Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 10 Mac 2022 – Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim (IPI), Pusat Strategi, Kursi Endowmen MPOB-每日大赛app dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menganjurkan program Climate Action Festival@每日大赛app dan Pelancaran Sistem Pangkalan Data MyIKLIM bagi memberi kesedaran, pendidikan dan menyebarkan ilmu kepentingan perubahan iklim dan kelestarian sawit kepada industri dan masyarakat.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata program ini dapat membantu usaha kerajaan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
鈥淐limate Action Festival@每日大赛app jugaakan memberi impak Quadruple Helix kerana ia melibatkan Universiti, Pensyarah dan mahasiswa serta komuniti setempat termasuk pelajar sekolah dan industri seperti Yayasan Sime Darby (YSD), ANGKASA dan lain-lain鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Program Climate Action Festival@每日大赛app di sini, hari ini.
Beliau berkata program tersebut adalah selari dengan hasrat 每日大赛app yang berperanan untuk menjana, menyebar dan menerapkan ilmu secara strategik dan inovatif bagi memperkasakan kualiti budaya bangsa dan kemakmuran masyarakatnya.
Sementara itu, wakil Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato鈥 Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata bagi menyahut misi 鈥Climate Action鈥, banyak kerangka yang boleh dirujuk dan digunapakai seperti Protokol Kyoto dan Corsia yang menfokuskan kearah pengurangan gas-gas rumah kaca.
Pada majlis itu, Pengerusi Yayasan Sime Darby, Y.A.M Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja鈥檃far berkenan merasmikan dan melancarkan pangkalan data MyIKLIM-One-Stop Data Curation Portal for Climate Change Research in Malaysia yang sedang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik Bidang Tujahan Mitigasi perubahan Iklim di bawah Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD.
Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan dengan kerjasama Alam Flora seperti pengumpulan dan jualan barangan kitar semula di kawasan tempat letak kenderaan Dewan Canselor Tun Abul Razak (DECTAR). Program itu memberi ruang kepada kakitangan, pelajar 每日大赛app dan orang awam untuk menjalankan aktiviti kitar semula dan satu usaha yang amat baik dalam membantu mengekalkan kelestarian disamping dapat memupuk budaya kitar semula dikalangan masyarakat. Hadir sama ke program ini ialah Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Salleh Mohd Nor, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Saintifik Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD; Dr. Hajah Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby dan Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 每日大赛app.

