Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 8 Disember 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menandangani memorandum persefahaman (MoU)dengan Mutiara International Grammar School (MIGS) bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan melalui pelbagai inisiatif.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, salah satu inisiatif utama di bawah MoU ini adalah Program Perkhemahan Cuti Sekolah atau School Holiday Camp Program.
鈥淢elalui program ini, kedua pihak akan berganding bahu untuk menyediakan pengalaman yang memperkayakan pendidikan bagi pelajar semasa cuti sekolah mereka.
鈥淧rogram ini mencerminkan dedikasi kami bersama terhadap pembangunan holistik dan pembelajaran di luar kelas.
鈥淪udah semestinya program ini juga dianjurkan untuk meningkatkan kemahiran sosial, memupuk nilai kerjasama dan memberi motivasi kepada para pelajar,鈥 katanya.
Selain itu, MoU ini juga menumpukan kepada Program ASASIPintar, dimana 每日大赛app dan MIGS akan bersama-sama bersatu dalam penubuhan Program Pendidikan Sekolah Menengah PERMATA@Pintar College.
鈥淚nisiatif pra-universiti ini, yang dibangunkan oleh Pusat PERMATA@Pintar Negara, akan memainkan peranan penting dalam menyediakan pelajar untuk menempuh cabaran pendidikan tinggi dan seterusnya.
鈥淯saha bersama ini direka untuk menyediakan pengalaman pendidikan sekolah menengah berkualiti tinggi, membuka jalan untuk kejayaan akademik dan juga membentuk perkembangan peribadi dan sahsiah diri yang unggul,鈥 katanya.

