Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi
KUALA LUMPUR, 15 April 2026 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) hari ini melancarkan Malaysian Pangenome iaitu satu sumber rujukan genomik kebangsaan yang mewakili kepelbagaian genetik populasi Malaysia bersempena 1st Regional Conference on Precision Health (RCPH) 2026.
Malaysian Pangenome menggabungkan data genom dari lebih 4,000 individu mewakili 56 kumpulan etnik dan sub etnik Malaysia.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur RCPH, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, ia akan menyokong pembangunan diagnostik generasi baharu, strategi pencegahan yang lebih tepat, serta terapi yang lebih relevan untuk rakyat Malaysia.
鈥淪etiap individu mempunyai genom yang unik, dengan perbezaan sekitar 0.1 peratus yang menentukan ciri fizikal serta risiko terhadap penyakit.
鈥淒engan menghimpunkan data daripada pelbagai kumpulan etnik, pangenom ini mampu memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai variasi genetik dalam kalangan rakyat Malaysia.
鈥淧embangunan pangenom ini dijangka menyokong pelaksanaan perubatan jitu (precise medicine) iaitu rawatan yang disesuaikan mengikut profil genetik, gaya hidup dan persekitaran individu.
鈥淢elalui pendekatan ini, rawatan dapat diberikan dengan lebih tepat sekali gus meningkatkan keberkesanannya,鈥 katanya.
Selain kepentingannya di peringkat negara, Malaysian Pangenome juga membantu merapatkan jurang data genomik global, khususnya bagi populasi Asia Tenggara yang masih kurang diwakili dalam pangkalan data antarabangsa, jelas Dr. A Rahman.
鈥淢alaysia dilihat mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang ini berikutan kepelbagaian genetik yang luas serta potensi untuk menyumbang kepada penyelidikan genom di peringkat serantau dan global.
鈥淏agi komuniti penyelidik, akses kepada pangkalan data ini akan disediakan melalui dasar tertentu bagi menyokong kajian berkaitan genom.
鈥淣amun, analisis data genom memerlukan kepakaran tinggi kerana setiap genom mengandungi kira-kira tiga bilion kod genetik yang perlu ditafsir menggunakan teknologi dan perisian khusus,鈥 jelas beliau.
Inisitif ini merupakan kerjasama nasional yang melibatkan MyGenome yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

