Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 12 Disember 鈥 Miopia atau rabun jauh kini diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam global akibat kadar prevalens yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.
Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, miopia berisiko tinggi menyebabkan komplikasi penglihatan serius termasuk kebutaan.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, kajian McCullough et al. (2016) menunjukkan peningkatan prevalens miopia dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, dengan kadar tertinggi direkodkan di negara jiran, Singapura.
Dijangka menjelang 2050, lima bilion penduduk dunia akan mengalami miopia, termasuk satu bilion yang berisiko menghidap miopia tinggi.
Dalam usaha menangani isu ini, Prof Dr Bariah telah mengenalpasti ortokeratologi (OK) merupakan kaedah kawalan miopia yang berkesan.
Menurutnya, OK adalah teknik kawalan miopia yang menggunakan kanta lekap khas direka untuk mengubah bentuk kornea secara sementara bagi menurunkan nilai miopia dan memulihkan penglihatan apabila kanta ditanggalkan.
鈥淪eorang miop hanya perlu memakai kanta OK pada waktu malam semasa tidur, dan menanggalkannya pada esok hari dan akan terus memperolehi penglihatan yang baik tanpa bantuan kanta optik.
鈥淧ada awalnya teknik OK tidak begitu popular kerana kurang maklumat atau kajian mengenai prosedur ini.
鈥淥leh itu, kami di telah mengambil inisiatif untuk memulakan penyelidikan mengenai OK dan seterusnya menerajui penyelidikan ini di Malaysia,鈥 katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk 鈥極rtokeratologi: Sinar Harapan Kanak- Kanak Miop鈥.
Menurutnya, kajian klinikal rawak terkawal pertama menggunakan kanta OK di Malaysia dan Asia Tenggara telah dijalankan di Klinik Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, 每日大赛app.
Kajian ini melibatkan 70 kanak-kanak miop dari sekitar Kuala Lumpur.
Pemantauan pemakaian kanta lekap dilakukan setiap bulan bagi memastikan keseragaman penggunaan, manakala penilaian kualiti hidup peserta dijalankan melalui soal selidik selepas 12 bulan pemakaian.
鈥淗asil kajian ini menunjukkan kanta OK berkesan mengawal perkembangan miopia dalam kanak-kanak Malaysia selepas 12 bulan pemakaian.
鈥淣ilai kuasa miopia berkurang sebanyak 60 peratus berbanding kacamata,鈥 katanya.
Berdasarkan penemuan ini, Prof. Dr. Bariah mencadangkan agar teknik OK dijadikan salah satu strategi utama dalam kawalan miopia kanak-kanak.
Beliau turut menekankan kepentingan latihan dan pengalaman klinikal berterusan bagi pegawai optometri supaya kemahiran mereka sentiasa selaras dengan perkembangan teknologi dan reka bentuk kanta OK.
鈥淧emeriksaan mata kanak-kanak sekolah juga mesti dijadikan mandatori setiap tahun. Ini selaras dengan dasar kesihatan negara yang proaktif dalam memastikan pengesanan awal masalah penglihatan bagi menjamin kesejahteraan generasi akan datang.
鈥淏antuan kacamata secara percuma atau subsidi mesti diberikan kepada yang memerlukan bagi memastikan kanak-kanak sekolah tidak tercicir dalam akademik.
鈥淪elain itu, sistem pendidikan sekolah juga mesti ditambahbaik dengan mengurangkan tempoh penggunaan alat peranti visual atau membuat kerja dekat berlebihan, seperti yang diamalkan di beberapa negara di dunia seperti China, Singapura dan Taiwan,鈥 katanya.
Prof. Dr. Bariah berkata pasaran global untuk kanta OK dijangka meningkat seiring dengan peningkatan prevalens miopia secara global.
鈥淛usteru, halatuju penyelidikan OK seharusnya menumpu kepada material dan rekabentuk kanta, isyarat retina dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk meramal kejayaan pemasangan kanta dengan lebih tepat dan pantas.
鈥淪ehubungan itu, kerjasama yang kukuh dengan industri harus dipertingkatkan agar 每日大赛app sentiasa terkehadapan dalam penyelidikan kanta lekap,鈥 jelasnya.

