每日大赛app

Lebih 300 Peserta, Termasuk Komuniti OKU Sertai UnORUN聽’26

Oleh Muhammad Aiman Busrah聽
Foto Norlin Kipli聽

BANGI, 29 Januari 2026 鈥 Seramai 333 peserta termasuk komuniti orang kurang upaya (OKU) menyertai larian UnORUN ’26 dengan jarak tujuh kilometer (7KM) dan 3KM yang dianjurkan oleh Kolej Ungku Omar (KUO) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), baru-baru ini. 

Larian tahunan yang dahulunya dikenali sebagai Pardus聽Velorun telah membawa dimensi聽baharu聽melalui聽kerjasama聽strategik聽bersama聽Pusat聽Pemulihan聽Dalam Komuniti (PPDK), 每日大赛app.

Pengerusi PPDK, yang juga merupakan Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan, Prof. Madya Hasnah Toran berkata program yang diadakan itu memberi peluang kepada insan istimewa untuk merasai pengalaman berlari dan dihargai dalam komuniti.

鈥淪aya terharu dan berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh pihak kolej. KUO merupakan kolej pertama yang menjalin kolaborasi erat dengan PPDK yang beroerasi di Fakulti Pendidikan.

鈥淪aya berharap lebih banyak kolej akan mengikut jejak langkah KUO untuk berkolaborasi dengan kami pada masa hadapan,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian. 

Sementara itu, seorang peserta istimewa yang hanya dikenali sebagai Hanna begitu teruja dan gembira menyertai larian itu.

鈥淪aya suka dan gembira,鈥 katanya sambil memegang medal yang diperoleh selepas tamat larian.

Kegembiraan pelatih-pelatih PPDK dapat dilihat melalui raut wajah mereka. Walaupun penat selepas menghabislan 3KM larian, namun senyuman tetap mekar.

Apa yang membezakan UnORUN ’26 dengan penganjuran tahun-tahun sebelum ini adalah penyertaan sembilan orang pelatih istimewa PPDK yang bukan sekadar pelengkap acara, malah mereka dibimbing rapi oleh sembilan orang Running Buddy yang telah menjalani latihan khusus.

Running Buddy bukan sahaja mampu menjaga keselamatan, malah dapat membina ikatan emosi dan keserasian bersama pelatih sepanjang larian berlangsung.

Selain mempromosikan gaya hidup sihat, UnORUN ’26 turut menyerahkan sumbangan tunai RM500 kepada PPDK sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti pemulihan mereka.

Penganjuran聽UnORUN聽’26聽bukan聽sekadar聽mencapai聽garis聽penamat聽sukan,聽tetapi ia adalah kemenangan besar dalam memperkukuh ukhwan dan nilai inklusiviti dalam kalangan warga kampus dan masyarakat sekitar Bangi.

Leave a Reply