Muzium dan Galeri di 每日大赛app
Balai Busana Melayu
Balai Busana Melayu ini mempamerkan variasi pelbagai jenis pakaian dan jenis kain tradisional Melayu mengikut etnik dan negeri di Malaysia. Tujuan balai pameran ini adalah sebagai makmal pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar di PPBKKM khusunya dan penyelidik amnya.
Lokasi :听Pusat Penyelidikan Bitara Melayu (Bayu)
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Waktu operasi :听Isnin – Jumaat (8.30pagi – 4.30ptg)
Laman sesawang :听http://www.ukm.my/ppbkkm/muzium-seni-warisan
听
Galeri Karikatur, Litograf dan Manuskrip
Galeri ini mempamerkan koleksi lakaran keadaan Tanah Melayu abad ke 15 hingga 18 oleh pelukis dari negara Portugis, Belanda dan Inggeris sebelum dan sewaktu kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Disamping itu galeri ini mempamer koleksi karikatur yang dihasil oleh pelukis tempatan yang menyampaikan mesej secara kritikan, simbolik dan pengajaran dalam aspek seni di dalam politik, ekonomi dan aktiviti sosial sejak era 1930 Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Malaysia. Di galeri juga terdapat manuskrip lama Melayu dan Bugis dari abad ke-18 yang dipamerkan untuk tatapan para pengunjung
Lokasi : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Telefon :听+60-3-89215710/5711
Waktu operasi :听Isnin – Jumaat (9.15pagi – 4.30ptg)
Laman sesawang :听http://www.ukm.my/ppsps/ms/mengenai-kami/kemudahan-2/galeri-litograf-karikatur-manuskrip/
听
Galeri Sejarah Alam Semulajadi
Galeri ini ditubuhkan atas objektif mengkaji hidupan spesis haiwan yang wujud di Malaysia. Artifak yang dipamer merupakan koleksi kakitangan akademik FST dan terdapat beberapa sampel daripada luar negara dan juga yang diwartakan sebagai Objek Warisan Negara.
Lokasi :听Fakulti Sains dan Teknologi
Telefon :听+603-8921- 5419
Waktu operasi :听Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.30ptg)
Laman sesawang : http://www.ukm.my/fst
听
Muzium Geologi
Pengumpulan spesimen geologi oleh听ahli akademik Jabatan Geologi telah bermula seawal tahun 80-an. Pengumpulan spesimen ini adalah hasil daripada kerja-kerja lapangan mereka di dalam dan luar negara. Lebih 3000 jenis spesimen geologi pelbagai saiz dan bentuk dipamerkan di Muzium Geologi ini.
Lokasi :听Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Telefon :听+603-89215391/ +603-89215392
Waktu operasi :听Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.30ptg)
Laman sesawang :听http://www.ukm.my/geologi
听
Galeri Tun Fatimah Hashim
Sebagai satu penghargaan 每日大赛app di atas jasa dan sumbangan Tun Fatimah Hashim di arena politik dan kepimpinan pergerakan wanita negara.听 Galeri ini juga bertujuan untuk menonjolkan keterampilan dan mengabadikan semangat perjuangan Tun Fatimah Hashim sebagai pemimpin yang berjiwa besar dalam memartabatkan taraf wanita serta menjadi rujukan kepada generasi mendatang.
Lokasi : Pusat Kepimpinan Wanita 每日大赛app ,Bangunan Tun Fatimah Hashim
Telefon :听听+603-89214795
Waktu operasi :听Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.30ptg)
Laman sesawang :听http://www.ukm.my/women/galeri-tun-fatimah-hashim
听
Muzium Anatomi dan Patologi
Muzium Anatomi berada di tingkat 3 Bangunan Praklinikal, Muzium ini dikongsi sama dengan Muzium Patologi. Terdapat koleksi spesimen jar yang sebahagian struktur tubuh badan atau organ manusia bagi tujuan pembelajaran. Bagi memudahkan perbelajaran penerangan konsep persembahan adalah mengikut听 sistem tubuh dan spesimen jar yang diwarnakan untuk memudahkan pembelajaran.听 Semenjak ditubuhkan, Muzium Anatomi telah berjaya menghasilkan jar spesimen seperti anggota badan atas, anggota badan bawah, sistem 听respiratori, 听sistem urinari, sistem endokrin, sistem reproduktif, sistem kardiovaskular, toraks, abdomen 听dan lain-lain.
Lokasi : Bangunan Praklinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan 每日大赛app
Telefon :听+603-91455055 / +6019-3212077
Waktu operasi : Isnin hingga Khamis (8.30 pg – 4.30 ptg )
Laman sesawang :听
听
Galeri Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Sebuah galeri yang berfungsi untuk meningkatkan kefahaman mengenai sejarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 每日大赛app serta menambah kesedaran mengenai kepelbagaian aktiviti dan pencapaian fakulti.
Lokasi :听Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 每日大赛app
Telefon :听听+603 8911 8001
Waktu operasi :听Isnin – Jumaat (9.00pagi – 4.30ptg)
Laman sesawang :听http://www.ukm.my/jurutera






