Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan
JABATAN FISIOLOGI, FAKULTI PERUBATAN ÿÈÕ´óÈüapp
Maklumat program:Ìý
Program Sumbangan Kebajikan Petugas Kesihatan COVID-19 Seluruh Malaysia merupakan satu inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial yang telah dianjurkan oleh Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) pada tahun 2020 (Tempoh pelaksanaan: 24 Mac 2020 sehingga 30 April 2020) ketika negara berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19. Program ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral kepada petugas kesihatan yang berada di barisan hadapan dalam membendung penularan wabak tersebut.
Sepanjang tempoh pandemik, petugas kesihatan menghadapi cabaran besar termasuk kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE), tekanan emosi dan risiko jangkitan yang tinggi. Menyedari keperluan tersebut, pihak jabatan telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan kempen sumbangan kebajikan bagi membantu memenuhi keperluan asas perlindungan petugas kesihatan di hospital dan pusat rawatan seluruh Malaysia.
Antara sumbangan yang diberikan termasuk tudung sarung, topeng muka, face shield, sarung tangan, shoe cover, apron plastik pakai buang, sabun pencuci tangan serta plastik buang sampah. Program ini turut melibatkan kerjasama masyarakat dan pelbagai pihak yang tampil memberikan sumbangan dalam bentuk barangan bagi keperluan kakitangan petugas kesihatan.
Impak Keseluruhan Program:
Gambar Program:
Tajuk: Program Kembara Sains Bersama Warga Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Tarikh & Tempat: 27 Julai 2023 di Bangunan Pra-Klinikal, Kampus Kuala Lumpur (Zon Cheras), Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp
°¿²úÂá±ð°ì³Ù¾±´Ú:Ìý
Impak Keseluruhan Program:
Gambar Program:
Tempoh pelaksanaan: 1 Julai 2024 sehingga 1 September
Maklumat Program:
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan galakan untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat. Gaya hidup sedentari masa kini banyak memberi kesan kepada kesihatan terutamanya penyakit tidak berjangkit. Gaya hidup sedentari ini kebanyakannya diamalkan oleh pekerja pejabat di mana pergerakan fizikal sangat minima ditambah pula dengan amalan pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, Jabatan Fisiologi dengan kerjasama Kelab Fisiologi ÿÈÕ´óÈüapp mengambil inisiatif yang proaktif untuk menganjurkan program ‘Promosi Gaya Hidup Sihat’ kepada warga ÿÈÕ´óÈüapp Kampus Cheras. Sepanjang program ini, peserta akan menjalani pemeriksaan kecergasan badan sebelum dan selepas program, perkongsian informasi kesihatan dan galakan serta promosi aktiviti fizikal seperti jalan kaki.
Objektif:
Impak Keseluruhan Program:
Gambar Program:
Tajuk: Program Kembara Sains 2024 Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak
Tarikh & Tempat: 30 Julai 2024 di Dewan SMK Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
Objektif:
Impak Keseluruhan Program:
Pelaksanaan aktiviti demonstrasi kumpulan darah dan jantung manusia secara interaktif berjaya meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan bidang STEM, khususnya dalam aplikasi sains kesihatan dan perubatan dalam kehidupan seharian. Pelajar didedahkan kepada konsep saintifik secara praktikal melalui pengendalian modul jantung serta aktiviti memahami sistem pendermaan darah, sekali gus menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami.
Di samping itu, objektif untuk berkongsi maklumat, kepakaran dan hasil penyelidikan turut tercapai apabila pelajar diberi penerangan berkaitan fungsi jantung, pengaliran darah dan konsep keserasian kumpulan darah berdasarkan pendekatan saintifik yang mudah difahami. Pendedahan ini secara tidak langsung dapat memperluaskan pengetahuan pelajar mengenai bidang fisiologi dan kesihatan serta memberi inspirasi kepada mereka untuk meneroka bidang STEM pada masa hadapan.
Program ini juga berjaya menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dengan Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp. Hubungan kerjasama ini membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran antara institusi pengajian tinggi dengan sekolah, sekali gus memberi manfaat kepada pelajar melalui pendedahan kepada persekitaran akademik dan penyelidikan yang lebih luas.
Gambar program:
Tajuk : Program Kembara Sains 2025 Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia
Tarikh & Tempat: 13 Ogos 2025 di Dewan Kuliah 1, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp, Cheras, Kuala Lumpur
Objektif Program:Ìý
Impak Keseluruhan Program:
Gambar Program: