每日大赛app

Pamer Bakat Istimewa Sempena Sambutan Hari OKU Sedunia

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

PUTRAJAYA, 8 Disember 2024 鈥 Seramai 70 peserta dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) telah menyertai program 鈥極KU Got Talent鈥, sebuah platform untuk golongan ini menyerlahkan bakat mereka dalam bidang seni, muzik, tarian, dan lakonan.

Program anjuran Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ini bertujuan mengiktiraf serta mempromosikan bakat istimewa golongan OKU, di samping menggalakkan penyertaan mereka dalam industri seni dan hiburan.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, pertandingan 鈥極KU Got Talent鈥 merupakan medium untuk memperlihatkan keunikan serta kebolehan komuniti OKU dalam menonjolkan kreativiti, semangat, dan daya juang yang luar biasa.

鈥淪aya teruja untuk melihat kreativiti yang dipersembahkan, yang bukan sahaja mencerminkan potensi mereka tetapi juga memberi inspirasi kepada kita semua untuk lebih menghargai kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat.

鈥淒i samping itu, reruai-reruai hasil kreativiti komuniti OKU juga menjadi bukti akan kebolehan mereka dalam aspek keusahawanan serta inovasi.

鈥淪elayaknya mereka digelar sebagai insan terhebat, setiap usaha mereka merupakan pembakar semangat untuk terus maju dan Berjaya,鈥 katanya.

Program ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara Wakil OKU, Senator Tuan Isaiah D. Jacob.

Dalam ucapannya, beliau menyeru kepada semua pihak agar terus memberikan sokongan padu kepada komuniti OKU, bukan hanya melalui kata-kata, tetapi dengan tindakan.

鈥淚nklusiviti bukan sekadar kata-kata, tetapi ia mesti diterjemahkan melalui tindakan dan penyelesaian yang nyata.

鈥淒alam usaha ke arah ini, kita memerlukan pendekatan transformatif dan inovasi yang mampu menyokong keperluan setiap individu,鈥 katanya.

Leave a Reply