每日大赛app

Siapkan Tesis Dalam Rawatan Kanser, Pensyarah Akhirnya Genggam PhD

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 26 November 2025 鈥 Graduan doktor falsafah (PhD) dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Dr. Mohd Khairul Faidzi Muhamad Paudzi menyiapkan tesisnya sedikit demi sedikit ketika menjalani rawatan kanser sehingga berjaya menamatkan pengajian.

Dr Faidzi yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia disahkan menghidap kanser limfoma pada penghujung 2023 ketika beliau hampir menyiapkan 80 peratus pengajiannya.

Beliau menjalani rawatan intensif termasuk 12 kitaran kemoterapi dan 20 sesi radioterapi.

 鈥淪etiap sesi kemoterapi mengambil masa lima hingga enam jam dan selepas itu selama seminggu saya memang tidak bermaya langsung.

鈥淣amun selepas minggu pertama kesan rawatan mula berkurang, saya perlahan-lahan kembali menulis tesis. Satu hari satu halaman. Ada hari saya buat dua halaman.

鈥淪aya mahu tinggalkan sesuatu untuk keluarga saya,鈥 katanya.

Menurutnya, penyelia dan pemeriksa banyak membantu memudahkan proses pengajiannya, terutama sekali ketika sesi penilaian tesis (viva).

鈥淪elepas semua rawatan habis, saya buat PET scan. Sel kanser telah mengecut dan tidak aktif, tetapi doktor tetap beri amaran ia boleh aktif semula,鈥 katanya.

Kini, keadaan kesihatan Dr. Faidzi stabil dan beliau hanya menjalani rawatan susulan setiap lima bulan.

鈥淪epanjang perjalanan ini, isteri saya adalah sumber sokongan terbesar. Dia uruskan rumah, anak-anak dan semua tanggungjawab yang saya tidak mampu lakukan.

鈥淎nak-anak pun faham bila saya tidak ada di rumah kerana rawatan di hospital.

鈥淚steri saya selalu pesan, pastikan saya tinggalkan satu legasi dan selesaikan tugas saya. Itu yang membuatkan saya terus kuat hingga sekarang.

鈥淪aya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus hidup dan berkhidmat. Saya anggap perjalanan ini satu ujian dan peringatan supaya sentiasa menghargai masa, kesihatan, dan keluarga,鈥 katanya.

Leave a Reply