
Oleh Azril Izzat Ramlan
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 8 Julai 2022 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) menjalankan kajian sanitasi udara dalam sistem pendingin hawa bagi menara penyejuk di hospital kerajaan.
Kajian itu adalah kerjasama antara SERI dengan Biosure Professional Sdn Bhd.
Menurut Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani, kualiti udara dalaman (IAQ) yang baik amat diperlukan terutamanya di hospital atau pusat perubatan.
鈥淜ualiti udara dalaman yang lemah boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan jangka pendek dan jangka panjang,鈥 katanya semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dengan Biosure Professional Sdn Bhd di sini.
Selain itu, katanya, objektif MoU tersebut adalah untuk mendapatkan pembiayaan penyelidikan selain menyediakan pengetahuan teknikal dan teknologi untuk projek penyelidikan di samping menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan secara bersama-sama.
鈥淢elalui perkongsian ini, pelbagai pengetahuan baru dan idea boleh dikongsi di antara SERI dengan Biosure Professional Sdn. Bhd. melalui program pembangunan struktur, kursus pengendalian sistem, pengumpulan data dan analisis sistem, serta mengenal pasti kebolehan teknologi sanitasi udara untuk kegunaan 每日大赛app dan masyarakat.
鈥淚mpak lain yang boleh terhasil adalah kerjasama dalam projek penyelidikan peringkat tinggi, menerbitkan penulisan berimpak hasil jaringan universiti dan industri serta memberi inspirasi khususnya kepada warga 每日大赛app ,鈥 katanya.
Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata kerjasama antara kedua-dua insuitusi itu adalah peluang terbaik bagi 每日大赛app dan Biosure Professional Sdn. Bhd. untuk menyumbang kepada usaha Dasar Alam Sekitar Negara dalam skop pemantauan alam sekitar bagi pembangunan yang lebih bersih dan mampan menggunakan teknologi lestari.
鈥淧erkongsian ini bukan sahaja memenuhi misi 每日大赛app sebagai sebuah universiti yang menyumbang kepada masyarakat dengan menyampaikan pengetahuan saintifik, tetapi juga sebagai anggota komuniti yang mempunyai komitmen untuk melindungi alam sekitar,鈥 katanya.
Beliau turut menyatakan harapannya untuk memastikan nilai pembangunan lestari diterapkan di setiap peringkat masyarakat sebagai inisiatif ke arah pembangunan lestari. Pemeteraian MoU itu ditandatangani oleh Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal yang mewakili 每日大赛app dan Biosure Professional diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Low Chee Haw.



