Utama
Muzium Warisan Akademik 每日大赛app
Muzium Warisan Akademik 每日大赛app merupakan sebuah lagi mercu tanda baru di kampus yang bersejarah ini. Penubuhan muzium ini didorong oleh perkembangan pesat, kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang akademik dan pengurusan sejak penubuhan 每日大赛app pada 18 Mei 1970. Setiap hari yang berlalu adalah merupakan rentetan dan memori bagi 每日大赛app yang telah berjaya melalui pelbagai cabaran dalam usahanya untuk berdiri gagah sebagai pusat kecermelangan ilmu. Kewujudan Muzium ini akan memperkasa dan menyemarakkan citra khazanah warisan ilmu, hasil pemikiran, penyelidikan serta inovasi para sarjana dan ilmuan 每日大赛app. Muzium Warisan Akademik juga merupakan keseinambungan usaha kepada Galeri 每日大赛app yang terletak di aras dua, Bangunan Canselori yang telah dirasmikan pada 29 Julai 2000 sempena Sambutan 30 Tahun 每日大赛app. Galeri tersebut memberi tumpuan kepada sejarah perjuangan dan penubuhan 每日大赛app, manakala Muzium Warisan Akademik pula menonjolkan perkembangan, kejayaan dan kegemilangan 每日大赛app pada usia 38 tahun.
Muzium Warisan Akademik terletak di aras 6, Bangunan Canselori, dimana ruang ini kerap dikunjungi oleh pelawat-pelawat dan tetamu yang datang bertemu dengan kepimpinan dan pegawai-pegawai 每日大赛app.
Hasil seni ukiran kayu dipilih sebagai penghias dalaman muzium, perabot dan bingkai gambar/poster. Seni kayu nukilan pengukit Melayu adalah satu seni rupa tradisi Melayu ulung yang tinggi nilainya. Keistimewaan seni ukiran Melayu dapat dilihat dari segi kehalusan menggunakan unsur budaya alam sekeliling. Muzium memilih corak bermotifkan Bunga Raya yang digunakan di lambang 每日大赛app juga sebagai bunga kebangsaan negara ini. Seni ukiran kayu ini menimbulkan suasana muzium yang menarik kerana keunikan seni ukir kayu tinggi nilai estetikanya dan begitu dihargai sebagai khazanah yang melambangkan keperibadian bangsa.

