Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan
JABATAN FISIOLOGI, FAKULTI PERUBATAN ÿÈÕ´óÈüapp
Tujuan program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berupaya dan berdikari di dalam menjalankan aktiviti penyelidikan. Antara objektif program ini ialah untuk menghasilkan graduan yang peka dan berpengetahuan di dalam menjalankan dan mengetuai penyelidikan, merancang dan melaksanakan aktiviti dan mencari serta menguruskan geran penyelidikan.
Ìý
Pengajian secara penyelidikan sahaja dijalankan bagi program ini. Ia mengambil masa 6 – 12 semester untuk pelajar sepenuh masa atau 8 – 14 semester untuk pelajar separuh masa.
Hasil pembelajaran dan sasaran pendidikan diolah bagi menghasilkan graduan lengkap secara holistik sejajar dengan misi dan visi universiti. Ciri-ciri graduan yang akan dihasilkan ialah inovatif dan berkepimpinan di dalam proses pembangunan ilmu. Ini membantu menghasilkan masyarakat dinamik dan berpengetahuan.
Kaedah pengajaran – pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran adalah termasuk aktiviti yang melibatkan kajian penyelidikan:
Kaedah pengajaran & pembelajaran adalah konsisten dengan kurikulum di mana ianya melibatkan penyeliaan mingguan, laporan penyelia setiap enam bulan dan pemantauan berterusan pada peringkat jabatan. Program ini melibatkan penyelidikan sahaja. Oleh itu, calon perlu melakukan kerja-kerja makmal bagi menyelesaikan projek mereka.
| Bidang Penyelidikan | Penyelia/Penyelidik |
| Cardiovascular Research (CaRe) | Dr. Azizah Ugusman Dr. Amilia Aminuddin Dr. Adila A Hamid |
| Reproductive Genomic & Antioxidant Reseach (REGENA) | Prof. Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar Dr. Farah Hanan Fathihah Jaffar |
| Ìý | Ìý |
| Regenerative Medicine | Prof. Madya Dr. Mohd Heikal Mohd Yunus |
| Neuroscience & Addiction | Prof. Madya Dr. Jaya Kumar Murthy |
Penilaian formatif merangkumi pembentangan, latihan praktikum, tugasan bertulis dan manuskrip untuk penerbitan. Penilaian summatif melibatkan penilaian tesis dan sesi viva yang dilakukan oleh penilai luar dan dalam ÿÈÕ´óÈüapp. Perjalanan dan sesi soal jawab semasa viva dilakukan bagi menilai pencapaian calon dari segi kebolehan menganalisa,Ìýmenterjemahkan dan berfikir secara kritis mengenai bidang kajian yang telah dilakukan.
Maklumat lanjut sila hubungi Dr. Farah Hanan Fathihah Jaffar (farahhanan@ukm.edu.my)
atau
layari laman sesawang Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan, ÿÈÕ´óÈüapp.