Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
KUALA LUMPUR, 16 November 2022鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Pusat Perhubungan Alumni 每日大赛app dengan kerjasama Affin Bank Berhad melancarkan Kad Kredit/ Debit Alumni 每日大赛app AFFIN untuk kegunaan alumni serta alumni bersekutu.
Melalui Kad ini, alumni serta alumni bersekutu dapat menikmati banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh 每日大赛app dan Affin Bank.
Majlis Pelancaran Kad Kredit/ Debit Alumni 每日大赛app AFFIN disempurnakan oleh Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato鈥 Agil Natt dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren, alumni merupakan aset penting kepada universiti dan penyumbang utama kepada kecemerlangan universiti.
“Sempena majlis konvokesyen 每日大赛app ke-50 akan datang, kad ini dibuat khusus untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada alumni. Ia diperkenalkan untuk menonjolkan identiti alumni 每日大赛app dan mewakili jalinan sepanjang hayat alumni bersama alma mater mereka.
“Melalui kad ini, alumni 每日大赛app layak menerima pelbagai faedah yang ditawarkan oleh Affin Bank dan universiti. Antaranya ialah pengurangan yuran pendaftaran, penggunaan kemudahan sukan, keahlian perpustakaan, penggunaan makmal penyelidikan, dan banyak lagi,” katanya.
鈥淒isamping berbelanja secara berhemah, alumni dapat menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan universiti melalui perbelanjaan dari kad ini,鈥 katanya.
Beliau berharap dengan pelbagai keistimewaan yang diwujudkan untuk alumni 每日大赛app ini dapat merapatkan lagi jaringan ukhuwah antara universiti dan alumni.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata AFFIN BANK berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan 每日大赛app.
鈥淜ami yakin perkongsian ini akan membawa nilai segera kepada pemegang kad. Mereka boleh mendapat manfaat daripada keistimewaan yang ditawarkan oleh kad kredit dan debit ini, serta produk lain dan penyelesaian kewangan kami yang akan disediakan pada kadar yang kompetitif. 鈥淜erjasama sedemikian adalah bukti komitmen Affin Bank untuk menjangkau segmen pelanggan yang lebih luas, dengan harapan ia dapat menjadikan pengalaman perbankan menjadi lebih mudah diakses. Ini adalah selaras dengan komitmen bank ke arah menyediakan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan,鈥 katanya.


