每日大赛app

Wanita Main Peranan Penting Lahirkan Generasi Berkualiti dan Berketerampilan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2023 –  Wanita memainkan peranan penting dalam memupuk dan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan, kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Ptof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin.

Beliau berkata kekuatan dari golongan wanita amat diperlukan, dan usaha memperkasakan golongan wanita amat penting dan menjadi inspirasi dalam pembangunan negara.

鈥淲alaupun kita berada di era moden semasa, kita masih dapat melihat pelbagai penindasan berlaku terhadap golongan wanita.

鈥淪ebagai contoh, jenayah keganasan terhadap wanita yang akhirnya memberi kesan besar terhadap kesejahteraan mental, fizikal, emosi dan psikologi mereka,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Program Siri Wacana 每日大赛app-GSB & FELDA Pemerkasaan Wanita bertajuk Memperkasa Pemimpin Wanita Masa Hadapan, di Menara Felda, di sini.

Beliau berkata diskriminasi gender juga berlaku yang akhirnya menafikan hak keadilan sosial buat kaum wanita.

鈥淪aya berharap agar kebijaksanaan dan undang-undang yang membela nasib dan hak-hak wanita terus diperbaiki dan diperkuat di negara kita.

鈥淪emua pihak perlu memainkan peranan dan berganding bahu dalam usaha untuk menghapuskan penindasan yang berlaku ini,鈥 katanya.

Kata beliau, wanita perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan kerana peranan wanita sangat penting dalam kehidupan seharian, bukan sahaja dalam pembangunan institusi kekeluargaan, malahan turut menyumbang kepada kemajuan negara dan menjadi pengukuh kasih sayang dalam masyarakat.

Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua wanita di Malaysia atas dedikasi, kegigihan, dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara.

鈥淢arilah bersama-sama, kita terus membangun masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,鈥 katanya.

Beliau berharap agar program wacana itu dapat memberikan impak dan kesedaran kepada semua pihak bagi mengukuhkan lagi gagasan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Leave a Reply