Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 11 April 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar di Fakulti Pengajian Islam (FPI).
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani, ramai pelajar di fakulti ini yang telah menjalani latihan industri dan berkerja dibawah PACU.
Katanya, terdapat beberapa ruang kerjasama antara 每日大赛app dan PACU dapat dirangka dan akan dilaksanakan melalui MoU ini.
鈥淎ntaranya adalah perlantikan tenaga pengajar kelas mengaji dan tuisyen akademik, membuat modul dan produk khas untuk kelas komuniti, penempatan latihan industri pelajar serta penglibatan warga 每日大赛app bersama masyarakat.
Kerjasama ini juga tidak meninggalkan aspek penyelidikan iaitu dengan melaksanakan penyelidikan khususnya dalam membangunkan harta wakaf pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
鈥淧ihak 每日大赛app juga amat mengalu-alukan idea yang boleh diketengahkan bagi memperlihatkan kerjasama ini dapat dilaksanakan bagi pembagunan ummah madani pada masa akan datang,鈥 katanya.
Tambahnya, kepelbagaian inisiatif yang terdapat dalam PACU memberi peluang kepada warga 每日大赛app untuk berkhidmat kepada masyarakat secara umum dan kepada dunia pendidikan dan penyelidikan secara khusus.
每日大赛app diwakili oleh Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani sementara itu, PACU diwakili oleh Pengerusinya, Puan Hajjah Asral Widad Hj Ahmad Asnawi.
MoU ini disaksikan oleh Dekan FPI, Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long dan Ketua Pegawai Eksekutif PACU, Leftenan Muda Ustaz Mohd Saflie Azwan Imam Safaat.
Hadir sama, Penasihat Syariah PACU, Prof. Dr. Aznan Hassan dan Dekan Pusat Pengajian Citra 每日大赛app, Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor.
Pada majlis yang sama, beliau turut merasmikan Iftar Amal Perdana PACU.

