每日大赛app

Penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti Tingkatkan Penyelidikan Translasi

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 28 Julai 2023 – Sebanyak 58 Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) dibangunkan bagi melaksanakan jaringan penyelidikan bersama antara pensyarah muda dan pensyarah senior yang berpengalaman bagi menjalankan penyelidikan rentas fakulti dan rentas disiplin dalam menghasilkan penyelidikan translasi.

Menurut Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, penubuhan KPU itu bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi menambah baik kluster penyelidikan yang ada selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menekankan penyelidikan traslasi.

鈥淪enario di KPT kali ini lebih kepada penyelidik kita menghasilkan penyelidikan yang berimpak dan memberikan keberhasilan kepada masyarakat.

鈥淜ementerian (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi telah memperuntukan hampir RM50 juta untuk kitaran pertama kepada lapan universiti peneraju termasuk 每日大赛app bagi melaksanakan penyelidikan translasi.

鈥淚ni peluang terbaik kepada Pusat IDEA 每日大赛app dan ketua-ketua kluster untuk melihat bagaimana kita boleh mempelopori penyelidikan yang ditetapkan di bawah Malaysia Madani. RM6 juta diperuntukan kepada 每日大赛app bersama rakan-rakan penyelidik lain untuk membina tema program dan projek berdasarkan kepada Malaysia Madani,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) 2023, di sini.

Katanya, itu merupakan satu peluang untuk penyelidikan translasi dapat dilaksanakan di 每日大赛app.

鈥淪aya yakin dengan gabungan daripada penyelidik muda, pengalaman daripada penyelidik senior, ekosistem penyelidikan yang menyokong kepada penyelidikan bersifat rentas disiplin dan rentas fakulti ini, kita dapat membugarkan lagi penyelidikan di 每日大赛app,鈥 tambah beliau. 

Beliau berkata pengurusan universiti sentiasa memikirkan bagaimana penyelidikan ini boleh disalurkan kepada masyarakat melalui penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan.

鈥淜ita tak boleh mengenepikan peranan dan kebolehan penyelidik-penyelidik muda ini. Saya harap dengan sedikit inisiatif daripada pusat IDEA, usaha ini dapat kita laksanakan di samping kita meneruskan kerja-kerja hakiki yang lain,鈥 ujar beliau.

Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan berharap agar penglibatan penyelidik muda dalam kumpulan penyelidikan ini dapat mengembangkan dan mencungkil bakat, kreativiti serta idea bernas dalam penerokaan pemikiran penyelidikan dan inovasi yang kreatif, berinovasi dan terkehadapan. Pengarah Pusat IDEA, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal berharap berharap agar platform itu dapat memantapkan lagi kerjasama dalam kalangan para ilmuwan untuk meneruskan kesinambungan 每日大赛app sebagai sebuah universiti penyelidikan yang unggul dan bertaraf dunia dengan sokongan Kumpulan Penyelidikan yang diiktiraf di peringkat universiti.

Leave a Reply