每日大赛app

Lebih 40 Rakan Industri Tawar Peluang Pekerjaan di Karnival Kerjaya 每日大赛app 2025

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 23 Mei 2025 – Lebih 40 rakan industri termasuk syarikat ternama seperti Maybank, Huawei, Sunway dan Deloitte membuka reruai di Karnival Kerjaya Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan menawarkan pelbagai jawatan kepada pencari kerja.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Karier 每日大赛app (每日大赛app Karier) dengan kerjasama Kelab Urusetia Kerjaya dan Talentbank bukan sekadar platform pencarian pekerjaan, tetapi merupakan satu medan pertemuan antara dunia akademik dan dunia industri.

Pengarah 每日大赛app Karier, Prof Madya Dr Salleh Amat berkata karnival itu meruapakan satu inisiatif untuk mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompleks dan berdaya saing dalam pasaran kerja yang mencabar.

鈥淜ehadiran lebih 40 syarikat ini membuktikan keyakinan sektor industri terhadap kualiti graduan 每日大赛app,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan.

Beliau berkata dalam dunia yang semakin kompetitif ini, pelajar tidak hanya perlu fokus kepada akademik, tetapi juga perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan dengan kehendak industri.

鈥淚ni bermaksud pelajar dan graduan tidak boleh memeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa, sebaliknya perlu sentiasa berinisiatif dan mengambil peluang untuk meningkatkan kemahiran baharu agar sesuai dengan keperluan kerjaya masa hadapan,鈥 tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dalam ucapan perasmiannya berkata cabaran baharu yang perlu ditangani masa ini adalah meningkatkan peratusan graduan yang memperoleh gaji premium iaitu RM4,000 ke atas.

鈥淲alaupun kebolehpasaran graduan kita (每日大赛app) meningkat daripada 83.6 peratus pada tahun 2020 kepada 95.9 peratus pada tahun 2024, tetapi cabaran gaji graduan ini perlu dilihat dengan serius memandangkan banyak isu berkaitan gaji graduan dibangkitkan di media-media pada ketika ini,鈥 katanya.

Beliau berkata menyedari peri pentingnya isu gaji, pihak universiti hendaklah sentiasa meningkatkan kualiti kurikulum berdasarkan keperluan industri semasa serta menyediakan sijil-sijil professional tambahan yang boleh membantu pelajar meningkatkan kadar kebolehpasarannya.

Majikan juga perlu memainkan peranan dengan menawarkan gaji yang setimpal dengan kelayakan dan kompetensi graduan.

鈥淜erjasama erat dan sokongan pihak majikan amat diperlukan bagi mengelakkan Brain Drain atau perpindahan bakat-bakat negara ke luar negara kerana tawaran gaji yang rendah,鈥 tambahnya.

Hari Kerjaya 每日大赛app 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 dan 21 Mei 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.

Leave a Reply