每日大赛app

每日大赛app dan Maybank Islamic Anjur Forum Kebangsaan Berkenaan Zakat Asnaf fi Sabilillah

Oleh Murni Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 17 November 2025 鈥 Shariah Forum 2025 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dan Maybank Islamic mengupas pandangan ulama silam dan moden tentang asnaf fi sabilillah bagi mengetengahkan聽satu pandangan yang boleh dijadikan rujukan global聽dalam pengagihan zakat.

Forum yang bertajuk Dimensi Baru Agihan Zakat Asnaf fi Sabilillah: Analisis Pandangan Syarak ini menghimpunkan lebih 150 peserta daripada pelbagai agensi agama seluruh Malaysia seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, institusi zakat, jabatan mufti negeri, dan institusi kewangan Islam serta ahli-ahli akademik.

Forum ini menjadi platform untuk mengumpulkan pihak-pihak berautoriti berkenaan zakat seluruh Malaysia, serta membincangkan pandangan ulama silam dan moden berkenaan asnaf fi sabilillah.

Penganjuran Shariah Forum 2025 juga berlanjutan daripada satu geran penyelidikan yang disumbangkan Maybank Islamic bagi satu kajian Syariah bertajuk: 鈥Contemporary Interpretations of Asnaf fi Sabilillah: A Comparative Analysis鈥, yang turut menyemarakkan dan menyokong aspek inovasi khususnya dalam kewangan Islam dan zakat.

Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi berkata forum ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap isu muamalat dan cabaran semasa.

鈥淒alam dunia yang penuh cabaran ini, isu muamalat termasuk zakat memerlukan pendekatan yang bersifat holistik, berasaskan syarat hukum serta pemahaman konteks semasa.

鈥淪ejarah Islam membuktikan bahawa zakat merupakan instrumen penting dalam mengurangkan jurang kemiskinan. Namun, walaupun kutipan zakat meningkat setiap tahun, ia tidak akan memberi makna sekiranya agihan tidak dilaksanakan dengan cekap, adil dan berstrategi.

鈥淛usteru, forum ini amat penting sebagai platform untuk membincangkan isu syariah kontemporari, mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan dan memperkukuh hubungan akademia dan industri dalam memimpin agenda pemikiran kewangan Islam,鈥 katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Maybank Islamic  Prof. Dato鈥 Dr. Aznan Hasan, ahli lembaga pengarah Maybank Islamic, berkata zakat sebagai salah satu rukun Islam memainkan peranan besar dalam membentuk sistem sosial ekonomi yang adil berlandaskan Syariah Islam.

鈥淪alah satu perbincangan semasa berkaitan zakat ialah tafsiran asnaf fi sabilillah untuk menentukan bentuk agihan yang dibenarkan oleh syariah di bawah kategori ini.

鈥淧erkara ini memerlukan kita merujuk semula pandangan ulama dalam hal ini.

鈥淒alam konteks agihan zakat semasa, hal ini memerlukan satu kajian terperinci untuk dijalankan dalam menetapkan apakah tafsiran asnaf fi sabilillah yang sesuai dengan waqi鈥 atau realiti Malaysia, bahkan dalam waqi鈥 atau situasi dunia global.鈥 katanya.

Beliau berharap agar forum ini dapat mengupas perbincangan asnaf fi sabilillah dengan tuntas serta mencadangkan satu tafsiran yang boleh diguna pakai dalam agihan zakat di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Leave a Reply