Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
CHERAS, 27 Julai 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan program pengajian baharu iaitu Program Diploma Pascasiswazah Embriologi Klinikal (PDEK), dan merupakan satu-satunya program di Malaysia setakat ini dalam melatih Pegawai Embriologi secara formal dan berstruktur.
Menurut Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarashid, program itu diasaskan atas keperluan untuk melahirkan ahli atau pakar embriologi yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran dalam bidang embriologi klinikal.
鈥淪aya difahamkan bahawa program PDEK ini sudah bermula tahun ini dengan dua orang pelajar bagi pengambilan pertamanya pada bulan Mac yang lepas. Alhamdulillah…
鈥淒engan adanya program seumpama ini, saya percaya keperluan pakar embriologi yang mahir dapat dipenuhi sekali gus boleh memberikan kesan signifikan kepada kadar keberjayaan rawatan kesuburan di negara kita,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Hari Embriologi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 dan Memperkenalkan Program Diploma Pascasiswazah Embriologi Klinikal 每日大赛app, di sini.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Prof Madya Dr Muhammad Azrai Abu berkata program PDEK ini diwujudkan kerana melihat kepada permohonan pasangan suami isteri untuk mendapatkan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) semakin meningkat saban tahun.
鈥淥leh itu, kami memerlukan pakar-pakar embriologi bagi membantu kelancaran proses IVF itu sendiri. Jadi, program ini (PDEK) amat-amat diperlukan untuk melahirkan lebih ramai pakar embriologi dan program ini merupakan program yang lebih berstruktur dan sistematik,鈥 katanya.
Beliau berkata kebanyakan pegawai-pegawai embriologi dan pegawai-pegawai sains mendapatkan karier sebagai pakar embriologi melalui program sangkutan.
鈥淓mbriologi tidak ada program yang proper yang boleh melahirkan pegawai embriologi bertauliah. Jadi kami di sini berharap program ini bakal menjadi salah satu penggerak untuk mewujudkan lebih ramai pegawai embriologi yang lebih berkebolehan dan mendapat proper latihan dan sijil supaya ia boleh menjadi salah seorang pegawai yang boleh digunakan dalam membantu masyarakat,鈥 katanya.
Katanya, PDEK yang mengambil masa selama setahun pengajian telah mempunyai dua orang pelajar yang mendaftar pada bulan Mac yang lepas.
鈥淚nsya-Allah program ini akan diikuti oleh ramai lagi pelajar pada masa akan datang dan kami mensasarkan setiap tahun akan ada peningkatan pelajar. Insya-Allah kalau kita boleh dapat tambah kapasiti, kita akan grow up kepada 10 pelajar setiap tahun,鈥 ujarnya.
Tambah beliau, pada awal perancangan pewujudan PDEK, mereka bercadang untuk membuat kerjasama dengan Oxford University, United Kingdom, tetapi ada banyak faktor yang tidak mengizinkan.
鈥淛adi kita stand alone sebab kita percaya 每日大赛app boleh berdiri pada kaki sendiri dan kita ada pakar-pakar yang boleh melancarkan program ini. So why not we start from our own university,鈥 katanya.
Menurut Ketua Pusat Reproduktif Termaju (ARC), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Prof Madya Dr. Abdul Kadir Abdul Karim, ARC kini beroperasi sebagai pusat perawatan kesuburan yang menjalankan lebih daripada 450 kitaran persenyawaan in-vitro setahun bersamaan dengan 15 peratus daripada jumlah kes IVF di Malaysia.
鈥淎RC mempunyai tiga orang pakar perubatan reproduktif, lima orang embriologis, empat orang andrologis, lima orang jururawat terlatih dan kakitangan sokongan yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik bagi menjayakan kehamilan.
鈥淒alam masa yang sama, ARC juga merupakan pusat latihan kepakaran untuk pakar perubatan, ahli embriologi dan andrologis di negara kita. Jadi, kita perlukan satu program pengajian yang bersturktur bagi melahirkan lebih ramai ahli embriologi yang mahir dalam mengendalikan perawatan kesuburan IVF,鈥 katanya.
Beliau berkata program PDEK akan memanfaatkan makmal-makmal di ARC untuk sesi pembelajaran dan praktikal buat para pelajar secara berstruktur. 鈥淧rogram PDEK ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan ahli embriologi dari segi kefahaman teori sains, ilmu pengetahuan berasaskan dalil perubatan dan kemahiran praktikal yang mantap untuk memberi hasil akhir yang positif dalam perawatan kesuburan,鈥 kata beliau.


