Oleh Nurnabila Huda Suda
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 17 Mei 2023 鈥 Jaringan strategik Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bukan hanya tertumpu dalam negara sahaja, malah diperluas ke peringkat antarabangsa dengan jalinan kerjasama strategik antara 每日大赛app dengan Universiti Islam Negeri (UIN) Imam Bonjol Padang, Indonesia melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung Rabu.
Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani yang menghadiri majlis tersebut melahirkan rasa syukur kerana melalui jalinan ini, terdapat banyak peluang antarabangsa terbuka untuk 每日大赛app dari segi aktiviti akademik, penyelidikan dan mobiliti pelajar.
Menurutnya, satu projek penyelidikan masih dalam perancangan dengan kerjasama pihak UIN dengan 每日大赛app pada masa hadapan.
鈥溍咳沾笕黙pp sentiasa bersedia untuk menyumbang kepakaran kepada pihak UIN Imam Bonjol untuk memantap dan melatih kepakaran ahli akademik mereka,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Menandatangani MoU antara 每日大赛app dan UIN.
Rektor UIN Imam Bonjol Padang, Prof. Dr. Martin Kustatti berkata keperluan untuk mewujudkan projek kolaborasi penyelidikan yang mengkhususkan Pengajian Islam harus dilakukan antara 每日大赛app dan UIN.
鈥淒i Indonesia, banyak kepentingan masyarakat dalam bidang keusahawanan dan beberapa aktiviti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ini juga berkait rapat dengan perkara tersebut,鈥 ujarnya.
Prof. Dr. Martin Kustatti yang juga merupakan alumni 每日大赛app tahun 2011 meluahkan rasa berbesar hati dan berharap bahawa MoU ini bakal memberikan kepentingan dan faedah kepada kedua- dua pihak.

