每日大赛app

Seminar Serantau Peradaban Islam Kukuh Penyelidikan di Nusantara

Oleh Nur Aisyah Mohamed Rizal & Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 2 Ogos 2022 鈥 Seminar Serantau Peradaban Islam ke-2 (SSPI) 2022 bertemakan Peradaban Islam di Nusantara yang membentangkan  47 kertas kerja diadakan bagi mengukuhkan kerjasama antara penyelidik di Nusantara.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani dalam ucapannya berkata seminar itu juga dapat memberi peluang kepada penyelidik dan ahli akademik untuk berkongsi idea dalam membangunkan Peradaban Islam.

鈥淪aya percaya bahawa penganjuran seminar ini adalah selaras dengan Pelan Strategik TERAS 每日大赛app yang secara rangkumannya mengandungi lima kebitaraan iaitu Watan, i-Minda, Holistik, Digital dan Prihatin yang menjadi asas dalam menentukan Indeks Pencapaian Utama 每日大赛app.

鈥淢elalui pelan strategik ini, seluruh warga 每日大赛app berganding bahu dalam menghayati aspirasi 每日大赛app sebagai universiti watan dan seterusnya menjadi universiti tersohor di dunia dengan acuannya yang tersendiri,鈥 katanya.

SSPI yang pertama telah diadakan pada tahun 2018 selepas termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dan Institut Dirosat Islamiyah Al-Amien, Indonesia.

Seminar pada kali ini pula adakan dengan anjuran bersama oleh empat institusi yang melibatkan negara Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Negara Indonesia diwakili oleh Fakultas Psikologi, Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta dan Institut Dirosat Islamiyah Al-Amien (IDIA) Prenduan, Madura manakala Brunei diwakili oleh Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi鈥檌, Brunei Darussalam. Penganjur seminar pada kali ini ialah Institut Islam Hadhari (IIH) dan Kursi Sheikh Abdullah Fahim, IIH, 每日大赛app.

Peserta dari seminar ini berpeluang mendengar perkongsian daripada dua tokoh terkemuka dalam Peradaban Islam sebagai ucaptama iaitu Prof Emeritus Dato鈥 Dr. Osman Bakar yang membentangkan kertas kerja mengenai isu-isu pembaharuan jati diri ketamadunan. Ucaptama yang kedua disampaikan oleh Dr. Hajah Masnooraini Haji Mohiddin, Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi鈥檌, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei yang bertajuk 鈥楿mar Abd Aziz pencetus kegemilangan ekonomi Islam.

Leave a Reply