每日大赛app

Sambung Legasi Ibu Bapa, Lee Jun Xin Ingin Terus Berkhidmat di 每日大赛app

Oleh Nur Amilya Husna Kamarul Zaman
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 26 November 2022 鈥 Graduan Fakulti Perubatan, Lee Jun Xin, 25, ingin mengikut jejak langkah kedua orang tuanya yang merupakan alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) untuk sambung belajar dan seterusnya berkhidmat sebagai seorang pensyarah di universiti ini suatu hari nanti.

Lee yang merupakan penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Emas) menzahirkan rasa syukur di atas penganugerahan yang diterima olehnya pada sidang pertama majlis konvokesyen 每日大赛app kali ke-50.

Beliau menyimpan hasrat untuk kembali ke 每日大赛app sebagai pensyarah pelatih serta mahu menyambung semula pengajian dalam bidang paediatrik onkologi.

鈥淪ebelum ini saya diberi peluang untuk menjadi doktor pelatih di Singapura, tetapi setelah berfikir semula, lebih baik jika saya berkhidmat di 每日大赛app kerana di sinilah titik permulaan saya belajar dalam bidang perubatan selama lima tahun,鈥 katanya.

Graduan Ijazah Doktor Perubatan dari Fakulti Perubatan ini kini bertugas sebagai pegawai perubatan siswazah di Hospital Sultanah Fatimah di Muar, Johor.

鈥淪aya bercita-cita mahu menjadi seorang doktor sejak dari bangku sekolah lagi kerana saya mempunyai seorang abang yang menghidap autisme.

鈥淥leh itu saya berharap untuk membantu serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai autisme,鈥 katanya.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua bagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan 每日大赛app, menjadi duta bagi GEMx (Global Education Exchange in Medicine and Health Professions) serta menjadi Pegawai Penyelidik di Jabatan Pediatrik, Hospital Pakar Kanak-Kanak.

Selain cemerlang dalam akademik, Lee turut aktif dalam bidang sukan dengan menceburi pelbagai aktiviti kokurikulum dan pernah menjadi Johan sukan Petanque bagi Sesi Undian Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) pada tahun 2017 dan 2018.

Leave a Reply