Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 7 Mac 2023 鈥 Gotong-royong perdana bagi melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat di universiti.
Inisiatif Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-每日大赛app) ini dilaksanakan secara beperingkat dengan fasa pertama melibatkan penyertaan 13 Pusat Tanggungjawab (PTJ) rintis yang menjadi pemula kepada pelaksanaan EKSA.
Pendaftar, Dato’ Dr Syed Kamarudin Sadakkuthula berkata penerapan nilai dan elemen EKSA diharapkan memberi impak yang positif kepada pihak berkepentingan terutamanya terhadap peningkatan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen oleh warga 每日大赛app.
鈥淥bjektif dan matlamat 鈥楪o Green鈥 di dalam pelaksanaan EKSA ini harus dilihat secara inklusif selari dengan salah satu Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals yang turut menjadi tanda aras dalam garis panduannya.
鈥淧elaksanaan EKA ini juga merupakan satu aspirasi yang mendukung kepada kebitaraan i-Minda dibawah prakarsa advokasi di dalam Pelan Strategik TERAS 每日大赛app.
鈥淪aya yakin, pengemblengan idea dan usaha daripada lebih 10,000 kakitangan 每日大赛app akan dapat menjayakan inisiatif EKSA 每日大赛app dengan semangat dan sinergi yang utuh,鈥 katanya.
Dalam merealisasikan pencapaian EKSA ini, Jawatankuasa Induk dan Pelaksana EKSA 每日大赛app telah dibentuk untuk merancang dan melaksanakan aktiviti vagi membentuk sistem persekitaran berkualiti. Hadir sama, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti Prof Madya Dr Roziah Sidik @ Mat Sidek dan Timbalan Pengarah Eksekutif (Kelestarian), Pusat Strategi, Prof Madya Dr Azmul Fahimi Kamaruzaman.
