankan kepentingan jaringan antarabangsa dalam mencapai kecemerlangan akademik dan penyelidikan.

