每日大赛app

Pelajar 每日大赛app Terima Anugerah Berprestij di International Conference on Technology and Society

Oleh Murniati Abu Karim

BANGI, 8 Julai 2025 鈥 Pelajar Doktor Falsafah dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Nurin Erdiani Mhd Fadzil telah dianugerahkan Emerging Scholar Award sempena 21st International Conference on Technology and Society 2025, Taiwan.

Pada persidangan tersebut, Nurin membentangkan kajian PhD beliau yang membangunkan satu kerangka pembelajaran multimodal untuk pengajaran penulisan akademik Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL), khususnya dalam konteks pelajar universiti.

Menurutnya, tujuan utama kerangka ini adalah untuk menyediakan pendekatan pedagogi yang lebih bersifat holistik, interaktif dan bersesuaian dengan keperluan pelajar abad ke-21.

Jelas beliau, kerangka ini mengintegrasikan enam konstruk utama yang saling melengkapi iaitu mengintegrasi kecerdasan buatan (AI) (integrating AI), penggunaan teknologi digital (incorporating technology), reka letak tipografi (typography), nilai estetik (aesthetic value), isyarat kontekstual (contextual signal) dan kekohesifan penulisan (coherence).

鈥淧endekatan ini direka bentuk untuk menjadikan pengajaran penulisan akademik lebih kontekstual, menarik dan relevan dengan realiti pembelajaran pelajar masa kini.

鈥淒engan menggabungkan elemen AI, teknologi digital, serta mod komunikasi pelbagai bentuk seperti visual, tipografi dan isyarat kontekstual, pelajar dapat membina pemahaman yang lebih mendalam, bukan hanya terhadap kandungan penulisan, tetapi juga cara penyampaiannya.

鈥淏agi pendidik pula, kerangka ini akan menyediakan panduan yang praktikal dan fleksibel dalam mereka bentuk tugasan penulisan yang lebih kreatif, responsif dan berfokus kepada pembinaan kekohesifan dan nilai estetik dalam penulisan pelajar,鈥 katanya.

Tambah Nurin, kajian ini juga membuka ruang kepada integrasi AI secara beretika dalam kelas seperti penggunaan alat penjana idea atau penilaian kendiri yang mampu meningkatkan penglibatan pelajar dan mempercepat proses maklum balas.

Nurin berkata, anugerah ini menyuntik motivasi yang tinggi untuk saya terus menyumbang dalam bidang penyelidikan dan inovasi pendidikan.

鈥淎nugerah ini memberi dorongan besar kepada saya untuk terus aktif dalam bidang akademik, khususnya dalam meneroka potensi teknologi seperti AI dalam pedagogi bahasa.

鈥淚a juga memperluaskan jaringan penyelidikan saya di peringkat global dan membuka peluang kerjasama akademik rentas institusi.

鈥淪ecara keseluruhannya, ia mengukuhkan lagi arah tuju saya sebagai penyelidik muda yang ingin memberi impak kepada dasar dan amalan pendidikan masa hadapan,鈥 katanya.

Anugerah berprestij ini dianugerahkan oleh Common Ground Research Networks yang berpusat di Illinois, Amerika Syarikat. Ia diberikan sebagai pengiktirafan kepada penyelidik muda yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, dedikasi terhadap penyelidikan, serta potensi besar dalam membentuk masa depan ilmu dan teknologi.

Nurin merupakan satu daripada hanya lima penerima yang dipilih dari seluruh dunia bagi anugerah ini. Antara penerima lain bagi tahun ini termasuk wakil dari institusi tersohor seperti University of Cambridge (United Kingdom), Ontario College of Art and Design University (Kanada), National University of Singapore (NUS) dan University of the Pacific, San Francisco (Amerika Syarikat).

Leave a Reply