ÿմapp

ÿմapp Perkasa Kesihatan Komuniti Melalui Karnival “Jago Gulo Jang”

Oleh Khairatul Nadia Ramli

SENDAYAN, 26 Mei 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus menabur bakti kepada masyarakat dengan menganjurkan  program khidmat masyarakat Karnival “Jago Gulo Jang” di Dewan Orang Ramai, Kampung Felda Sendayan, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program yang mendapat perhatian lebih 350 orang itu dianjurankan oleh Fakulti Perubatan melalui Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA), yang merupakan sebahagian daripada inisiatif komuniti di bawah projek N9 Sihat.

Menurut Pengarah I, yang juga merupakan penasihat program, Prof. Dr. Aniza Ismail, penganjuran program itu mencerminkan peranan besar yang dimainkan oleh universiti dalam memberi nilai tambah kepada masyarakat.

“Karnival ini menjadi platform amali untuk pelajar-pelajar kami bukan sahaja memahami cabaran kesihatan awam secara langsung, malah berinteraksi dengan komuniti dalam menyampaikan mesej kesihatan.

“Karnival “Jago Gulo Jang” ini merupakan peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu kesihatan komuniti yang lestari dan berimpak tinggi untuk persediaan sebagai pakar perubatan kesihatan awam nanti,” katanya.

Seorang peserta, Azmi Othman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung dari Felda Sendayan berkata, program itu telah membuka mata tentang betapa pentingnya menjaga pemakanan dan bersenam walaupun hanya di rumah.

“Saya juga dapat membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan belajar cara kawal gula melalui diet,” ujarnya.

Program ini turut dijalankan dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Yayasan Negeri Sembilan, Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PEMANIS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pelbagai acara diadakan termasuk demonstrasi masakan sihat, penjagaan kaki pesakit diabetes, preskripsi senaman, kenali ubat anda serta pemeriksaan kesihatan asas, saringan pap smear, pemeriksaan mata dan klinik pergigian bergerak oleh Fakulti Pergigian USIM.

Reruai Jualan Rahmah oleh KPDN dan reruai Peka B40 turut memberi impak kepada pengunjung dengan menyediakan produk kesihatan pada harga mampu milik.

Karnival “Jago Gulo Jang” bukan sekadar acara kesedaran, tetapi langkah konkrit dalam membentuk komuniti yang lebih sihat, berpengetahuan dan berdaya tahan.

Leave a Reply