每日大赛app

Program Manifestasi Watan@FSSK Serlah Kecemerlangan Fakulti

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 20 Februari 2023 鈥 Program Manifestasi Watan@ Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang mengumpulkan, kakitangan akademik, pelajar dan alumni menampilkan sorotan kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai oleh fakulti tersebut.

Dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, pogram ini mengetengahkan penglibatan warga FSSK yang banyak berkorban serta komited dalam mengharumkan nama fakulti dan juga universiti.

鈥淜ejayaan pencapaian fakulti dilihat amat signifikan dengan nilai teras dan hala tuju 每日大赛app yang bersifat holistik dan sejajar dengan agenda utama 每日大赛app, iaitu kebolehpasaran graduan dan penjanaan pendapatan.

鈥淪aya dapat lihat ketersediaan kerjasama strategik bersama industri berkepentingan dan keterserlahan kumpulan penyelidik FSSK untuk memacu fakulti dengan lebih jauh terutamanya di persada antarabangsa dan menyumbang kepada solusi nasional.

鈥淧enyelidikan berimpak adalah tentang bagaimana perkara yang kita lakukan di universiti berupaya mengubah kehidupan bangsa, menambah baik ekonomi, persekitaran dan negara ini,鈥 katanya.

Menurut beliau, 每日大赛app sebagai universiti penyelidikan, bersedia menyahut amanat Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi fokus kepada penyelidikan yang kritikal dan strategik untuk negara dalam memastikan inovasi dan penyelidikan yang terhasil dapat dipindah manfaatnya untuk kegunaan dan penambahbaikan masyarakat.

鈥淧enyelidikan mesti mempunyai pelan dan strategi pengkomersialan yang tuntas dan tidak terhenti setakat menggunakan dana untuk mendapatkan hasil malah, dimajukan untuk keuntungan dan manfaat komersial.

鈥淏agi merancakkan lagi momentum ini, pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi memperkasakan 每日大赛app melalui penerbitan berimpak tinggi, pelan keusahawanan dalam kalangan pelajar, transformasi pendigitalan pendidikan, geran penyelidikan siswazah, agenda pembangunan fizikal dan kelestarian dan aktiviti-aktiviti kreativiti melalui koloborasi pemain industri,鈥 tambahnya. Program yang sama turut menyaksikan sesi tayangan perdana dokumentari sejarah lisan FSSK yang berjudul 鈥楧irgahayu鈥, pelancaran newsletter 鈥楤ata Merah鈥, serta pelancaran penerbitan modul pembelajaran 鈥楶raktis Jepun鈥, hasil ciptaan warga FSSK.

Leave a Reply