每日大赛app

SELFUEL Bangunkan Sistem Janakuasa Sel Fuel dengan Teknologi Hidrogen

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 1 September 2024 鈥 Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) terus komited menerajui inisiatif teknologi tenaga hijau dengan pembangunan sistem janakuasa sel fuel menggunakan Reaktor Hidrogen Pepejal (Solid State Hydrogen Reactor).

Projek yang dijalankan di fasiliti Penyelidikan Institut Sel Fuel 每日大赛app ini melibatkan pembangunan sistem janakuasa dengan kapasiti kuasa 1 kilowatt (kW) dan 5 kW, lengkap dengan sistem penulenan gas serba moden.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani, hidrogen yang terhasil menggunakan teknologi ini seterusnya akan digunakan sebagai bahan api untuk sistem janakuasa sel fuel, dengan matlamat utama untuk menjana tenaga elektrik yang bersih dan efisien.

鈥淧rojek ini membawa potensi besar, terutamanya dalam menyediakan penyelesaian tenaga untuk kawasan terpencil yang masih belum mendapat akses kepada bekalan elektrik melalui grid.

鈥淭eknologi ini unik kerana ia menggunakan tenaga yang jauh lebih rendah berbanding kaedah konvensional dan mampu beroperasi secara kendiri tanpa bergantung kepada sumber tenaga luar,鈥 katanya.

Tambahnya, kerjasama ini mencerminkan komitmen 每日大赛app dalam memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara, masyarakat, industri, dan bidang akademik. 每日大赛app turut berbangga kerana inisiatif ini menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) Malaysia, yang dilancarkan pada tahun 2023.

鈥淢elalui usaha ini, 每日大赛app berhasrat untuk terus memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi tenaga hijau dan hydrogen,鈥 jelasnya.

Projek ini merupakan hasil daripada Perjanjian Penyelidikan Perundingan (Consultancy Research Agreement) yang telah dimeterai pada September 2023.

Perjanjian ini melibatkan kerjasama antara 每日大赛app melalui entiti korporatnya, 每日大赛app PAKARUNDING, bersama NanoMalaysia Berhad, Nano Commerce Sdn. Bhd., dan Hypertech Industries Sdn. Bhd.

Leave a Reply