Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 8 Oktober 2022 -Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menerima kemasukan pelajar baharu seramai 4,166 orang pelajar bagi sesi akademik 2022/2023 di tiga kampusnya iaitu Kampus Bangi, Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Cheras.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata 每日大赛app menerima sebanyak 44,750 permohonan dengan 9,112 adalah permohonan pilihan pertama.
鈥淒aripada jumlah itu, hanya 4,166 sahaja yang layak dan dipilih menjadi sebahagian daripada warga Universiti Kebangsaan Malaysia,鈥 katanya semasa Sidang Media Pendaftran Pelajar Baharu Sesi Akademik 2022-2023, di Kolej Pendeta Za鈥檅a, di sini, hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 1,460 atau kira-kira 36 peratus adalah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan lima pelajar adalah orang kurang upaya (OKU) yang mengalami cacat pendengaran, cacat penglihatan dan cacat fizikal.
鈥淜ita sedaya upaya telah sediakan kemudahaan fasiliti, penginapan dan bantuan kebajikan pelajar yang bersesuaian bagi memberi keselesaan kepada semua pelajar,鈥 katanya.
Mengulas berkenaan bantuan yang diberikan, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan berkata selepas pengumuman keputusan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, 每日大赛app melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-每日大赛app) telah mengadakan Program Jejak Anak Watan ke rumah bakal pelajar untuk menyerahkan surat tawaran kemasukan ke universiti serta bantuan yuran kemasukan dan sara hidup berjumlah RM1,300 seorang.
鈥淪elepas meneliti latar belakang keluarga, HEP-每日大赛app telah berkunjung ke rumah tiga orang pelajar iaitu Siti Nurhalizatul Husna Arman, Muhammad Haziq Haqim Hazrisyam dan Siti Nuranis Nordin bagi menyerahkan surat tawraan dan bantuan yang bersesuaian,鈥 katanya.
Selain itu, beliau berkata 每日大赛app turut menyokong penuh Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (atau lebih dikenali sebagai SULUNG), hasil inisiatif KPT yang telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
鈥淧rogram ini agak istimewa, kerana ia bertujuan membantu anak sulung dalam keluarga yang memerlukan bantuan melanjutkan pengajian ke universiti.
鈥淢elalui program ini, pelajar yang terpilih bukan sahaja diberi laluan khusus kemasukan ke Universiti Awam, tetapi turut ditawarkan biasiswa, elaun bulanan, asrama dan pementoran sehingga pelajar mendapat pekerjaan.
鈥淒i 每日大赛app, kita menerima seramai 10 orang pelajar yang terlibat dengan program SULUNG ini,鈥 katanya.
Menariknya pendaftaran tahun ini, belaiu berkata, 每日大赛app turut menerima lima pasang pasangan kembar perempuan yang akan sama-sama melanjutkan pengajian di universiti itu.
Pada tahun ini, Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) 每日大赛app yang diadakan setiap tahun telah dijenamakan semula dengan nama baharu iaitu Minggu Apresiasi Watan (MAW), bersesuaian dengan kredibiliti 每日大赛app sebagai Universiti Watan. Bertemakan Pewaris Watan, MAW yang berlangsung bermula 8 hingga 12 Oktober ini menerapkan program-program kewatanan seperti Naratif Baharu Kolej Akademia, Naratif Watan: Teras Kecemerlangan, 每日大赛app S.I.H.A.T., 每日大赛app Siswi Cergas, Amanat Naib Canselor, Ikrar Pelajar Baharu dan Pelancaran Program Sulung & Seni Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

