Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi dan Shahril Dzulkiflee
BANGI, 6 Januari 2025 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaran agar kafeteria dia institusi pendidikan tinggi meneruskan menu rahmah bagi membolehkan pelajar menikmati makanan dengan harga yang berpatutan.
Beliau berkata pihak universiti boleh bekerjasama dengan pengusaha kafe atau restoran di kampus untuk memantau harga serta memastikan bahawa harga makanan dan minuman adalah berpatutan bagi penuntut.
Beliau berkata demikian pada Majlis Peramian Kuali Cafe@每日大赛app, di banguna Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), semalam.
Katanya, beliau berharap agar Kuali Cafe@每日大赛app juga mampu memberikan tawaran harga ataupun menu khas kepada pelajar-pelajar untuk menikmati makanan tertentu dengan harga yang lebih murah dan berkualiti.
鈥淛ika ini dapat dilakukan, sudah pasti kita dapat mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap makanan segera yang akhirnya memudaratkan kesihatan dan fokus mereka terhadap pembelajaran,鈥 katanya.
Beliau berkata sebagai penyedia makanan, mereka perlu memastikan bahawa makanan yang disediakan bukan sahaja sedap dan mengenyangkan, tetapi juga memberi manfaat kepada kesihatan pelanggan.
鈥淧engusaha restoran harus menitikberatkan penggunaan bahan-bahan yang berkualiti, rendah lemak, dan kaya dengan nutrisi. Ini penting terutamanya bagi pelajar yang memerlukan tenaga dan kecergasan untuk menghadapi rutin akademik yang padat,鈥 katanya.
Selain itu, Dato鈥 Seri Ahmad Zahid mahukan pengusaha makanan mengambil inisiatif untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menyokong amalan kemampanan.
鈥淚ni boleh dilakukan dengan mengurangkan penggunaan beg plastik, menyediakan kemudahan kitar semula, dan memastikan bahan mentah digunakan dengan bijaksana.
鈥淧engusaha restoran juga boleh bekerjasama dengan pihak universiti untuk menggalakkan pelajar dan staf supaya lebih prihatin terhadap isu-isu alam sekitar,鈥 ujarnya.
Katanya, beliau percaya, tanggungjawab sosial itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pelanggan, tetapi juga dapat membentuk budaya positif yang boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan pelajar dan staf di kampus.
Dalam majlis itu juga, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengambil peluang meninjau perkembangan rejuvenasi pusat aktiviti pelajar di Pusat Aneka Kemudahan (Pusanika).
Antara rejuvenasi yang telah diadakan pada Aras 1, PUSANIKA adalah naik taraf ruang tersebut dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti Zus Coffee, Tealive, Sen Tepanyaki, Emart24, 99Speedmart, 每日大赛app Arena eSport. Semua kemudahan ini boleh dinikmati oleh warga 每日大赛app dan penduduk di luar kampus.
Antara yang hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emmeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

