Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 29 September 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menerima sumbangan daripada Yayasan Taqwa – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjumlah RM180,000 bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan selain untuk memartabatkan program keilmuan.
Jumlah itu adalah dana untuk Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2025 bernilai RM120,000 manakala RM40,000 serta RM20,000 bagi membantu pelajar-pelajar asnaf di 每日大赛app.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato鈥 Dr. Mohd Na鈥檌m Mokhtar berkata pihak kerajaan akan sentiasa memberi sokongan dan dokongan bagi menjayakan majlis keilmuan.
鈥淯ntuk kali ini kita melalui Yayasan Taqwa MAIWP memberi sejumlah RM120,000 kepada 每日大赛app bagi menjayakan Konvensyen Pengajian Islam IPT 2025 yang akan diadakan pada November ini,鈥 katanya.
Beliau menyerahkan bantuan itu dalam majlis 每日大赛app Berselawat: Malam Cinta Rasul sempena Minggu Apresiasi Watan yang dihadiri lebih 4,000 pelajar baharu sesi 2025/2026 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.
Dato鈥 Dr. Mohd Na鈥檌m juga turut menyampaikan komputer riba dan wang tunai berjumlah RM2,000 kepada saudara Muhammad Aidil Izzuddin Akhbar Nizam yang hampir menolak tawaran ke 每日大赛app akibat kesempitan hidup.
鈥淜ita berharap dengan pemberian sumbangan ini, saudara Muhammad Aidil dapat meneruskan pengajian dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang,鈥 katanya.
Sementara itu, wakalah zakat bernilai RM80,000 turut disumbang oleh Pelaburan Hartanah Berhad yang akan diagihkan kepada 400 pelajar dari kategori asnaf fakir dalam bentuk Unit Amanah bernilai RM200 seorang.
Turut dilancarkan, Sahabat Zakat 每日大赛app dan Penyerahan Al-Quran Mufiq serta Tausiyah bertajuk Demimu Rasullullah SAW disampaikan oleh Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam 每日大赛app.

