每日大赛app

每日大赛app Turun Padang Perkasa Kesedaran Kesihatan Komuniti Jelebu

Oleh Iqbal Mohd Noor
Foto Izwan Azman

KUALA KLAWANG, 20 Januari 2026 鈥 Program Kemasyarakatan Kesihatan anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang dilaksanakan di Kuala Klawang, baru-baru ini telah memperkukuh peranan universiti dalam menyantuni masyarakat setempat.

Program yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan telah melibatkan seramai 20 orang mahasiswa dan 35 orang staf Fakulti Perubatan.

Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato鈥 Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato鈥 Haji Maarof Haji Mat Rasyad, Undang Luak Jelebu ke-16 yang merasmikan program itu berkata kehadiran warga 每日大赛app secara langsung ke kawasan komuniti merupakan pendekatan berkesan dalam menyebarkan ilmu perubatan dan kesedaran kesihatan kepada masyarakat.

鈥淚nisiatif turun padang ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran kesihatan, malah memberi manfaat jangka panjang melalui perkongsian ilmu dan kepakaran universiti,鈥 katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali berkata program berkenaan mencerminkan peranan 每日大赛app sebagai institusi yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat.

鈥淧rogram ini memberi peluang kepada mahasiswa membina jati diri, kepimpinan dan empati melalui pengalaman sebenar bersama komuniti.

鈥淚a selari dengan aspirasi 每日大赛app dalam melahirkan graduan holistik dan berdaya saing,鈥 jelas beliau.

Menurut Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, program kemasyarakatan itu menjadi platform penting untuk menterjemahkan ilmu perubatan kepada manfaat sebenar masyarakat.

鈥淧endekatan turun padang membolehkan mesej kesihatan disampaikan secara lebih dekat dan berkesan, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat,鈥 katanya.

Program yang bertemakan 鈥淢elahirkan Pemimpin Berkarisma鈥 ini turut memberi tumpuan kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah mahasiswa. Sepanjang program berlangsung, para peserta ditempatkan bersama keluarga angkat penduduk Kuala Klawang bagi memberi pengalaman kehidupan komuniti sebenar serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk gotong-royong bersama penduduk kampung, lawatan ke perkampungan Orang Asli Ulu Kemin, aktiviti riadah komuniti, senamrobik, solat berjemaah, bacaan Yasin serta sesi interaktif kesedaran kesihatan bersama Fakulti Perubatan.

Penglibatan aktif mahasiswa dalam merancang dan melaksanakan aktiviti komuniti turut membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, kerja berpasukan serta kepimpinan berintegriti.

Program ini berjaya memperkukuh hubungan kepimpinan PERMANIS serta menjadi platform mengenal pasti bakat kepimpinan baharu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan persatuan pada masa hadapan.

Leave a Reply