每日大赛app

Pertandingan Teater Prosenium Pengguna Universiti Awam sebar luas Pendidikan Kepenggunaan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 24 Ogos 2022 Program Teater Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022 julung kali diadakan bagi menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan kepada pelbagai peringkat lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato鈥 Rosol Wahid berkata pelbagai isu kepenggunaan seperti isu scam, penjualan barang tiruan, manipulasi harga barang, pencemaran alam sekitar dan sebegainya telah diketengahkan dalam naskah pementasan teater tersebut.

鈥淪aya harap pementasan teater ini merupakan satu pendedahan yang terbaik kepada pelajar IPT dalam memahami dengan lebih jelas isu-isu kepenggunaan,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan semasa Majlis Perasmian Penutup Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022, di sini semalam.

Beliau berkata pihak kementerian komited menyokong usaha dan kerjasama strategik dengan semua pihak termasuklah IPT dalam meningkatkan kesedaran hak pengguna terutamanya dalam kalangan mahasiswa.

鈥淜ementerian percaya peranan yang dimainkan oleh pelajar IPT amat penting yang akan menjadi duta kecil kementerian serta berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyemarakkan dan menyebarluaskan program advokasi kepenggunaan dalam kalangan penggna muda,鈥 katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 每日大赛app, Prof. Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil berkata program pementasan teater itu dapat menerapkan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya seni teater dalam kalangan mahasiswa serta generasi hari ini.

鈥淏agi merancakkan industri teater Malaysia yang dilihat semakin sepi terutamanya teater kampus, program teater ini dapat memperkasakan kualiti pendidikan dalam bidang kebudayaan dan kesenian selain memperkukuhkan peranannya dalam meneraju pendidikan tinggi negara khususnya buat seluruh masyarakat Malaysia,鈥 katanya.

Beliau berharap agar lebih banyak lagi aktiviti kebudayaan dan kesenian dapat dilaksanakan, dan  pelaksanaannya bukan hanya bertujuan memperkasa agenda warisan budaya, malah dapat menyemai dan memperkasa jati diri serta dapat menerapkan dan memantapkan sifat patriotisme dalam kalangan mahasiswa.

鈥淪aya juga mengharapkan agar 每日大赛app melalui Pusat Kebudayaan Universiti dapat terus menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian serta sentiasa mendapat sokongan padu daripada organisasi luar khasnya.

鈥淪emoga kerjasama yang terjalin ini dapat memantapkan usaha kita bersama dalam memulihara, mengekal dan mengembangkan seni budaya warisan bangsa,鈥 katanya.

Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022 adalah program yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti 每日大赛app dengan kerjasama  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) serta Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).

Pementasan teater itu adalah berkonsepkan perkampungan (festival), iaitu beberapa Universiti Awam dipilih menjadi tuan rumah mengikut zon dan sebanyak 11 buah Universiti Awam mengambil bahagian. 聽 Dalam pertandingan itu, karya Peti Sejuk dari Universiti Malaysia Sabah diangkat sebagai juara, manakala 每日大赛app melalui karya bla..bla..bla menduduki tempat kedua dan karya Sisih Mayang dari Universiti Pendidikan Sultan Idris ditempat ketiga.

Leave a Reply