每日大赛app

Program Hala Tuju Graduan Bantu Pelajar Jejak Kerjaya Idaman

Oleh Nurnabila Huda Subandry
Foto Izwan Azman

BANGI, 26 Mei 2023 鈥 Lambakan graduan siswazah tempatan meningkat setiap tahun disebabkan masih ramai yang tidak mengetahui hala tuju kerjaya yang diingini dan sesuai dengan diri selepas menamatkan pengajian.

Oleh itu, Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Hala Tuju Graduan (HTG) bagi membantu memberikan pencerahan dan panduan yang lebih jelas dengan haluan kerjaya yang ingin diambil oleh para graduan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata ini adalah salah satu inisiatif yang dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pembangunan kerjaya sebagai langkah awal persiapan mereka berdepan dengan cabaran di luar.

鈥淧rogram Hala Tuju Graduan yang diadakan bersempena dengan Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan 每日大赛app dapat membuka peluang kepada pelajar-pelajar FPI untuk mengambil informasi daripada syarikat luar supaya mereka boleh memilih sendiri kerjaya apa yang lebih sesuai dengan kursus yang diambil dan apa yang diminati,鈥 katanya semasa merasmikan Program HTG, di Dewan Sheikh Othman Sarawak, FPI.

Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah meluahkan rasa bangga apabila peratusan kadar kebolehpasaran graduan 每日大赛app meningkat daripada 87.9 peratus (%) pada tahun 2021 kepada 94.1% pada tahun 2023.

鈥淧erkara ini amat membanggakan kerana kita dapat lihat permintaan daripada syarikat luar untuk mengambil graduan 每日大赛app bekerja semakin meningkat saban tahun. 鈥淧rogram Hala Tuju Graduan ini juga dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk menerokai hala tuju kerjaya yang sesuai dengan diri mereka,鈥 tambahnya lagi.

Leave a Reply