Oleh Ts Dr Idris Zulkifle
BANGI, 6 Mac 2026 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mengadakan program perkongsian ilmu di Universitas Andalas (UNAND), Padang, Indonesia bagi memperkukuh jaringan akademik antarabangsa, selain berkongsi kepakaran dalam bidang penyelidikan serta pengurusan makmal dan instrumentasi saintifik, baru-baru ini.
Lawatan ini bertujuan membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi, yang memberi fokus kepada peluang kerjasama strategik seperti pertukaran pelajar, pelaksanaan penyelidikan bersama, serta penerbitan ilmiah secara kolaboratif.
Selain dari program di UNAD, delegasi 每日大赛app turut mengadakan program University Social Responsibility (USR) iaitu penyerahan sumbangan kepada Masjid Muthatahirin sebagai tanda menyokong pembinaan masjid tersebut.
Masjid Muthatahirin merupakan sebuah masjid yang dibangunkan sepenuhnya melalui usaha dan sumbangan masyarakat setempat dalam menyediakan kemudahan ibadah untuk masyarakat.
Menurut Ketua Program, ChM Norly Abd Aziz, inisiatif USR yang diadakan itu mencerminkan peranan institusi pendidikan tinggi bukan sahaja terhad kepada bidang akademik dan penyelidikan, malah turut merangkumi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
鈥淎ktiviti sebegini mampu memperkukuh hubungan antara institusi dan komuniti, serta menyemai nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga universiti,鈥 katanya.
Lawatan ke Padang itu mencapai objektif utamanya dalam memperkukuh hubungan akademik dan profesional antara 每日大赛app dan UNAND, yang bukan sahaja menjadi platform untuk perkongsian kepakaran dan pengalaman, malah membuka peluang kepada kerjasama strategik yang berpotensi memberi impak jangka panjang.
Program itu juga memberi peluang kepada delegasi untuk menambah ilmu pengetahuan, memahami amalan terbaik institusi lain, serta meneroka pendekatan baharu dalam pengurusan makmal dan instrumentasi. Pengalaman ini amat berharga dalam usaha memastikan pengurusan makmal di 每日大赛app sentiasa berada pada tahap yang cemerlang dan selaras dengan standard antarabangsa.


