Oleh Nurnabila Huda Subandry
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 18 April 2023 鈥 Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman mengetuai Jelajah Jerayawara Ambang Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) sempena perayaan Aidilfitri, hari ini.
Jerayawara ini turut disertai oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor serta ahli pengurusan tertinggi 每日大赛app dengan menaiki bas mengunjungi sembilan pejabat pentadbiran di sekitar 每日大赛app.
Pergerakan bermula di Canselori 每日大赛app dimana kesemua penumpang mula menaiki bas untuk mengelilingi 每日大赛app.
Jelajah ini bermula dengan lawatan ke Pusanika, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Fakulti Sains Teknologi, Bangunan Lingkungan Dua, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina, Institute of Microengineering and Nanoelectronics, Wisma Aman, Kolej Keris Mas dan berakhir di Canselori.
Ketika lawatannya, Naib Canselor memberi ucapan raya serta sedikit peringatan ringkas untuk sentiasa berhati-hati ketika menyambut hari raya aidilfitri.
Lawatan ini diadakan untuk menyantuni kakitangan, pegawai dan warga 每日大赛app yang sudah bertungkus lumus menjalankan tugas sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut raya. Sementara itu, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) Prof Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarashid turut meluangkan masa untuk mengunjungi warga 每日大赛app di kampus Kuala Lumpur sebelum masing-masing bercuti untuk pulang beraya di kampung halaman.


